Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) UNISEL

Di bawah Iltizam Pendidikan Selangor, Kerajaan negeri menyediakan Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) kepada anak-anak negeri Selangor yang berkelayakan yang bakal menyambung pengajian di UNISEL.

Menerusi inisiatif BAYU ini, pelajar dari 𝐤𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐁𝟒𝟎 & 𝐌𝟒𝟎 secara khususnya akan menerima manfaat yang bernilai 𝐑𝐌𝟓𝟎𝟎.𝟎𝟎 untuk tujuan pembiayaan yuran asas.

Apa Itu Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU)?

BAYU merupakan bantuan yuran asas merangkumi bayaran perpustakaan, makmal, teknologi maklumat, kesihatan dan aktiviti pelajar yang meringankan beban kewangan kepada pelajar terutama bagi golongan B40 dan M40.

Kerajaan Negeri menyediakan dana sebanyak RM4 juta bagi meneruskan program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) menerusi Belanjawan Selangor 2023.

Menerusi bantuan ini, ia akan memberi manfaat kepada 4,000 pelajar secara keseluruhan.

Program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) yang bermula pada tahun 2021 akan diteruskan bagi tahun 2023. Bantuan ini diperuntukkan khas kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Negeri iaitu Universiti Selangor (Unisel) dan Universiti Islam Selangor (UIS).

Syarat Kelayakan BAYU UNISEL

Syarat-syarat kelayakan pemohon Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) bagi UNISEL adalah seperti berikut:

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara; dan
  • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telch bermastautin dan bersekolah lebih enam (6) tahun di Negeri Selangor; dan
  • Pemohon adalah pelajar sepenuh masa Universiti Selangor (UNISEL) bagi tahun asas, diploma dan ijazah sarjana muda; dan
  • Pemohon yang berjaya akan menerima BAYU maksimum RM500.00; dan 
  • Permohonan perlu dihantar bersama dokumen-dokumen sokongan yang lengkap iaitu; salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga, salinan sijil kematian/cerai (jlka berkaitan), salinan surat berhenti sekolah (jika berkaitan), surat pengesahan perakuan pendapatan, surat perakuan pemastautin dan surat pengesahan pengajian pelajar.
Syarat kelayakan pemohon BAYU

Cara Memohon

Permohonan akan ditutup sekiranya telah mencapai had peruntukan yang ditetapkan iaitu untuk 2000 orang pelajar. Senarai pemohon yang diluluskan akan dimaklumkan melalui portal pelajar.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut;

https://tinyurl.com/yaaj9bbf

Senarai Dokumen Sokongan

Senarai dokumen-dokumen sokongan permohonan BAYU:

  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga
  • Salinan siil kematian/cerai (jika berkaitan)
  • Salinan sijil berhenti sekolah (jika berkaitan)
  • Surat pengesahan perakuan pendapatan/slip gaji (ibu dan bapa/penjaga)
  • Surat perakuan pemastautin surat pengesahan pengajian

*sila pastikan salinan kad pengenalan telah DIPALANG dan ditulis “KEGUNAAN BAYU*

Senarai Dokumen BAYU

Mengenai UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL), yang sebelum ini dikenali sebagai Universiti Industri Selangor ditubuhkan pada tahun 1999. 

UNISEL beroperasi di dua buah kampus; Kampus Induk di Bestari Jaya berkeluasan 1,000 ekar dan Kampus Bandar di Shah Alam. 

Penubuhan UNISEL adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan negeri Selangor sebagai hub pendidikan serantau yang terkemuka. Penubuhan UNISEL mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri Selangor sebagai pemangkin kecemerlangan pendidikan tinggi.

Program Pengajian di UNISEL

Semak program yang ditawarkan di https://www.unisel.edu.my/admission/programmes-offered/

Cara Memohon di UNISEL

  1. Permohonan secara online di https://apply.unisel.edu.my/ ; atau
  2. Permohonan melalui WhatsApp dengan menghantar salinan gambar slip/sijil akademik berkaitan /SPM/STAM/STPM/Diploma/MUET) ke 019-327 8408 / 8605; atau
  3. Isi Borang Permohonan Kemasukan UNISEL secara manual. Lengkapkan dan hantar melalui pos beserta salinan Kad Pengenalan dan slip/sijil akademik berkaitan (SPM/STAM/STPM/Diploma/MUET )

*Borang permohonan boleh dimuat turun melalui www.unisel.edu.my 

Info lanjut

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

PEJABAT PEMASARAN DAN KEMASUKAN 

UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

DU007 (B) | DU007-01 (B)

  • Kampus SHAH ALAM :Jalan Zirkon A 7/A, Shah Alam 40000 Selangor
  • TEL: 603-5522 3400
  • Kampus BESTARI JAYA: Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari Jaya, Selangor
  • TEL: 603-3280 5062

Sumber: UNISEL

The post Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) UNISEL appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar