Menu Rahmah KFC: Harga Set dan Lokasi Pembelian

Rangkaian restoran makanan segera di bawah QSR Brands, KFC dan Pizza Hut kini turut menyertai Inisiatif Payung Rahmah dengan memperkenalkan Menu Rahmah pada harga serendah RM5.00 dengan hidangan berkualiti premium.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 29 Mei 2023 di Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur.

Pelancaran Menu Rahmah KFC ini sebagai usaha untuk menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan KFC dengan harga yang berpatutan.

Apa Itu Menu Rahmah?

Inisiatif MENU RAHMAH merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.

Inisiatif Menu Rahmah dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Inisiatif Menu RAHMAH terus mendapat sambutan daripada para pengusaha premis makanan dan syarikat-syarikat swasta semenjak ianya dilancarkan pada 31 Januari 2023.

Harga Bagi Menu Rahmah KFC

KFC Malaysia menawarkan menu ini pada harga RM5.00 untuk satu set kombo.

Menu yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Seketul ayam goreng (Original or Hot & Spicy), 
  2. Sebiji ban (Roti Butterscotch); dan 
  3. Sebotol air mineral
Set Menu Rahmah KFC 2023

Waktu Pembelian

Pembelian bagi set hidangan ini adalah terhad dari hari Isnin hingga Jumaat jam 2 – 5 petang sahaja.

Setiap hidangan adalah terhad kepada 4 kombo untuk setiap pelanggan bagi setiap transaksi.

* Tertakluk pada terma dan syarat.

Lokasi Menu Rahmah KFC

Hidangan ini boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands (bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal).

Bagi mengetahui lokasi KFC berdekatan anda, boleh rujuk melalui laman web di bawah;

https://kfc.com.my/find-my-kfc

Lokasi Lain  Bagi Menu Rahmah

KPDN telah membangunkan portal Menu Rahmah Malaysia Madani bagi memudahkan orang ramai mengetahui lokasi terkini Menu Rahmah yang ditawarkan di seluruh negara melalui pautan berikut;

https://menurahmah.kpdn.gov.my

Portal ini juga membolehkan peniaga makanan yang ingin menawarkan menu Rahmah mendaftar melalui portal yang sama.

Portal Orang Awam Menu Rahmah
Portal Menu Rahmah untuk Pekedai dan Restoran

Portal ini menyenaraikan maklumat-maklumat berikut;

  • Nama Restoran
  • Alamat
  • Jenis Restoran
  • Tempoh Mula

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa harga menu rahmah KFC?

RM5.00

Apakah menu yang ditawarkan?

1) Seketul ayam goreng (Original or Hot & Spicy), 
2) Sebiji ban (Roti Butterscotch); dan 
3) Sebotol Air mineral

Di manakah boleh beli?

Hidangan ini boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands (bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal).

Bilakah waktu pembelian?

Pembelian bagi set hidangan ini adalah terhad dari hari Isnin hingga Jumaat jam 2 – 5 petang sahaja.

The post Menu Rahmah KFC: Harga Set dan Lokasi Pembelian appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar