Baucar Jom Shopping Perayaan: Bantuan Baucar RM200 Raya

Baucar Jom Shopping Perayaan: Bantuan Baucar RM200 Raya

Bersempena perayaan Aidilfitri 2023, Kerajaan negeri Selangor membuka permohonan Bantuan Baucar Jom Shopping yang bertujuan membeli barangan keperluan supaya kemeriahan perayaan dapat dirasai bersama.

Bantuan ini diberikan untuk mengurangkan beban kewangan keluarga B40 dalam menyediakan peralatan untuk sambutan perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Kerajaan Negeri sentiasa melakukan tambah baik inisiatif sedia ada agar selari dengan perkembangan semasa dan had pendapatan seisi keluarga permohonan juga dinaik dari RM2,000 ke RM3,000.
Apa itu Baucar Jom Shopping Perayaan Selangor?

  Baucar Jom Shopping Perayaan: Bantuan Baucar RM200 Raya

Program Pemberian Bantuan Secara Baucar untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan atau lebih dikenali sebagai Program Jom Shopping merupakan program bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri secara tahunan sejak tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi.

Ianya merupakan program bantuan bersempena tiga (3) perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali di mana setiap keluarga yang kurang berkemampuan akan diberikan baucar untuk pembelian barangan keperluan bernilai RM200.00 di pasar raya terpilih.

Bantuan serta usaha-usaha penambahbaikan ini diharapkan akan meringankan beban hidup rakyat dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sejajar dengan tekad Kerajaan Negeri bahawa tiada sesiapa yang keciciran.
 
Jumlah Baucar
Baucar Jom Shopping Perayaan: Bantuan Baucar RM200 Raya

Pemberian bantuan adalah dalam bentuk baucar untuk pembelian barangan keperluan bernilai RM200.00 di pasar raya terpilih.

Untuk makluman, bagi tahun ini, nilai baucar telah ditingkatkan dari RM100 ke RM200.
 
Syarat Kelayakan
Pemohon adalah masyarakat yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri;
  • Pemohon mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan sahaja (dalam Negeri Selangor)
  • Jumlah pendapatan seisi rumah RM 3,000 dan ke bawah;
  • Hanya SATU orang pemohon sahaja bagi setiap keluarga.
  • Pemohon bukan penerima bawah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
  • Keutamaan diberi kepada BUKAN penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) atau Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).
 
Cara Permohonan
Permohonan baucar ini boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;
https://ssipr-daftar.selangor.gov.my

Info Lanjut
Infol lanjut mengenai pemberian baucar ini, sila layari https://www.selangorpenyayang.com/program/jom-shopping-perayaan

LihatTutupKomentar