Ini Kategori Yang Dapat STR Tambahan RM600 Bantuan Rahmah

STR Tambahan

Selain daripada jumlah asas bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023), penerima yang layak juga akan menerima STR Tambahan berdasarkan jumlah pendapatan dan bilangan anak yang ditetapkan.

Apa yang menariknya jika dicampur dengan jumlah asas bayaran STR, penerima yang layak akan menerima sehingga RM3,100 termasuk tambahan yang diberikan.

Berikut adalah maklumat berkaitan dengan STR Tambahan.

Apa itu STR Tambahan?
Berasaskan Konsep Payung Rahmah, Kerajaan telah menjenamakan semula program Bantuan Tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan Malaysia kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah melakukan beberapa pembaharuan supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.

Antara pembaharuan yang dimaksudkan adalah bantuan STR Tambahan yang merupakan sumbangan tambahan yang disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Mereka yang layak menerima tambahan ini adalah golongan yang tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM) melalui Semakan Status Daftar e-Kasih.

Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

Semakan eKasih Untuk Tambahan RM600 STR
Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih sebagai penerima tambahan RM600 Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
  1. Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 850101012221
  2. Klik untuk carian

Mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;
  • Nama
  • KIR / AIR
  • Nama KIR
  • Status Daftar
  • Negeri :
  • Daerah :
STR Tambahan

Untuk semakan ekasih bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu sama ada isteri atau anak, boleh juga masukkan nombor kad pengenalan mereka bagi mengetaui status ekasih.

Maklumat yang dipaparkan bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu anak atau isteri adalah sebagaimana contoh di bawah: STR Tambahan

Siapakah layak terima kadar tambahan RM600 STR?
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

RM600 Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

Ini bermakna penerima STR bagi kategori isi rumah miskin tegar akan menerima bayaran maksimun RM3100 dalam bentuk bantuan kewangan dan bakul makanan serta baucar makanan.

Jadual di bawah menerangkan kategori penerima yang layak untuk bantuan STR:

  STR Tambahan

Tarikh Pembayaran Tambahan RM600
Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, bayaran tambahan RM600 kepada penerima yang layak tidak dibuat dalam bentuk tunai.

Sebaliknya RM600 Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Sumbangan tambahan ini juga tidak diterima sekaligus. Penerima akan menerima secara bulanan selama 6 bulan berturut-turut mulai bulan Julai 2023 hingga Disember 2023.

Jadual daripada Kementerian Kewangan di bawah menerangkan dengan lebih lanjut pembayaran bantuan ini.

  STR Tambahan

Bakul Makanan dan Baucar Barangan Makanan Asas STR
Buat masa ini Kerajaan belum lagi apakah bentuk barangan atau bakul makanan yang akan diberikan.

Namun berdasarkan pengalaman penerima bakul makanan JKM 2021 (ketika PKP) bakul makanan yang disediakan merupakan keperluan asas keluarga seperti berikut :
  • Beras
  • Minyak Masak
  • Gula
  • Tepung Gandum
  • Susu Pekat
  • Teh
  • Kopi
  • Biskut
  • Kicap Manis
  • Sardin
  • Sos Cili
  • Garam Halus
  • Bihun

Begitu juga untuk baucar untuk barangan makanan asas, akan diperincikan lagi selepas ini oleh kerajaan apakah bentuk barangan yang boleh dibeli dan tidak boleh dibeli.
Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
LihatTutupKomentar