
Dimaklumkan bahawa Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar secara atas talian (online) bagi sesi 2 2022/2023.
Pelajar-pelajar yang berkelayakan bolehlah memohon bantuan zakat ini sebelum tarikh tutup permohonan beserta syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Tempoh Permohonan
Permohonan Zakat Pelajar UiTM ini dibuka secara atas talian (online) bagi kampus berikut;
Permohonan Zakat Atas Talian (Sistem E-Zakat)
Permohonan Zakat Pelajar UiTM ini dibuka secara atas talian (online) bagi kampus berikut;
- Shah Alam
- Puncak Alam
- Puncak Perdana
- Sungai Buloh
- Seksyen 17
- Selayang
- Dengkil
Permohonan Zakat Atas Talian (Sistem E-Zakat)
- Tarikh permohonan dibuka: 21 Mac 2023 (Selasa)
- Tarikh permohonan ditutup Tutup: 21 April 2023 (Jumaat sehingga 11.59 malam)
Tarikh Temuduga Zakat
- Mula : 2 Mei 2023 (Selasa)
- Tutup: 28 Jun 2023 (Rabu)
Kaedah Temuduga
Kaedah temuduga adalah tertakluk kepada fakulti masing-masing
Kaedah temuduga adalah tertakluk kepada fakulti masing-masing
- Pelajar hendaklah menghubungi Panel Penemuduga Fakulti yang telah dilantik oleh Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam (Rujuk Maklumat Panel Penemuduga di dalam Jadual Panel di sistem E-Zakat UiTM) bagi urusan temuduga setelah status permohonan pelaiar berubah kepada DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA.
- Pelajar yang berstatus DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA akan ditemuduga secara panggilan telefon atau atas talian (Online) atau secara fizikal tertakluk kepada fakulti masing-masing.
- Kegagalan pelajar untuk menghubungi Panel Penemuduga Fakulti pada tarikh temuduga boleh menyebabkan permohonan zakat pelajar DITOLAK.
Syarat Permohonan
- Beragama Islam
- Belajar sepenuh masa IJAZAH SARJANA MUDA Dan DIPLOMA
- Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib universiti
Cara Memohon
Permohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui kaedah berikut;
Permohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui kaedah berikut;
- >>Portal Pelajar UiTM <<
- WhatsApp >>ZAWAF UiTM<<
Dokumen Sokongan
- Salinan kad matrik pelajar
- Pengesahan pendapatan/slip gaji
- Slip pengesahan akaun
- Surat perakuan doktor (jika perlu)
- Sijil kematian (jika perlu)
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang info lanjut, sila layari Facebook Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM – Media FB Rasmi
Sebarang info lanjut, sila layari Facebook Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM – Media FB Rasmi
Atau laman web https://zawaf.uitm.edu.my/
Sumber: Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf Universiti Teknologi MARA