Kemaskini BKM 2022 Bagi Fasa 4

Kemaskini BKM 2022 Bagi Fasa 4

Bagi penerima BKM Fasa 3 yang sedia ada lulus BKM 2022 dan permohonan lulus rayuan sebelumnya, pembayaran secara berperingkat telah dibuat oleh pihak kerajaan kepada penerima mulai 20 September terdahulu dan telah selesai pada 27 september 2022.


Untuk persediaan BKM Fasa 4 tahun 2022, penting bagi kita untuk membuat semakan dan mengemaskini maklumat pemohonan BKM agar layak menerima pembayaran mengikut status kategori semasa.


Terbaharu, pihak Lembaga Hasil Dalm Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengeluarkan satu notis berkenaan kemaskini BKM 2022 bagi Fasa 4.


Apakah Tujuan Kemaskini BKM 2022 Fasa 4

Pembukaan kemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah bagi membenarkan permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemaskini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:

  1. Nombor Telefon Rumah
  2. Nombor Telefon Bimbit
  3. Alamat e-Mel
  4. Nama dan Nombor Akaun Bank
  5. Maklumat Wakil

Bilakah Tempoh Kemaskini Maklumat Permohonan BKM 2022 Fasa 4?

Tempoh bagi kemaskini Maklumat Asas permohonan Lulus BKM 2022 adalah mulai 10 Oktober sehingga 30 Oktober 2022.


Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Kemaskini Maklumat Permohonan BKM 2022?


Kemas kini tersebut boleh dibuat melalui dua cara iaitu:

  1. Secara dalam talian, layari laman web bkm.hasil.gov.my
  2. Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 di Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Bilakah tarikh Pembayaran BKM 2022 Bagi Fasa 4?


Dijangkakan pembayaran BKM 2022 Fasa 4 akan dikreditkan pada minggu ke-4 bulan Disember 2022.

LihatTutupKomentar