MySPR SEMAK: Semakan Daftar Pemilih PRU15

myspr semakan

Lazimnya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan seperti ditetapkan mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berkemungkinan diadakan dalam tempoh sebulan lagi setelah Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 20 Oktober ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Justeru itu, bagi anda yang telah disenaraikan dalam daftar pemilih, anda boleh membuat persiapan dengan membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat dan lokasi mengundi pada PRU15 nanti.

Cara Semak Daftar Pemilih

Anda boleh membuat semakan daftar pemilih melalui 3 cara iaitu Portal MySPR, Aplikasi MySPR dan Talian Hotline SPR.

Semakan Daftar Pemilih di Portal MySPR SEMAK

  1. Layari Portal https://mysprsemak.spr.gov.my/
  2. Tekan pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Isikan No. Kad Pengenalan 12 Angka
  4. Masukkan aksara CAPTCHA dan tekan SEMAK
  5. Maklumat peribadi dan Kawasan mengundi akan dipaparkan
  6. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan PRU15
myspr semakan

Semakan Daftar Pemilih di Aplikasi MySPR SEMAK

  1. Muat turun aplikasi di Apple Store ataupun Google Playstore
  2. Tekan pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Isikan No. Kad Pengenalan 12 Angka
  4. Masukkan aksara CAPTCHA dan tekan SEMAK
  5. Maklumat peribadi dan Kawasan mengundi akan dipaparkan
  6. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan PRU15
myspr semakan

Semakan Melalui Talian Hotline SPR

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membuat semakan melalui 2 cara diatas, anda boleh menghubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 pada waktu pejabat.

Tukar Tempat Mengundi

Bagi anda yang ingin membuat pertukaran alamat mengundi, anda boleh berbuat demikian di portal dan aplikasi MySPR.

Anda perlu mempunyai Akaun MySPR untuk membuat pertukaran status. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun, anda perlu terlebih dahulu membuat Akaun MySPR dengan mengklik pada PERMOHONAN AKAUN BAHARU.

Berikut adalah cara membuat Pertukaran Bahagian Pilihan Raya/Pertukaran Status
  1. Imbas kod QR ataupun klik pautan https://myspr.spr.gov.my/login
  2. Log masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No. Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.
  3. Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya/Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.
  4. Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.
  5. Isikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN dan maklumat yang dikehendaki.
  6. Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.
  7. Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.
  8. Anda akan menerima No. TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.
  9. Anda akan menerima notifikasi “Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” melalui e-mel.
myspr semakan

Cara Memohon Undi Pos

Berikut adalah cara untuk memohon undi pos secara online
  1. Daftar Akun MySPR dan aktifkan akaun pengguna
  2. Log masuk akaun MySPR
  3. Klik pilihan PERMOHONAN UNI
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan
  5. E-mel berkenaan status permohonan undi pos (Diluluskan / Ditolak) akan diterima selepas permohonan diproses.
myspr semakan


LihatTutupKomentar