Bayaran BKM Fasa 3 Bermula Selasa Ini - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BRM) bagi fasa yang ke tiga akan bermula pada selasa depan, 20 September 2022. Pembayaran ini adalah secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.
Pembayaran BKM Fasa 3 kali ini akan membabitkan penerima sedia ada bagi kategori isi rumah, warga emas, bujang atau tiada pasangan, bujang serta pemohon yang lulus Rayuan BKM.
Bagi BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima bayaran sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Bagi BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima bayaran sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Semakan Status Kelulusan BKM Fasa 3
Jika anda salah seorang penerima BKM Fasa 3 pada kali ini, anda boleh membuat semakan melalu 2 cara iaitu secara dalam talian ataupun melalui aplikasi telefon BKM 2022.
Untuk peringatan juga, status kelulusan permohonan BKM Fasa 3 hanya boleh disemak mulai 20 September 2022.
Untuk peringatan juga, status kelulusan permohonan BKM Fasa 3 hanya boleh disemak mulai 20 September 2022.
Semakan Status Kelulusan BKM Fasa 3 Secara Dalam Talian
Anda boleh membuat semakan kelulusan secara dalam talian melalui pautan berikut, MyBKM.
Berikut adalah cara membuat semakan:
Berikut adalah cara membuat semakan:
- Tekan Log Masuk MyBKM
- Masukkan No. MyKad 12 digit
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Klik Semak Status