Pendaftaran PADU 2024: Login https://padu.gov.my/

Pendaftaran PADU kini boleh dibuat secara dalam talian bagi membolehkan rakyat Malaysia mengemaskini maklumat dalam Pangkalan Data Utama.

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Objektif utama kerajaan menyediakan sistem PADU sebagai penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.

Apa Itu Pangkalan Data Utama (PADU)?

Apakah Pengkalan Data Utama (PADU)

Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar; untuk memastikan penduduk tidak tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain sekiranya layak.

Majlis Peluncuran PADU diadakan di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada hari Selasa 2 Januari 2024.

Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli akan hadir merasmikan majlis.

Siapa Yang Perlu Buat Pendaftaran PADU?

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

Pendaftaran baharu, pengemaskinian dan semakan di sistem PADU adalah PERCUMA. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

Tarikh Pendaftaran & Kemaskini

Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem PADU bermula pada 2 Januari 2024.

Bagi pengemaskinian, anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. 

Kaedah Pendaftaran Padu

Pendaftaran PADU boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu

  1. Secara dalam talian melalui portal PADU https://padu.gov.my/ 
  2. Melalui kaunter PADU

3 Langkah Daftar PADU Secara Online

Pendaftaran secara online ikuti panduan berikut;

Layari portal PADU https://padu.gov.my/ 

Langkah 1 – Maklumat Asas

  • Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.

Langkah 2: Pengesahan Akaun

  • Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.

Langkah 3: Tetapkan Kata Laluan

  • Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar d simbol istimewa (contoh: *%$). Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat.
Langkah Mudah mendaftar pertama di PADU

Pendaftaran Melalui Kaunter

Dalam pada itu juga, kaunter fizikal PADU ini akan turut disediakan bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar, tidak mempunyai peranti dan tiada akses capaian internet.

Pendaftaran ini boleh dibuat di;

  • Pejabat Daerah/ Penghulu/MPKK/PBT
  • Pusat Ekonomi Digital
  • Premis agensi kerajaan Persekutuan/ Negeri
  • Pusat Internet Desa

Bagi pendaftaran di kaunter, pastikan maklumat dan dokumen penting dibawa semasa proses pengemaskinian.

Diri Sendiri

  • Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan sendiri

Diri Sendiri dan Mewakili Isi Rumah

  • Kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan sendiri
  • salinan kad pengenalan ahli isi rumah
Dokumen Pendaftaran di Kaunter Pangkalan Data Utama
Kaunter Fizikal PADU
Kaedah Pendaftaran dan Kemas kini Maklumat Padu

3,000 Pendaftar Pertama PADU Dapat Kad TnG NFC Percuma

YB Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi  mengumumkan 3,000 pendaftar pertama dalam Pangkalan Data Utama (PADU) berpeluang menerima kad NFC Touch ‘n Go secara percuma.

Selain itu, mereka juga bakal mendapat diskaun daripada pasar raya terkemuka, Mydin namun jumlah diskaunnya akan diumumkan selepas ini.

Tawaran-tawaran itu adalah sebahagian daripada usaha untuk merancakkan pendaftaran dan kemas kini maklumat dalam sistem PADU yang dilancarkan pada 2 Januari 2024.

Info Lanjut

Untuk info lanjut dan terkini mengenai Pangkalan Data Utama (PADU), sila layari;

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

  • MyGCC: 1-800-88-7720 (8.00 pagi – 6.00 petang)
  • Jabatan Perangkaan Malaysia : 1-800-88-7721 *mulai 5 Januari 2024 (7.30 pagi – 10.00 malam)

Sumber: Kementerian Ekonomi

Risalah PADU 1
Risalah PADU 2

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah Pendaftaran PADU boleh dibuat?

Mulai 2 Januari 2024

Apakah manfaat yang saya perolehi dengan pendaftaran dan mengemas kini maklumat?

Anda berpeluang untuk menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya

Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat ?

Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini.

Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN) ?

TIDAK. PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Buat masa kini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.

Siapakah yang boleh mengemas kini maklumat dalam sistem PADU ?

Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Adakah saya perlu mendaftar akaun dengan PADU ?

Ya, anda perlu mendaftar akaun bagi membolehkan log masuk serta menyemak dan mengemas kini maklumat anda.

Saya tidak memerlukan bantuan kerajaan. Adakah saya perlu mendaftar ?

Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

The post Pendaftaran PADU 2024: Login https://padu.gov.my/ appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar