PADU: Pendaftaran, Semakan & Kemaskini Pangkalan Data Utama

Susulan pemansuhan pengelasan kumpulan B40, M40 dan T20, kerajaan membangunkan Pangkalan Data Utama (PADU) bagi membolehkan penyampaian bantuan, termasuk subsidi bersasar serta pembentukan dasar yang lebih berkesan serta adil.

Kewujudan PADU ini selanjutnya membolehkan kerajaan beralih dari pendekatan B40-M40-T20 dalam menilai kelayakan penerima bantuan kepada pendekatan yang lebih bersasar dan adil untuk mengelakkan keciciran (mereka yang patut dapat tercicir, mereka yang tidak patut dapat menerima bantuan).

Namun ramai yang bertanya adakah PADU ni nama lain bagi Identiti Digital Nasional?

Pangkalan Data Utama (PADU) dan Identiti Digital Nasional (IDN) merupakan dua perkara yang berlainan.

Lihat juga;

Apa Itu Pangkalan Data Utama (PADU)?

Apakah Pengkalan Data Utama (PADU)

Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar; untuk memastikan penduduk tidak tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain sekiranya layak.

Majlis Peluncuran PADU diadakan di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada hari Selasa 2 Januari 2024.

Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli akan hadir merasmikan majlis.

Adakah PADU sama dengan ID Digital Nasional (IDN)?

Tidak!

Pangkalan Data Utama (PADU) dan Identiti Digital Nasional (IDN) merupakan dua perkara yang berlainan.

Tapi, apakah beza kedua-duanya?

PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

Ia adalah platform komprehensif yang mengandungi maklumat profil individu dan isi rumah meliputi warganegara serta pemastautin tetap di Malaysia.

Anda boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.

IDENTITI DIGITAL NASIONAL (IDN)

IDN adalah sistem pengesahan identiti secara dalam talian yang menekankan aspek keselamatan.

Ia merupakan pengesahan pengguna untuk perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital.

Kesimpulannya, PADU dan IDN adalah dua perkara yang berbeza.

Tarikh Pendaftaran & Kemaskini

Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem PADU bermula pada 2 Januari 2024.

Bagi pengemaskinian, anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. 

Siapa Yang Perlu Daftar?

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

Pendaftaran baharu, pengemaskinian dan semakan di sistem PADU adalah PERCUMA. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

Kenapa Perlu Daftar?

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Cara Pendaftaran dan Kemas kini Maklumat Padu

Pendaftaran dan pengemaskinian PADU bukan sahaja boleh diisi secara dalam talian, malah ia juga boleh dibuat melalui kaunter PADU.

Pendaftaran secara dalam online boleh dilakukan di laman web berikut mulai 2 Januari 2024;

https://padu.gov.my/

Maklumat awal tentang pendaftaran PADU boleh dilihat melalui laman web berikut;

http://www.ekonomi.gov.my/padu 

Dalam pada itu juga, kaunter fizikal PADU ini akan turut disediakan bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar, tidak mempunyai peranti dan tiada akses capaian internet.

Kaedah Pendaftaran dan Kemas kini Maklumat Padu

3,000 Pendaftar Pertama PADU Dapat Kad TnG NFC Percuma

YB Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi  mengumumkan 3,000 pendaftar pertama dalam Pangkalan Data Utama (PADU) berpeluang menerima kad NFC Touch ‘n Go secara percuma.

Selain itu, mereka juga bakal mendapat diskaun daripada pasar raya terkemuka, Mydin namun jumlah diskaunnya akan diumumkan selepas ini.

Tawaran-tawaran itu adalah sebahagian daripada usaha untuk merancakkan pendaftaran dan kemas kini maklumat dalam sistem PADU yang dilancarkan pada 2 Januari 2024.

​​Objektif Padu

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Matlamat Padu

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  • Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Info Lanjut

Untuk info lanjut dan terkini mengenai Pangkalan Data Utama (PADU), sila layari;

Sumber: Kementerian Ekonomi

Soalan Lazim

Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat?

Anda berpeluang untuk menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya

Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat ?

Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini.

Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN) ?

TIDAK. PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Buat masa kini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.

Siapakah yang boleh mengemas kini maklumat dalam sistem PADU ?

Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Adakah saya perlu mendaftar akaun dengan PADU ?

Ya, anda perlu mendaftar akaun bagi membolehkan log masuk serta menyemak dan mengemas kini maklumat anda.

Saya tidak memerlukan bantuan kerajaan. Adakah saya perlu mendaftar ?

Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

The post PADU: Pendaftaran, Semakan & Kemaskini Pangkalan Data Utama appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar