Senarai Kedai eMadani ShopeePay & Cara Bayaran Di Kedai

ShopeePay merupakan antara penyedia perkhidmatan yang boleh anda digunakan kredit RM100 eMadani untuk perbelanjaan di kedai-kedai fizikal di Malaysia.

Selain daripada kredit RM100 eMadani yang diberikan oleh Kerajaan, ShopeePay turut menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan berhaya dibuat melalui aplikasi tersebut. Antara yang menarik ialah baucar Spaylater serta GANJARAN EKSKLUSIF kepada pengguna.

Sekiranya anda memilih syarikat ShopeePay untuk penebusan kredit ini, beberapa maklumat berikut mungkin membantu anda dari segi cara claim, cara guna kredit serta senarai kedai yang boleh guna atau beli barang menggunakan pembayaran ShopeePay eWallet.

Tempoh Permohonan & Claim Kredit

Tarikh Pendaftaran dan Tuntutan kredit eMadani

Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024.

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Syarat Kelayakan eMadani Melalui ShopeePay

Syarat-syarat kelayakan tuntutan melalui eWallet ShopeePay adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur 21 tahu ke atas pada tahun 2023 dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setiap tahun.
  3. Telah melaporkan cukai LHDN untuk tahun 2022.
  4. Bukan penerima eBelia Rahmah yang berjaya pada tahun 2023
  5. Belum menuntut eMadani dari mana-mana platform eWallet lain.
  6. Telah membuat pengesahan identiti (verifikasi identiti) secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) 
Syarat kelayakan eMadani ShopeePay

Cara Penebusan Kredit eMadani Melalui ShopeePay

Untuk penebusan eMadani melalui ShopeePay, pengguna perlu mempunyai eWallet ShopeePay terlebih dahulu yang boleh dimuat turun melalui sama ada di Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :

Ikuti 5 langkah berikut untuk menebus eMadani RM100 anda;

LANGKAH 1 – Aktifkan ShopeePay & pastikan anda telah mengesahkan akaun dengan Kad Pengenalan (MyKad) anda.

LANGKAH 2 – Klik pada butang “Tebus Sekarang” & isi butiran peribadi anda dalam borang permohonan online.

LANGKAH 3 – Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 1-3 hari berkerja.

LANGKAH 4 – Anda akan menerima pemberitahuan & mendapatkan RM100 dalam ShopeePay anda.

LANGKAH 5 – Anda kini layak menikmati baucar bernilai sehingga RM600.

ShopeePay - Cara tebus eMadani RM100 Anda

Apa yang boleh dibeli dengan kredit eMadani RM100 ShopeePay?

Kredit eMadani ShopeePay hanya boleh digunakan secara offline di kedai atau supermarket yang menerima pembayaran ShoopeePay.

Cadangan barangan keperluan yang anda boleh beli dengan kredit RM100 eMadani adalah sebagaimana berikut;

  • Barang dapur
  • Makanan & minuman
  • Keperluan rumah
  • Peralatan sekolah
  • Pakaian & aksesorit
  • Barang penjagaan peribadi

Selain itu anda juga boleh makan di warung, restoran atau kedai-kedai yang menggunakan transaksi eWallet ini.

Penggunaan Kredit eMadani RM100 yang tidak dibenarkan

Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan adalah sebagaimana berikut;

  • ✖ pemindahan “peer-to-peer”;
  • ✖ penebusan tunai;
  • ✖ bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • ✖ bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • ✖ bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • ✖ pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • ✖ bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • ✖ aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • ✖ transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Kelebihan Tuntutan Melalui ShopeePay

ShopeePay menawarkan beberapa tawaran menarik sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut.

Tuntut eMADANI dengan ShopeePay dan anda akan menerima RM100 dari kerajaan dikreditkan ke dalam dompet ShopeePay + GANJARAN EKSKLUSIF dari ShopeePay yang bernilai RM600.

Kelebihan tuntutan melalui ShopeePay

Kredit RM100 boleh digunakan untuk transaksi luar talian dalam kedai merentasi pelbagai peruncit di seluruh negara manakala Ganjaran Eksklusif dari Shopee boleh digunakan untuk kedua-dua transaksi luar talian dalam kedai dan dalam talian melalui aplikasi.

Cara Bayar di Kedai Menggunakan RM100 eMadani ShopeePay

Terdapat 2 cara untuk bayar di kedai menggunakan edompet ShopeePay;

  1. Peniaga imbas kod QR anda
  2. Anda imbas kod QR peniaga

Peniaga imbas kod QR anda

Sekiranya peniaga imbas kod QR anda, ikuti langkah-langkah berikut;

Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay

Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama 

Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga

Langkah 4 – Masukkan PIN ShopeePay

Langkah 5 – Tunjukkan kod QR kepada peniaga

Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai

Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;

Shopeepay - Peniaga imbas kod QR anda

Anda imbas kod QR peniaga

Sekiranya anda imbas kod QR peniaga, ikuti langkah-langkah berikut;

Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay

Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama 

Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga

Langkah 4 – Masukkan bayaran jumlah

Langkah 5 – Masukkan PIN ShopeePay

Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai

Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;

Shopeepay - Anda imbas kod QR Peniaga

Senarai Kedai Offline Yang Boleh Guna ShopeePay

Terdapat banyak kedai yang menerima bayaran ShopeePay bagi kredit RM100 eMadani di seluruh negara.

  • 01_Kedai offline ShopeePay eMadani
  • 02_Kedai offline ShopeePay eMadani
  • 03_Kedai offline ShopeePay eMadani
  • 04_Kedai offline ShopeePay eMadani
  • 05_Kedai offline ShopeePay eMadani
  • 06_Kedai offline ShopeePay eMadani

Antara yang boleh disenaraikan di sini adalah;

  1. Kenny Rogers Roasters
  2. 7 Eleven
  3. AMPM Pharmacy
  4. Boost Juice Bar
  5. Burger King
  6. Coffee Bean
  7. Chatime
  8. Mr Diy
  9. Mr Dollar
  10. Mr Toy
  11. A & W
  12. Family Mart
  13. Giant
  14. Giant Mini
  15. Guardian
  16. KFC
  17. KK Mart
  18. Mydin
  19. BubbleBee
  20. The Manhattan Fish Market
  21. Lotus
  22. Mercato
  23. MyNews
  24. Old Town White Coffee
  25. Tealive
  26. Pizza Hut
  27. 2CO (Kedai ECO)
  28. Street Churros
  29. Sunway Multicare
  30. CU Store
  31. MyBurger Lab
  32. Aunty Sam Satay
  33. Becon
  34. MyLaksa
  35. Santan
  36. Body Glove
  37. Pak Hailam
  38. Pappa Grill
  39. KGB
  40. Big Pharmacy
  41. Ayamas
  42. Vivo
  43. Gloria Jeans
  44. NY Steak Shack
  45. Tony Romas
  46. HTM Pharmacy
  47. ZUS Coffee
  48. Baskin Robbin
  49. Secret Recipe
  50. Sushi King

Dan lain-lain lagi

Secara mudahnya anda boleh menggunakan eWallet ShopeePay ini jika ternampak logo atau QR Code gambar sebagaimana contoh di bawah;

Scan-Pay-at-more-than-1-Million-Merchants-ShopeePay

Info dan Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, anda boleh hubungi;

  • ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini

Berikut adalah soalan lazim mengenai tuntutan eMadani melalui aplikasi ShopeePay eWallet;

Apakah inisiatif program eMadani?

– Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
– Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
– Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
– Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.

Apakah syarat kelayakan tuntutan eMadani di ShopeePay?

Syarat-syarat kelayakan tuntutan melalui eWallet ShopeePay adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Berumur 21 tahu ke atas pada tahun 2023 dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setiap tahun.
3. Telah melaporkan cukai LHDN untuk tahun 2022.
4. Bukan penerima eBelia Rahmah yang berjaya pada tahun 2023
5. Belum menuntut eMadani dari mana-mana platform eWallet lain.
6. Telah membuat pengesahan identiti (verifikasi identiti) secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) 

Bilakah tempoh tuntutan eMadani RM100?

Mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024

Bagaimana cara bayar di kedai menggunakan ShopeePay?

Terdapat 2 cara untuk bayar di kedai menggunakan edompet Shopeepay
1) Peniaga imbas kod QR anda
2) Anda imbas kod QR peniaga

Apakah Kedai eMadani yang boleh bayar guna ShopeePay ?

Terdapat banyak kedai yang menerima bayaran ShopeePay untuk program eMadani di seluruh negara.

Antara yang boleh disenaraikan di sini adalah;
Kenny Rogers Roasters
AMPM Pharmacy
Boost Juice Bar
Burger King
Coffee Bean
Chatime
Mr Diy
Family Mart
Giant
Guardian
KFC
KK
Mydin
BubbleBee
Lotus
Tealive
Pizza Hut
2CO
Starbuck
MyNews

Lihat juga;

The post Senarai Kedai eMadani ShopeePay & Cara Bayaran Di Kedai appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar