Bantuan eMadani: Claim RM100 MAE, SETEL, TnG & ShopeePay

Cara Claim dan Penebusan Bantuan eMadani RM100 Melalui eWallet MAE, Setel, ShopeePay dan Touch n Go eWallet.

Pendaftaran dan penebusan kredit program e-Madani iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara one off kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak kini boleh dibuat di platform eWallet MAE, Setel, ShopeePay dan Touch n Go eWallet.

Untuk tujuan ini, Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi program itu yang diumum semasa peluncuran ekonomi madani, Julai lalu.

Bagi keempat-empat syarikat penyedia perkhidmatan tersebut, masing-masing menawarkan tawaran menarik seperti baucar, coin, reward dan pulangan tunai selain daripada kredit eWallet RM100 daripada kerajaan.

Berikut adalah beberapa maklumat penting  yang mungkin membantu anda dari segi cara claim, cara guna kredit serta senarai kedai yang boleh guna atau beli barang menggunakan pembayaran.

Apakah Bantuan eMadani RM100?

  • Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
  • Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
  • Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui bantuan kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
  • Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.  

Tempoh Permohonan & Claim Kredit

Tarikh Pendaftaran dan Tuntutan kredit eMadani

Permohonan bantuan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan eMadani 

Syarat-syarat kelayakan tuntutan melalui Touch n Go eWallet adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada  7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘KnowYourCustomer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat. 

Jumlah Kredit e-Wallet

Jumlah kredit bantuan eMadani sebagaimana yang diumumkan adalah RM100. 

Bantuan yang diberikan bukanlah secara cash sebagaimana Sumbangan Tunai Rahmah, sebaliknya diberikan dalam bentuk kredit e wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah.

Tempoh Pendaftaran dan Tuntutan eMadani RM100

​​Tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI bermula dari 8.00 pagi, 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna. 

Manakala penggunaan kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024.

Penyedia Perkhidmatan

Empat penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam program bantuan eWallet ini adalah sebagaimana berikut;

  1. MAE
  2. Setel
  3. ShopeePay
  4. Touch ‘n Go Wallet
Senarai penyedia perkhidmatan eMadani

Cara Penebusan eMadani

Untuk penebusan, pengguna perlu download salah satu aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat di mana pendaftaran dan tuntutan eMadani ini mulai 4 Disember 2023 jam 8.00 pagi.

Pengguna boleh menebus kredit RM100 eMadani dengan download salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :

  1. MAE
  2. Setel (masukkan kod 65bg untuk percuma kredit)
  3. ShopeePay
  4. Touch ‘n Go eWallet

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi  e-dompet tersebut.

Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘KnowYourCustomer’ (eKYC).

Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.

Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.

Cara Memohon eMadani

Cara Claim eMadani Touch ‘n Go eWallet

Cara tuntutan Bantuan eMadani RM100 Touch n Go eWallet

Langkah 1 – Buka aplikasi TNG eWallet di telefon masing-masing dan pilih paparan “eMadani”

Langkah 2- Pilih “Claim Now” atau “Tuntut Sekarang”

Langkah 3-6 – untuk pengguna baharu TnG

  • Pilih Verify Now
  • Pilih Jenis ID anda
  • Imbas bahagian depan ID anda
  • Ambil “selfie” anda

Langkah 7 – Pastikan butiran anda adalah betul & ketik pada “Continue”

Langkah 8 – Isikan butiran anda dan ketik pada “SUBMIT NOW”

Langkah 9 – Permohonan anda telah berjaya

Anda menerima notifikasi ini setelah permohonan anda diluluskan…. atau sebaliknya

Pengesahan Akaun (EKYC) Touch ‘n Go eWallet

Pengguna baharu TNG perlu membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Lihat panduan video dibawah untuk pengesahan identiti;

Atau rujuk panduan berikut;

https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/900001095086-Pengesahan-Akaun-eKYC-

Cara Bayar di Kedai menggunakan Touch ‘n Go eWallet 

Cara menggunakan eWallet Touch n Go

Anda boleh membuat bayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet dengan mengimbas kod QR Duitnow di premis peniaga.

Langkah 1: Pergi pada ikon ‘Scan’ di muka hadapan aplikasi 

Langkah 2 : Beri kebenaran kamera (untuk penggunaan kali pertama atau jika anda nyahaktif kebenaran kamera)

Langkah 3: Imbas kod QR peniaga 

Langkah 4: Masukkan jumlah bayaran

Langkah 5: Masukkan PIN 6 angka / Imbas wajah jika anda telah mengaktifkan pengesahan wajah

Langkah 6: Bayaran selesai!

Untuk panduan lanjut sila rujuk infografik di bawah;

Cara Bayar di Kedai menggunakan Touch 'n Go eWallet 01
Cara Bayar di Kedai menggunakan Touch 'n Go eWallet 02

Senarai Kedai Yang Boleh Bayar Guna Touch n Go eWallet

Touch N Go mempunyai  banyak kedai-kedai fizikal yang  menerima Touch ‘n Go eWallet yang mungkin menjadi pilihan pengguna eMadani membelanjakan kredit masing-masing.

Cara mudah untuk mengetahui sama ada kedai tersebut boleh bayar dengan menggunakan ewallet TnG adalah ada logo QR pembayaran sebagaimana contoh berikut;

Logo cara bayaran tng ewallet

Berikut adalah antara kedai warung, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, kedai kopi, yang popular yang boleh guna ewallet ini

  1. 99 Speedmart
  2. Pizza Hut
  3. Burger King
  4. Secret Recipe
  5. Mc Donald
  6. 7 Eleven
  7. Starbuck
  8. Coffee Bean
  9. Padini Concept Store
  10. Zus Coffee
  11. Baskin Robbin
  12. Mr DIY
  13. Sushi King
  14. Marry Brown
  15. Tea Live
  16. eMart 24
  17. UNIQLO
  18. Sport Direct
  19. Watson
  20. Daiso
  21. BOOST Juice
  22. KFC
  23. Family Mart
  24. Kenny Rogers Roasters
  25. KK Mart
  26. My News
  27. Dan lain-lain lagi.

Penggunaan Kredit eMadani RM100 yang tidak dibenarkan

Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan adalah sebagaimana berikut;

  • pemindahan “peer-to-peer”;
  • penebusan tunai;
  • bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Cara Claim eMadani ShopeePay

eMadani ShopeePay

eDompet ShopeePay mungkin menjadi pilihan anda untuk tuntutan RM100 kredit eMadani.

Apa yang menarik mengenai ShopeePay adalah anda boleh menikmati promosi, ganjaran eksklusif, membuat pembelian melalui QR di kedai fizikal, membayar bil, dan banyak lagi – semua dalam satu aplikasi!

ShopeePay  menawarkan beberapa tawaran menarik sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut.

Tuntut eMADANI dengan ShopeePay dan anda akan menerima RM100 dari kerajaan dikreditkan ke dalam dompet ShopeePay + GANJARAN EKSKLUSIF dari ShopeePay.

Kelebihan tuntutan melalui ShopeePay

Banyak kedai fizikal juga yang boleh guna ShopeePay seperti Billion, 2C0, Empire Sushi, Family Mart, Giant, Mydin, Guardian, KFC, KK Mart, Lotus, Petron, MyNews, Tealive dan lain-lain lagi.

Cara Bayar di Kedai Menggunakan eWallet ShopeePay

Terdapat 2 cara untuk bayar di kedai menggunakan edompet Shopeepay

  1. Peniaga imbas kod QR anda
  2. Anda imbas kod QR peniaga

Peniaga imbas kod QR anda

Sekiranya peniaga imbas kod QR anda, ikuti langkah-langkah berikut;

Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay

Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama 

Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga

Langkah 4 – Masukkan PIN ShopeePay

Langkah 5 – Tunjukkan kod QR kepada peniaga

Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai

Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;

Shopeepay - Peniaga imbas kod QR anda

Anda imbas kod QR peniaga

Sekiranya anda imbas kod QR  peniaga, ikuti langkah-langkah berikut;

Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay

Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama 

Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga

Langkah 4 – Masukkan bayaran jumlah

Langkah 5 – Masukkan PIN ShopeePay

Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai

Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;

Shopeepay - Anda imbas kod QR Peniaga

Senarai Kedai Offline Yang Boleh Guna ShopeePay

Terdapat banyak kedai yang menerima bayaran ShopeePay di seluruh negara.

  • 06_Kedai offline ShopeePay eMadani
  • 05_Kedai offline ShopeePay eMadani
  • 04_Kedai offline ShopeePay eMadani
  • 03_Kedai offline ShopeePay eMadani
  • 02_Kedai offline ShopeePay eMadani
  • 01_Kedai offline ShopeePay eMadani

Antara yang boleh disenaraikan di sini adalah;

  1. Kenny Rogers Roasters
  2. AMPM Pharmacy
  3. Boost Juice Bar
  4. Burger King
  5. Coffee Bean
  6. Chatime
  7. Mr Diy
  8. Family Mart
  9. Giant
  10. Guardian
  11. KFC
  12. KK
  13. Mydin
  14. BubbleBee
  15. Lotus
  16. Tealive
  17. Pizza Hut
  18. 2CO
  19. Starbuck
  20. MyNews

Dan lain-lain lagi

Secara mudahnya anda boleh menggunakan eWallet ShopeePay ini jika ternampak logo atau QR Code  gambar sebagaimana contoh di bawah;

Scan-Pay-at-more-than-1-Million-Merchants-ShopeePay

Cara Claim eMadani MAE

Aplikasi MAE daripada Maybank mungkin juga menjadi pilihan anda bagi tuntutan bantuan eMadani ini.

Yang belum ada eWallet MAE, bolehlah download melalui Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :

Bagaimana untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE?

Ikuti langkah berikut untuk menuntut RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE: 

Langkah 1: Lancarkan app MAE

Langkah 2: Ketik pada ikon ‘eMADANI’ di halaman utama

Langkah 3: Masukkan maklumat anda dan ketik ‘Serah’

Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya! 

Kelebihan Tuntutan Melalui  MAE

MAE mungkin menjadi pilihan anda kerana penggunaan  QR code adalah meluas  dan banyak kedai-kedai makan serta pasaraya yang boleh menggunakannya.

Walaupun peniaga atau kedai tersebut  tidak mempunyai sebarang kod QR Maybank tetapi mereka mempunyai kod QR DuitNow yang berwarna merah jambu, anda masih boleh membuat pembayaran kepada mereka. 

Anda juga boleh membayar kepada peniaga yang masih menggunakan kod QR Maybank seperti biasa.

Cara Bayar di Kedai Menggunakan eWallet  MAE

Anda boleh membuat pembayaran kepada peniaga dengan mengimbas kod QR mereka atau mengemukakan kod QR anda untuk diimbas oleh mereka. 

eMADANI RM100 anda akan digunakan secara automatik untuk transaksi ‘Scan & Pay’ anda, dengan syarat anda mempunyai baki eMADANI yang mencukupi untuk membayar transaksi tersebut. 

Untuk mengakses Scan & Pay pada aplikasi MAE, anda boleh:

  1. Tekan ikon QR pada bar navigasi di laman utama MAE; ATAU
  2. Tekan pada ikon eMADANI di bahagian ‘Quick Actions’ untuk pergi ke papan pemuka eMADANI, kemudian tekan pada butang ‘Use eMADANI’

Jika peniaga/pedagang tidak mempunyai sebarang kod QR Maybank tetapi mempunyai kod QR DuitNow yang berwarna merah jambu, anda masih boleh membuat pembayaran kepada mereka. Anda juga boleh membayar kepada peniaga yang masih menggunakan kod QR Maybank seperti biasa.

QR Code mae maybank emadani

Senarai Kedai Yang Boleh Bayar Guna MAE

MAE merupakan antara rangkaian terbesar perkhidmatan edompet dan popular di Malaysia. Jadi banyak kedai-kedai, pasaraya atau perkhidmatan yang menggunakan MAE atau Malaysia National QR Code dalam urusan perniagaan.

Anda boleh buat semakan senarai Maybank QRPay Merchants melalui pautan berikut;

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/maybank_qrpay/qrpay_all_listing.page?

Berikut merupakan antara kedai warung, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, kedai kopi, yang popular yang boleh guna MAE ini

  1. Mydin
  2. Serai
  3. Gloria Jean’s Coffee
  4. Warung Ambo
  5. Pizza Hut
  6. Burger King
  7. Secret Recipe
  8. Mc Donald
  9. 7 Eleven
  10. Starbuck
  11. Coffee Bean
  12. Padini Concept Store
  13. Zus Coffee
  14. Baskin Robbin
  15. Mr DIY
  16. Sushi King
  17. Marry Brown
  18. Tea Live
  19. eMart 24
  20. UNIQLO
  21. Sport Direct
  22. Watson
  23. Daiso
  24. BOOST Juice
  25. KFC
  26. Family Mart
  27. Kenny Rogers Roasters
  28. KK Mart
  29. My News
  30. Dan lain-lain lagi.

Cara Tebus eMadani Setel

eMadani Setel

Bagi yang belum mempunyai aplikasi SETEL perlu muat turun  dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery melalui pautan berikut;

Seterusnya, penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Ikut arahan selanjutnya.

Cara Tuntut eMadani Anda Dengan SETEL

Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk tuntut;

Langkah 1 – Buka aplikasi Setel dan sentuh ikon eMADANI

Langkah 2-  Baca tawaran, terma, dan syarat. Bila selesai, anda boleh ‘Tuntut sekarang’.

Langkah 3 – Pengguna yang belum disahkan perlu membuat eKYC. Pengguna yang sah boleh mengisi borang permohonan.

Langkah 4 – Permohonan anda akan disemak dalam masa 1-5 hari bekerja.

Langkah 5 – Anda akan menerima notifikasi berkenaan status permohonan.

Apa yang boleh dibeli dengan kredit eMADANI RM100 SETEL?

Dengan Setel, anda boleh menggunakan kredit ini untuk pelbagai perkara seperti berikut;

  • Pembelian petrol melalui Setel di mana-mana stesen PETRONAS
  • Pembelian di Kedai Mesra atau CafĂ© Mesra
  • Imbas & bayar dengan Setel QR atau DuitNow QR di lebih 1 juta kedai

Kelebihan Tuntutan Melalui Setel

Selain menggalakkan pembayaran tanpa tunai, eMADANI juga bertujuan untuk meringankan perbelanjaan harian rakyat Malaysia yang memerlukan.

Dengan Setel, anda boleh gunakan kredit RM100 eMADANI untuk  beli barang keperluan harian menerusi fungsi Setel QR dan DuitNow QR.

Hanya dengan Setel, anda boleh manfaatkan kredit ini untuk  mengisi minyak kenderaan.

Bukan itu sahaja! Anda juga boleh menikmati:

  • Bayar minyak dari dalam kenderaan dan nikmati 3x mata ganjaran Mesra untuk minyak, Kedai Mesra, dan Deliver2Me.
  •  Bayar parkir dan nikmati 50% pulangan tunai*.
  •  Perbaharui cukai jalan dan nikmati 3% pulangan tunai.
  •  Beli insurans kenderaan dan nikmati sehingga RM300 pulangan tunai*.
  •  Dapatkan bantuan sewaktu kecemasan dan nikmati pulangan tunai RM20 untuk bateri kenderaan*.
  •  Imbas & bayar guna DuitNow QR menerusi Setel di 1.8 juta perniagaan seluruh negara.
  • Bayar guna Setel QR di kedai terpilih dan nikmati sehingga 10% pulangan tunai*.
Kelebihan Tuntutan eMadani Melalui Setel

Info dan Maklumat Lanjut 

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim mengenai penebusan kredit bantuan eMadani RM100;

Apakah inisiatif program eMadani?

Program eMADANI ialah kesinambungan kepada kejayaan program eBeliaRahmah dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Berapakah nilai kredit edompet yang ditawarkan?

Jumlah bantuan kredit eWallet yang ditawarkan bagi eMadani adalah RM100.

Apakah syarat kelayakan Bantuan eMadani RM100?

1) Warganegara Malaysia berumur 21 ke atas pada 1 Januari 2023; dan
2) Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
3) Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan k bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

Bilakah tempoh tuntutan eMadani RM100?

Mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024

Apakah syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat?

1) MAE
2) Setel
3) ShopeePay
4) Touch ‘n Go Wallet

The post Bantuan eMadani: Claim RM100 MAE, SETEL, TnG & ShopeePay appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar