eMadani TnG: Cara Claim & Guna RM100 Touch n Go eWallet

Touch n Go eWallet merupakan antara 4 penyedia rasmi perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program eBelia Rahmah 2023 selain daripada MAE, Setel dan ShopeePay.

Sekiranya anda memilih syarikat Touch n Go eWallet untuk penebusan kredit ini, beberapa maklumat berikut mungkin membantu anda dari segi cara claim, cara guna kredit serta senarai kedai yang boleh guna atau beli barang menggunakan pembayaran Touch n Go eWallet.

Untuk makluman, terdapat lebih 2 juta kedai-kedai fizikal menerima Touch ‘n Go eWallet. Dari kedai warung, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, kedai kopi, pelbagai jenama boba sampai ke dalam pusat membeli-belah.

Apakah inisiatif eMADANI?

  • Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
  • Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
  • Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
  • Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.  

Tempoh Permohonan & Claim Kredit

Tarikh Pendaftaran dan Tuntutan kredit eMadani

Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan eMadani Touch n Go eWallet

Syarat-syarat kelayakan tuntutan melalui Touch n Go eWallet adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada  7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
     

Bagi tuntutan eMadani melalui TnG, anda perlulah memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘KnowYourCustomer’ (eKYC) eWallet ini.

Cara Mengesahkan Akaun Touch ‘n Go eWallet

Bagi yang belum mempunyai aplikasi Touch ‘n Go eWallet perlu muat turun dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery melalui pautan berikut;

Setelah complete download, pengguna perlu membuat pengesahan akaun eWallet dengan menekan pada ‘Account Verification’ di halaman profil aplikasi.

  1. Untuk warganegara Malaysia, anda boleh mengemukakan sama ada MyKad atau My Tentera untuk eKYC
  2. Untuk penduduk tetap Malaysia dan warganegara lain, sila kemukakan pasport anda

Selain itu, anda  juga akan disahkan melalui gambar swafoto.

TNGD memerlukan bukti identiti sebagai sebahagian dari keperluan eKYC untuk mengesahkan identiti pengguna kami. Ini juga untuk menghindari dari risiko kecurian identiti.

Langkah 1: Pergi ke ikon “Profile” di muka hadapan aplikasi (Penjuru kanan)

Langkah 2: Klik pada “Account Verification” 

Langkah 3: Klik “Verify Account” 

Langkah 4: Pilih jenis ID anda

Langkah 5: Ambil gambar depan ID 

Langkah 6: Ambil swafoto anda 

Langkah 7: Sahkan butiran akaun anda : Nama, Nombor ID, Tarikh Lahir 

Langkah 8: Pengesahan akaun anda akan berlaku serta merta atau sehingga 3 hari bekerja

Secara alternatif, anda juga boleh menonton panduan video di bawah;

Atau rujuk panduan berikut;

https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/900001095086-Pengesahan-Akaun-eKYC-

Cara Penebusan Kredit eMadani Melalui Touch n Go eWallet

Langkah 1 – Buka aplikasi TNG eWallet di telefon masing-masing dan pilih paparan “eMadani”

Langkah 2- Pengguna baharu perlu membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC).

  • Pilih Verify Now
  • Pilih Jenis ID anda
  • Imbas bahagian depan ID anda
  • Ambil “selfie” anda
  • Pastikan butiran anda adalah betul & ketik pada “Continue”

Langkah 3 – Klik butang claim/tebus untuk tuntutan.

Anda menerima notifikasi ini setelah permohonan anda diluluskan…. atau sebaliknya

Apa yang boleh dibeli dengan kredit eMadani RM100 Touch n Go eWallet?

Touch ‘n Go eWallet - Kredit eMadani hanya boleh digunakan untuk pembelian di kedai fizikal

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 2 juta peruncit/perniagaan melalui e- dompet pilihan anda.

Cadangan barangan keperluan yang anda boleh beli dengan kredit RM100 eMadani adalah sebagaimana berikut;

  • Barang dapur
  • Makanan & minuman
  • Keperluan rumah
  • Peralatan sekolah
  • Pakaian & aksesorit
  • Barang penjagaan peribadi
Cadangan barangan yang boleh dibeli dengan eMadani RM100

Penggunaan Kredit eMadani RM100 yang tidak dibenarkan

Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan adalah sebagaimana berikut;

  • pemindahan “peer-to-peer”;
  • penebusan tunai;
  • bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Kelebihan Tuntutan Melalui  Touch ‘n Go eWallet

Selain daripada kredit eMadani, TNG eWallet turut menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut antaranya ialah tawaran berbentuk baucar, pulangan tunai (cashback) dan diskaun yang menarik kepada pengguna.

Cara Bayar di Kedai menggunakan Touch ‘n Go eWallet 

Cara menggunakan eWallet Touch n Go

Anda boleh membuat bayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet dengan mengimbas kod QR Duitnow di premis peniaga.

Langkah 1: Pergi pada ikon ‘Scan’ di muka hadapan aplikasi 

Langkah 2 : Beri kebenaran kamera (untuk penggunaan kali pertama atau jika anda nyahaktif kebenaran kamera)

Langkah 3: Imbas kod QR peniaga 

Langkah 4: Masukkan jumlah bayaran

Langkah 5: Masukkan PIN 6 angka / Imbas wajah jika anda telah mengaktifkan pengesahan wajah

Langkah 6: Bayaran selesai!

Untuk panduan lanjut sila rujuk infografik di bawah;

Cara Bayar di Kedai menggunakan Touch 'n Go eWallet 01
Cara Bayar di Kedai menggunakan Touch 'n Go eWallet 02

Senarai Kedai Yang Boleh Bayar Guna Touch n Go eWallet

Touch N Go mempunyai  banyak kedai-kedai fizikal yang  menerima Touch ‘n Go eWallet yang mungkin menjadi pilihan pengguna eMadani membelanjakan kredit masing-masing.

Cara mudah untuk mengetahui sama ada kedai tersebut boleh bayar dengan menggunakan ewallet TnG adalah ada logo QR pembayaran sebagaimana contoh berikut;

Logo cara bayaran tng ewallet

Berikut adalah antara kedai warung, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, kedai kopi, yang popular yang boleh guna ewallet ini

  1. 99 Speedmart
  2. Pizza Hut
  3. Burger King
  4. Secret Recipe
  5. Mc Donald
  6. 7 Eleven
  7. Starbuck
  8. Coffee Bean
  9. Padini Concept Store
  10. Zus Coffee
  11. Baskin Robbin
  12. Mr DIY
  13. Sushi King
  14. Marry Brown
  15. Tea Live
  16. eMart 24
  17. UNIQLO
  18. Sport Direct
  19. Watson
  20. Daiso
  21. BOOST Juice
  22. KFC
  23. Family Mart
  24. Kenny Rogers Roasters
  25. KK Mart
  26. My News
  27. Dan lain-lain lagi.
Senarai Kedai Pembelian eMadani Touch ‘n Go eWallet

Info dan Maklumat Lanjut 

Sila rujuk Facebook berikut untuk info lanjut dan ganjaran terkini yang ditawarkan;

Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:

Berikut juga merupakan beberapa soalan lazim mengenai eMadani dan Touch n Go eWallet

Siapakah yang layak menerima kredit eMADANI ini?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
1) Warganegara Malaysia; dan
2) Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
3) Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Saya pernah menerima eBeliaRahmah sebelum ini. Adakah saya turut layak menerima eMADANI?

Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eMADANI tersebut?

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI:
– pemindahan “peer-to-peer”;
– penebusan tunai;
– bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
– bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
– pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
– aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Bagaimana Cara Bayar di Kedai menggunakan Touch ‘n Go eWallet?


Anda boleh membuat bayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet dengan mengimbas kod QR Duitnow di premis peniaga.
Langkah 1: Pergi pada ikon ‘Scan’ di muka hadapan aplikasi 
Langkah 2 : Beri kebenaran kamera (untuk penggunaan kali pertama atau jika anda nyahaktif kebenaran kamera)
Langkah 3: Imbas kod QR peniaga 
Langkah 4: Masukkan jumlah bayaran
Langkah 5: Masukkan PIN 6 angka / Imbas wajah jika anda telah mengaktifkan pengesahan wajah
Langkah 6: Bayaran selesai!

Di manakah kedai-kedai yang boleh guna pembayaran eMadani Touch N Go eWallat?

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 2 juta peruncit/perniagaan. Antara yang popular adalah;
1. 99 Speedmart
2. Pizza Hut
3. Burger King
4. Secret Recipe
5. Mc Donald
6. 7 Eleven
7. Starbuck
8. Coffee Bean
9. Padini Concept Store
10. Zus Coffee
11. Baskin Robbin
12. Mr DIY
13. Marry Brown
14. Tea Live
15. Watson

Dan lain-lain lagi.

The post eMadani TnG: Cara Claim & Guna RM100 Touch n Go eWallet appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar