eMadani MAE: Cara Claim & Guna Kredit eWallet RM100

eWallet MAE daripada Maybank merupakan antara 4 penyedia rasmi perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program eMadani 2023 selain daripada Touch n Go eWallet, Setel dan ShopeePay.

Bagi keempat-empat perkhidmatan tersebut, masing-masing menawarkan kelebihan seperti baucar, ganjaran mata, coin dan lain-lain selain daripada menerima kredit eMadani bernilai RM100.

Sekiranya anda memilih syarikat MAE untuk penebusan kredit ini, beberapa maklumat berikut mungkin membantu anda dari segi cara claim, cara guna kredit serta senarai kedai yang boleh guna atau beli barang menggunakan pembayaran eWallet MAE.

Apakah inisiatif eMADANI?

  • Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
  • Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
  • Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
  • Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.  

Tempoh Permohonan & Claim Kredit

Tarikh tuntutan eMadani MAE RM100

Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan eMadani

Syarat-syarat kelayakan tuntutan melalui eWallet MAE adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada  7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Cara Penebusan Kredit eMadani Melalui Aplikasi MAE Maybank 

Untuk penebusan eMadani melalui MAE, pengguna perlu mempunyai eWallet MAE terlebih dahulu yang boleh dimuat turun melalui sama ada di Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :

Setelah proses pendaftaran MAE lengkap, lancarkan aplikasi MAE dan ikuti langkah di bawah:

1.  Di laman utama MAE, tekan pada gambar iklan eMADANI atau tekan pada ikon eMADANI di bahagian ‘Quick Actions’

2.  Semak kelayakan anda untuk eMADANI dan tekan ‘Claim Now’

3.  Berikan kebenaran untuk berkongsi nombor KP dan nama penuh anda kepada pihak ketiga yang dibenarkan. Maklumat anda hanya akan digunakan untuk tujuan berkaitan eMADANI

4.  Masukkan kata laluan Maybank2u untuk pengesahan

5.  Anda akan dibawa ke laman web eMADANI. Isi maklumat anda di dalam borang tuntutan di halaman tersebut dan hantar

6.  Selesai! Anda akan dibawa kembali ke laman utama MAE. Status tuntutan anda akan dimaklumkan menerusi pemberitahuan segera (push notification) di aplikasi MAE

Belum mempunyai akaun Maybank atau e-Wallet MAE? Mohon e-Wallet MAE melalui aplikasi MAE untuk menuntut eMADANI anda hari ini.

Semakan Kelayakan eMadani

Bagaimanakah saya akan tahu jika saya layak? Dan adakah saya akan dimaklumkan jika saya tidak layak?

Sila pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan untuk eMADANI sebelum anda menghantar tuntutan anda. 

Jika anda dimaklumkan bahawa tuntutan anda sedang diproses sebaik sahaja anda menghantarnya, sila berikan masa sehingga 5 hari untuk pihak MAEmengesahkan kelayakan anda.

Anda akan menerima pemberitahuan segera melalui aplikasi MAE anda sekiranya tuntutan anda berjaya atau tidak. Jika tuntutan anda berjaya, anda akan dapat melihat papan pemuka eMADANI untuk maklumat lanjut.

Jika tuntutan anda tidak berjaya, anda juga akan diberikan sebab tuntutan anda tidak berjaya.

Mengapa Tuntutan eMADANI RM100 Tidak Berjaya?

Terdapat beberapa sebab kemungkinan mengapa tuntuan anda tidak berjaya:

1.  Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda

2.  Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)

3.  Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda

4.  Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN

5.  Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad

Rekod LHDN anda mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini anda. Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.

Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Kredit eMadani RM100 MAE?

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di kedai-kedai, pasaraya, warung, stesen minyak dan sebagainya.

Cadangan barangan keperluan yang anda boleh beli dengan kredit RM100 eMadani adalah sebagaimana berikut;

  • Barang dapur
  • Makanan & minuman
  • Keperluan rumah
  • Peralatan sekolah
  • Pakaian & aksesorit
  • Barang penjagaan peribadi

Selain itu anda juga boleh makan di warung, restoran atau kedai-kedai yang menggunakan transaksi eWallet ini.

Penggunaan Kredit eMadani RM100 yang tidak dibenarkan

Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan adalah sebagaimana berikut;

  • pemindahan “peer-to-peer”;
  • penebusan tunai;
  • bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Kelebihan Tuntutan Melalui  MAE

MAE mungkin menjadi pilihan anda kerana penggunaan  QR code adalah meluas  dan banyak kedai-kedai makan serta pasaraya yang boleh menggunakannya.

Walaupun peniaga atau kedai tersebut  tidak mempunyai sebarang kod QR Maybank tetapi mereka mempunyai kod QR DuitNow yang berwarna merah jambu, anda masih boleh membuat pembayaran kepada mereka. 

Anda juga boleh membayar kepada peniaga yang masih menggunakan kod QR Maybank seperti biasa.

Cara Bayar di Kedai Menggunakan eWallet  MAE

Anda boleh membuat pembayaran kepada peniaga dengan mengimbas kod QR mereka atau mengemukakan kod QR anda untuk diimbas oleh mereka. 

eMADANI RM100 anda akan digunakan secara automatik untuk transaksi ‘Scan & Pay’ anda, dengan syarat anda mempunyai baki eMADANI yang mencukupi untuk membayar transaksi tersebut. 

Untuk mengakses Scan & Pay pada aplikasi MAE, anda boleh:

  1. Tekan ikon QR pada bar navigasi di laman utama MAE; ATAU
  2. Tekan pada ikon eMADANI di bahagian ‘Quick Actions’ untuk pergi ke papan pemuka eMADANI, kemudian tekan pada butang ‘Use eMADANI’

Jika peniaga/pedagang tidak mempunyai sebarang kod QR Maybank tetapi mempunyai kod QR DuitNow yang berwarna merah jambu, anda masih boleh membuat pembayaran kepada mereka. Anda juga boleh membayar kepada peniaga yang masih menggunakan kod QR Maybank seperti biasa.

QR Code mae maybank emadani

Senarai Kedai Yang Boleh Bayar Guna MAE

MAE merupakan antara rangkaian terbesar perkhidmatan edompet dan popular di Malaysia. Jadi banyak kedai-kedai, pasaraya atau perkhidmatan yang menggunakan MAE atau Malaysia National QR Code dalam urusan perniagaan.

Anda boleh buat semakan senarai Maybank QRPay Merchants melalui pautan berikut;

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/maybank_qrpay/qrpay_all_listing.page?

Berikut merupakan antara kedai warung, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, kedai kopi, yang popular yang boleh guna MAE ini

  1. Mydin
  2. Serai
  3. Gloria Jean’s Coffee
  4. Warung Ambo
  5. Pizza Hut
  6. Burger King
  7. Secret Recipe
  8. Mc Donald
  9. 7 Eleven
  10. Starbuck
  11. Coffee Bean
  12. Padini Concept Store
  13. Zus Coffee
  14. Baskin Robbin
  15. Mr DIY
  16. Sushi King
  17. Marry Brown
  18. Tea Live
  19. eMart 24
  20. UNIQLO
  21. Sport Direct
  22. Watson
  23. Daiso
  24. BOOST Juice
  25. KFC
  26. Family Mart
  27. Kenny Rogers Roasters
  28. KK Mart
  29. My News
  30. Dan lain-lain lagi.

Semakan Baki eMadani

Cara untuk menyemak baki eMadani melalui aplikasi MAE anda adalah sebagaimana berikut;

Lancarkan aplikasi MAE dan tekan pada ikon eMADANI di bahagian ‘Quick Actions’ untuk ke papan pemuka eMADANI. Anda akan dapat melihat baki anda serta rekod transaksi eMADANI anda.

Berikut ialah cara lain untuk mengakses papan pemuka eMADANI:

  1. Tekan pada gambar iklan eMADANI pada laman utama MAE; ATAU
  2. Tekan pada butang ‘View All’ di bahagian ‘Quick Actions’, kemudian tekan pada ikon eMADANI

Cara lihat rekod transaski eMadani

Pergi ke papan pemuka eMADANI di aplikasi MAE anda dan tatal (scroll) ke bawah untuk melihat rekod transaksi eMADANI anda.

Berikut ialah cara lain untuk mengakses papan pemuka eMADANI:

  1. Tekan pada gambar iklan eMADANI pada laman utama MAE; ATAU
  2. Tekan pada butang ‘View All’ di bahagian ‘Quick Actions’, kemudian tekan pada ikon eMADANI

Apa yang akan berlaku jika jumlah transaksi saya melebihi baki eMADANI saya yang tersedia?

​​Jika baki eMADANI anda tidak mencukupi untuk transaksi tersebut, anda perlu menutup suis togol (toggle off) eMADANI pada skrin pengesahan sewaktu membuat bayaran anda, kemudian bayar menggunakan akaun simpanan/semasa/e-Wallet MAE anda. Sila pastikan akaun pilihan anda mempunyai baki yang mencukupi.

Info dan Maklumat Lanjut 

Sila rujuk Facebook berikut untuk info lanjut mengenai tawaran terkini daripada MAE;

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:

Berikut juga merupakan beberapa soalan lazim mengenai eMadani dan MAE

Siapakah yang layak menerima kredit eMADANI ini?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
1) Warganegara Malaysia; dan
2) Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
3) Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Saya pernah menerima eBeliaRahmah sebelum ini. Adakah saya turut layak menerima eMADANI?

Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eMADANI tersebut?

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI:
– pemindahan “peer-to-peer”;
– penebusan tunai;
– bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
– bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
– pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
– aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Apakah langkah-langkah yang diperlukan untuk menuntut eMADANI RM100 melalui aplikasi MAE?


Anda boleh mula menuntut eMADANI RM100 bermula 4 Disember 2024 pada jam 8:00 pagi sehingga 20 Februari 2024 pada jam 11:59 malam.
 
Lancarkan aplikasi MAE dan ikuti langkah di bawah:
 
1) Di laman utama MAE, tekan pada gambar iklan eMADANI atau tekan pada ikon eMADANI di bahagian ‘Quick Actions’
2) Semak kelayakan anda untuk eMADANI dan tekan ‘Claim Now’
3) Berikan kebenaran untuk berkongsi nombor KP dan nama penuh anda kepada pihak ketiga yang dibenarkan. Maklumat anda hanya akan digunakan untuk tujuan berkaitan eMADANI
4) Masukkan kata laluan Maybank2u untuk pengesahan
5) Anda akan dibawa ke laman web eMADANI. Isi maklumat anda di dalam borang tuntutan di halaman tersebut dan hantar
6 Selesai! Anda akan dibawa kembali ke laman utama MAE. Status tuntutan anda akan dimaklumkan menerusi pemberitahuan segera (push notification) di aplikasi MAE
 
Belum mempunyai akaun Maybank atau e-Wallet MAE? Mohon e-Wallet MAE melalui aplikasi MAE untuk menuntut eMADANI anda hari ini.

Bagaimanakah saya akan tahu jika saya layak? Dan adakah saya akan dimaklumkan jika saya tidak layak?

Sila pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan untuk eMADANI sebelum anda menghantar tuntutan anda. Jika anda dimaklumkan bahawa tuntutan anda sedang diproses sebaik sahaja anda menghantarnya, sila berikan masa sehingga 5 hari untuk kami mengesahkan kelayakan anda.
 
Anda akan menerima pemberitahuan segera melalui aplikasi MAE anda sekiranya tuntutan anda berjaya atau tidak. Jika tuntutan anda berjaya, anda akan dapat melihat papan pemuka eMADANI untuk maklumat lanjut.
 
Jika tuntutan anda tidak berjaya, anda juga akan diberikan sebab tuntutan anda tidak berjaya.

Mengapa tuntutan eMADANI RM100 saya tidak berjaya?

Terdapat beberapa sebab kemungkinan mengapa tuntuan anda tidak berjaya:
1) Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda
2) Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
3) Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda
4) Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
5) Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad
6) Rekod LHDN anda mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini anda. Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cara saya membuat pembayaran dengan eMADANI RM100?

Anda boleh membuat pembayaran kepada peniaga dengan mengimbas kod QR mereka atau mengemukakan kod QR anda untuk diimbas oleh mereka. eMADANI RM100 anda akan digunakan secara automatik untuk transaksi ‘Scan & Pay’ anda, dengan syarat anda mempunyai baki eMADANI yang mencukupi untuk membayar transaksi tersebut.

 
Untuk mengakses Scan & Pay pada aplikasi MAE, anda boleh:
1) Tekan ikon QR pada bar navigasi di laman utama MAE; ATAU
2) Tekan pada ikon eMADANI di bahagian ‘Quick Actions’ untuk pergi ke papan pemuka eMADANI, kemudian tekan pada butang ‘Use eMADANI’

Apakah yang boleh digunakan dengan eMADANI RM100 ?

Anda boleh menggunakan eMADANI RM100 anda untuk membuat pembayaran di semua peniaga tempatan yang menerima bayaran melalui kod DuitNow QR (boleh dikenal pasti dengan kod QR merah jambu). Anda juga boleh menyemak senarai peniaga/cawangan yang menerima Scan & Pay melalui laman web Maybank2u, di bawah ‘Digital Products & Services’ → ‘Scan & Pay merchants’.

Adakah saya dibenarkan untuk menyimpan eMADANI RM100 saya selama-lamanya?

Tidak, anda perlu membelanjakan jumlah baki eMADANI RM100 anda selewat-lewatnya pada jam 11:59 malam pada 29 Februari 2024. Sebarang jumlah yang tidak digunakan daripada baki eMADANI RM100 anda akan dipindah keluar secara automatik dan dituntut semula oleh Kementerian Kewangan (MoF).

Bolehkah saya memindahkan eMADANI RM100 saya ke akaun simpanan/semasa atau mengeluarkannya sebagai wang
tunai?

Tidak, anda tidak dibenarkan untuk memindahkan baki eMADANI anda ke akaun simpanan/semasa atau mengeluarkannya sebagai wang tunai. eMADANI RM100 bertujuan untuk digunakan dalam platform ‘e-Wallet’ untuk pembelian luar talian dan tidak boleh dipindah milik atau dikeluarkan sebagai wang tunai.

Terdapat perniagaan/peruncit fizikal yang tidak mempunyai kod QR Maybank sebagai kaedah pembayaran. Bagaimana cara saya
membuat pembayaran?

Jika peniaga/pedagang tidak mempunyai sebarang kod QR Maybank tetapi mempunyai kod QR DuitNow yang berwarna merah jambu, anda masih boleh membuat pembayaran kepada mereka. Anda juga boleh membayar kepada peniaga yang masih menggunakan kod QR Maybank seperti biasa.

The post eMadani MAE: Cara Claim & Guna Kredit eWallet RM100 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar