Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024: Bantuan MyKasih RM1200

Dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini, Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Sebelum ini penerima bantuan Sara hanya diberikan bantuan ini selama 6 bulan sahaja. Namun pada tahun 2024, penerima akan mendapat bantuan ini selama 12 bulan.

Bantuan ini berupa barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) dengan kadar RM100 setiap bulan kepada isi rumah penerima STR termiskin (miskin tegar) mengikut data eKasih.

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan Sara 2024)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih yang disalurkan dalam MyKad bagi membeli keperluan barangan makanan asas di kedai runcit terpilih.

Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2024 mengumumkan tempoh dan kadar baharu Bantuan Sara;

“Mengambil kira maklum balas yang amat baik, Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.”

-Datuk Seri Anwar Ibrahim-

Syarat Kelayakan Penerima

Untuk tahun 2024, kerajaan belum lagi memerpincikan kelayakan penerima ini.

Namun berdasarkan syarat sedia ada pada tahun 2023, kelayakan SARa adalah terhad kepada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Apakah maksud penerima Miskin Tegar eKasih di sini?

  1. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; 
  2. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Cara Memohon

Untuk makluman, berdasarkan kaedah Sumbangan Asas Rahmah 2023 , tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARa adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih melalui rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Semakan Sumbangan Asas Rahmah: Cara dan Kaedah

Bagi penerima sedia ada Bantuan SARA 2023, terdapat 4 kaedah bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur ini iaitu;

  1. Semakan terus melalui portal rasmi
  2. Melalui surat pemakluman
  3. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) 
  4. Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/  
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
Semakan Status MyKasih (SARa)

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut;

Status Lulus Sumbangan Asas Rahmah (STR)

Melalui Surat Pemakluman

Selain itu, penerima akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARa kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.

Surat Pemakluman Layak Bantuan Sara 2023

Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) 

Penerima SARa yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 selama enam bulan daripada Yayasan MyKasih melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan makanan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.

status whatsapp mykasih

Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan kelayakan SARA

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Kaedah Pelaksanaan

Untuk pelaksanaan tahun 2024, tiada lagi pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan. 

Namun jika dilihat bagi tahun 2023, kaedah pelaksanaan adalah berbeza bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak dan Labuan.

  1. Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  2. Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan  akan diberikan     bayaran secara sekaligus (one-off) adalah melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa STR 2023.

Tarikh Bayaran Bantuan Sara 2024

Tarikh mula bayaran bagi tahun 2024 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Senarai Kedai Untuk Pembelian

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. 

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut: senarai pasar raya / kedai runcit terlibat.

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa. 

Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Senarai Barangan yang boleh dibeli untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Cara Pembelian di Kedai

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Info Lanjut dan Pertanyaan


Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih yang disalurkan dalam MyKad bagi membeli keperluan barangan makanan asas di kedai runcit terpilih.

Siapa yang layak menerima Bantuan SARA 2024?

Untuk tahun 2024, kerajaan belum lagi memerpincikan kelayakan penerima ini.

Namun, berdasarkan tahun 2023, bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang lulus STR dan tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih .

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tiada permohonan bagi bantuan ini kerana kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih.

Berapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?

RM1200 (100 setiap bulan) untuk tempoh 12 bulan.

Bagaimana cara semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) secara online)?

Semakan SARA boleh dibuat melalui https://www.mykasih.com.my/ klik semak status

Bilakah tarikh bayaran Bantuan Sara 2024?

Belum diumumkan.

The post Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024: Bantuan MyKasih RM1200 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar