Kerajaan sekali lagi bersetuju memberi diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam PTPTN sejajar dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2024.
Usaha murni ini merupakan keprihatinan Kerajaan ke atas peminjam PTPTN yang bersungguh-sungguh membayar balik pinjaman walaupun dalam keadaan ekonomi yang getir di samping untuk memastikan PTPTN kekal mampan.
Oleh yang demikian, PTPTN amat komited melaksanakan hasrat Kerajaan melalui Belanjawan 2024. Rebutlah peluang ini dengan melaksanakan bayaran balik pinjaman untuk kesinambungan pembiayaan kepada generasi akan datang.
Inisiatif Diskaun Pinjaman PTPTN Melalui Belanjawan 2024
Pemberian diskaun ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 (Jumaat).
Dalam ucapan pembentangan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan;
Tempoh Diskaun
Tempoh diskaun PTPTN yang berikan bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 (6 Bulan).
Jumlah Diskaun Yang Ditawarkan
Pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pembentangan Belanjawan 2024 adalah seperti berikut :
- Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
- Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
Cara-cara Dapatkan Diskaun PTPTN
Menurut satu kenyataan Media PTPTN bertarikh 14 Oktober 2023, perincian berkenaan pelaksanaan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini akan dimaklumkan oleh PTPTN dalam masa terdekat.
Surat Penyelesaian Hutang (SPH) Pinjaman Pendidikan PTPTN
Pemohon yang berjaya menyelesaikan hutang pinjaman pendidikan PTPTN, akan menerima Surat Penyelesaian Hutang (SPH) bagi menyatakan hutang pinjaman PTPTN telah selesai dibayar.
Yang sedang bayar melalui potongan gaji layakkah dapat potongan 15%?
Ya layak . Sekiranya sedang membuat potongan gaji dan tidak perlu membuat permohonan baru, sekiranya potongan berjaya dilakukan dalam bulan tersebut diskaun akan diberikan. Untuk makluman terperinci berkenaan diskaun akan dimaklumkan di website PTPTN dari semasa ke semasa.
Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Untuk makluman anda, permohonan pengecualian masih diteruskan.
Peminjam boleh membuat permohonan pengecualian bayaran balik di website PTPTN di sini https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama
Info Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
- Careline PTPTN di 03 – 2193 3000
(Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) - Live Chat di www.ptptn.gov.my
- e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/
- Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
- Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional;
Laman web – https://www.ptptn.gov.my/
Facebook PTPTN – https://www.facebook.com/PTPTNOfficial
Twitter PTPTN: https://twitter.com/ptptnofficial
Instagram PTPTN: https://www.instagram.com/ptptnofficial/
TikTok PTPTN: https://www.tiktok.com/@ptptnofficial
Soalan Lazim
Soalan lazim mengenai diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, sila rujuk https://www.ptptn.gov.my/soalan-lazim/
Kerajaan sekali lagi bersetuju memberi diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam PTPTN sejajar dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2024.
1) Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
2) Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
3) Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
Mulai 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024
Ya layak.
Untuk pengiraan baki pinjaman penuh semakan baki boleh disemak di sini https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaian…/Utama
Untuk makluman diskaun diberikan dalam tempoh promosi sahaja.
The post Diskaun Pinjaman PTPTN: Sehingga 15% Mulai 14 Oktober 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.