Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024/2025 idme.moe.gov.my 

SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 BAGI KEMASUKAN SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025

Untuk makluman, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1, membuat pengesahan penempatan dan membuat rayuan ke sekolah pilihan (sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan) mulai 1 Oktober 2023.

Bagi Ibubapa atau penjaga yang telah membuat permohonan bagi kemasukan tahun 1 pada bulan Mei – Jun yang lalu, bolehlah membuat semakan mulai tarikh yang disebutkan di atas.

Cara Semakan

Ibubapa penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1 secara atas talian (online),  melalui kaedah berikut;

  • Langkah 1 = Layari laman web https://idme.moe.gov.my/home
  • Langkah 2 = Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang daftar masuk
  • Langkah 3 = Klik pada aplikasi dan kemudia klik pada Pengurusan Awam
  • Langkah 4 = Klik pada Permohonan Kemasukan
  • Langkah 5 = Klik pada Pendaftaran Tahun 1
  • Langkah 6 = Status permohonan murid akan dipaparkan.
  • Langkah 7 = Sahkan Penempatan.
  • Cara semak penempatan Tahun 1 Sesi 2024_01
  • Cara semak penempatan Tahun 1 Sesi 2024_02
  • Cara semak penempatan Tahun 1 Sesi 2024_03
  • Cara semak penempatan Tahun 1 Sesi 2024_04
  • Cara semak penempatan Tahun 1 Sesi 2024_05
  • Cara semak penempatan Tahun 1 Sesi 2024_06

Terlupa Kata Laluan (Password)

Sekiranya pengguna terlupa kata laluan (password) dalam Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), ikuti langkah-langkah berikut;

Lupa kata laluan Sistem Pengurusan Identiti (idMe)
  1. Tekan Lupa Kata laluan
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Masukkan CAPTCHA sebagaimana yang tertera
  4. Hantar tetapan

Mohon semak email kerana sistem akan menghantar pemberitahuan kepada anda melalui emel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran).

Permintaan untuk penetapan semula kata laluan telah berjaya dihantar ke emel

Pengesahan Penempatan dan Rayuan

Sekiranya Ibu bapa atau penjaga bersetuju dengan penempatan anak masing-masing, pengesahan penempatan bolehlah dibuat melalui laman diatas.

Namun, sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan, rayuan boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Contoh Surat Tawaran Penempatan Tahun 1 2024
Contoh surat pengesahan penempatan tahun 1

Tempoh Semakan, Pengesahan dan Rayuan

Semakan, pengesahan dan rayuan dibuka selama sebulan bermula 1 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023.

Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak bersetuju dengan penempatan yang dipaparkan, mereka boleh membuat rayuan. Tarikh rayuan adalah dari 1-31 Oktober 2023.

MOHON IBUBAPA UNTUK MEMBUAT PENGESAHAN PENERIMAAN BAGI YANG LAYAK. BAGI YANG TIDAK LAYAK, RAYUAN JUGA DIBUKA SECARA ATAS TALIAN. NAMUN BEGITU, KEPUTUSAN RAYUAN, TETAP BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN.

Rayan Permohonan Penempatan Sekolah Lain Pendaftaran Tahun 1 2024-2025

Tindakan Ibu / Bapa / Penjaga

Berikut merupakan tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga sama ada bagi pengesahan penempatan tahun 1 atau rayuan sekolah pilihan .

Perakuan Penempatan

  1. Pengesahan penempatan perlu dibuat oleh ibu/bapa/penjagan dalam sistem online Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
  2. Cetak dan simpan surat penempatan dan dokumen pengesahan sekolah dengan selamat. Dokumen ini tidak perlu dihantar secara fizikal ke sekolah. Namun, cetak dan simpan sekiranya diperlukan semasa pendaftaran di sekolah.
  3. Sekiranya ibu bapa atau penjaga menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan, hubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan.

Permohonan Rayuan

  1. Permohonan Rayuan Penempatan hanya dibuat secara atas talian (online) sahaja. Tiada proses Rayuan Manual
  2. Permohonan rayuan hanya boleh dibuat dalam tempoh yang dibenarkan sahaja (1-31 Oktober 2023).
  3. Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana butang rayuan hanya akan aktif selepas proses perakuan ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  4. Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  5. Cetak dan simpan Keputusan rayuan  dengan selamat untuk digunakan semasa pendaftaran di sekolah sekiranya diperlukan.

Sesi Persekolahan 2024/2025

Persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 akan bermula pada tarikh berikut:

  • 10 Mac 2024 bagi Kumpulan A dan; 
  • 11 Mac 2023 bagi Kumpulan B.

KUMPULAN A: Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu 

KUMPULAN B: Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

* sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa.

Info dan Pertanyaan

Info lanjut dan pertanyaan atau Sebarang masalah serta aduan berkaitan dengan sistem penempatan tahun 1, boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing melalui pautan berikut;

https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

Sila pilih JPN masing-masing mengikut negeri dan pilih JPN/PPD yang berkenaan.

The post Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024/2025 idme.moe.gov.my  appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar