Berita gembira buat penerima bantuan kewangan bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bantuan Keperluan Asasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 bermula tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penambahan bantuan itu bagi meringankan beban golongan sasar selaras dengan keadaan semasa termasuk peningkatan harga barangan.
Katanya, kerajaan memahami kesulitan dialami golongan penerima yang turut terkesan dengan situasi semasa.
“Insya-Allah berita baik, Februari tahun depan, bantuan keperluan asasi MAIWP akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM300.
Apa Itu Bantuan Barangan Asasi Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP?
Ia merupakan bantuan yang diberikan melalui e-wallet Boost bagi memudahkan asnaf membeli barangan asasi.
Bantuan ini disediakan buat 30,000 penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sebelum ini MAIWP memperkenalkan program Kasih Asnaf Back to School di mana penerima zakat terpilih layak untuk menebus kelengkapan anak dengan menggunakan aplikasi e-wallet Boost.
Pelaksanaan Program
Program ini telah dilaksanakan bermula 1 Jun 2022 melalui aplikasi e-wallet Boost.
Cara Memohon Bantuan Barangan Asasi MAIWP
Bantuan ini disediakan kepada penerima bantuan bulanan sedia ada. Oleh itu tidak ada permohonan untuk bantuan ini.
Penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP sedia ada perlu hadir ke Pusat Agihan Zakat MAIWP (PAZA) berdekatan bagi membuat semakan dan kemaskini maklumat iaitu nombor telefon akaun boost.
Kepada yang belum ada aplikasi Boost perlu muat turun terlebih dahulu melalui pautan berikut;
Pengguna Android – >>Download Boost Pengguna Android<<
Pengguna IOS – >>Download Boost Pengguna Apple<<
Semakan dan Kemaskini Penerima
Penerima bantuan kewangan bulanan perlu hadir ke kaunter semakan dan kemaskini penerima bagi kemaskini nombor telefon pemilik akaun boost.
Pemilik nombor telefon akaun Boost perlu hadir bagi pengesahan identiti.
Sekiranya penerima tidak tahu cara download dan menggunakan aplikasi boost, boleh ke Kaunter Boost yang disediakan bagi tujuan muat turun, daftar dan membuat pengesahan identiti.
Jika sebelum ini penerima bantuan MAIWP sudah mempunyai akaun Boost bagi bantuan peralatan sekolah Kasih Asnaf Back to School perlu juga hadir ke kaunter yang disediakan bagi tujuan pengesahan identiti.
Info dan Maklumat Lanjut
Ikuti media sosial MAIWP di Facebook, Instagram dan Twitter @maiwp
Lihat cara-cara memohon Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP
The post Bantuan Barangan Asasi MAIWP Dinaikkan ke RM300 appeared first on Info Terkini Bantuan.