[LIVE] Pembentangan Belanjawan 2024: Malaysia Madani 

Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15.

Melalui Belanjawan 2024 yang pembentangannya diawalkan seminggu berbanding kebiasaan dibentang pada Jumaat ketiga Oktober, kerajaan akan mengambil pendekatan baharu melalui inisiatif ‘Memperkasa Ekonomi MADANI’ yang berhasrat mengangkat semula darjat dan martabat negara.

Menurut Perdana Menteri, Belanjawan 2024 ini akan memberi limpahan manfaat kepada semua rakyat berlandaskan misi dan visi Ekonomi MADANI.

Pembentangan Belanjawan 2024

Saksikan siaran langsung dari Dewan Rakyat pembentangan BELANJAWAN 2024 MALAYSIA MADANI oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ini merupakan belanjawan kedua yang dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan dan ke-9 bagi Anwar yang pernah menjawat Menteri Kewangan pada tahun 1991 sehingga 1998.

Maklumat pembentangan adalah sebagaimana berikut;

  • Tarikh – 13 Oktober 2023 | 28 Rabiulawal 1445H
  • Hari – Jumaat
  • Waktu – 4 Petang
  • Tempat: Parlimen Malaysia
Saksikan Pembentangan Belanjawan 2024

Live / Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2024

Seperti kebiasaan, pembentangan Belanjawan 2024 boleh diikuti secara langsung menerusi siaran televisyen utama, serta platform dalam talian seperti di YouTube Parlimen Malaysia sebagaimana berikut;

Siaran Langsung Belanjawan Madani 2024

Fokus Utama Belanjawan 2024

Para penganalisis berpandangan, kos sara hidup rakyat, subsidi bersasar dan pengurangan hutang negara dijangka menjadi fokus utama dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan akan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan MADANI 2024.

Laporan The Malaysian Insight ketika membuat tinjauan mengenai harapan rakyat di sekitar Lembah Klang menjelang pembentangan Belanjawan 2024 mendapati, selain mahukan insentif tunai untuk membantu mengurangkan kos sara hidup, rata-rata yang ditemui mahukan pemberian peruntukan yang adil untuk semua lapisan rakyat. 

Dalam pada itu juga beberapa isu rakyat yang diperkatakan sebelum ini turut menjadi tumpuan utama dalam Pembentangan  Belanjawan 2024;

1. Adakah diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diteruskan dalam Belanjawan 2024?

2. Bonus Kakitangan Awam

3. Kenaikan gaji Sektor Awam

4. Subsidi Makanan, Minyak adan Elektrik

Intipati Dan Bantuan Rakyat Dalam Belanjawan 2023 Sebelum ini

Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 24 Februari 2023 telah menyenaraikan beberapa inisiatif bantuan rakyat.

Persoalannya adakah beberapa bantuan rakyat yang disenaraikan di bawah akan diteruskan dalam Belanjawan 2024;

1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup

2. e-Tunai Belia Rahmah

Kredit e-dompet berjumlah RM200 bagi belia warganegara Malaysia berumur 18-20 tahun atau penuntut IPT sepenuh masa yang berkelayakan

3. Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 20% selama 3 bulan bagi peminjam PTPTN bertujuan untuk menggalakkan penyelesaian baki hutang pinjaman

4. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Bantuan tunai RM800 untuk tempoh 4 bulan bagi pekebun kecil getah bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan semasa musim tengkujuh.

5. Subsidi Ujian Saringan Mamogram & Kanser Serviks

Subsidi ujian saringan mamogram & kanser serviks bagi wanita bertujuan untuk melakukan saringan awal bagi mengesan Kanser Payudara & Kanser Serviks

6. Subsidi Yuran Pengasuhan Taska

Subsidi yuran taska RM180 sebulan bagi penjawat awam & menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5 ribu kepada RM7 ribu

7. Pas Bulanan My50

Pas perjalanan bulanan bagi Rakyat Malaysia bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan pengangkutan Prasarana tanpa had

8. Pas Transit myBAS50

Pas perjalanan bulanan bagi Rakyat Johor Bahru bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program SBST

9. Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P)

Pengecualian Fi Pendaftaran & Pembaharuan bagi OKU yang mendaftarkan perniagaan mereka bertujuan untuk menggalakkan mereka berniaga, terhad kepada 1 perniagaan sahaja

10. Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40)

Kerajaan menyediakan 80 juta ringgit bagi memperkasa Skim ini dengan turut merangkumi saringan penyakit kencing manis.

11. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak 700 ringgit kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain 350 ringgit juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023.

12. Bantuan Tunai Pesawah

Bantuan tunai RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim bagi pesawah padi bertujuan untuk meringankan kos & beban sara hidup

12. RM500 Tambahan Caruman Simpanan KWSP Akaun 1

Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit di dalam Akaun 1 mereka, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak 500 ringgit.

14. Jumlah Had Pelaburan ASB dan ASB 2 Ditingkatkan kepada RM200K

Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada 300 ribu ringgit berbanding 200 ribu ringgit sebelum ini.

15. Kenaikan Kadar Maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR)

Susulan kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, Kerajaan berhasrat untuk meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari. Ikhtiar ini diharap membantu penjawat awam yang memerlukan.

Lain-Lain Pengumuman Dalam Belanjawan 2023

  • Pengurangan kadar cukai PMKS daripada 17% ke 15% ke atas pendapatan bercukai bagi RM150,000 pertama mulai tahun taksiran 2023.
  • Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah. Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah.
  • Kerajaan menyediakan 50 juta ringgit bagi membina baharu dan menaik taraf melibat 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara
  • Bank Pembangunan Malaysia Berhad menyediakan sehingga RM6 bilion pembiayaan strategik khusus untuk menggalakkan agenda mampan dan automasi 
  • Kerajaan bercadang untuk membesarkan dan meningkatkan keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang
  • Kerajaan ercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.  Walaupun vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang, hakikatnya telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih 2 bilion ringgit. Alangkah baik sekiranya ia dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan penggunaan vape. 
  • Bermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah.
  • Kerajaan menyediakan 2.7 bilion ringgit untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan persekutuan.
  • Sejumlah 10 juta ringgit disediakan bagi geran pengoperasian untuk mengukuhkan peranan NSRC.
  • Kerajaan memperuntukkan 250 juta ringgit untuk mempromosi pelancongan.
  • Sejumlah RM100 juta disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil .
  • Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perubatan Madani khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta sepertimana yang dilaksanakan Kerajaan Selangor. Sebanyak 120 juta ringgit disediakan untuk tujuan ini.

The post [LIVE] Pembentangan Belanjawan 2024: Malaysia Madani  appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar