Intipati Belanjawan 2024: Senarai Bajet, Inisiatif & Bantuan Rakyat 

Apakah bantuan kewangan untuk rakyat dalam pembentangan Belanjawan 2024 kali ini?

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan telah membuat pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat. Ia merupakan belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani.

Melalui pembentangan yang dilakukan, sudah pasti rakyat ingin mengetahui apakah inisiatif dan senarai bantuan untuk rakyat.

Moga yang dibentangkan ini dapat membimbing ekonomi kita ke tahap lebih baik dalam berdepan tantangan global masa kini selain menyokong agenda pembangunan dan kebajikan negara.

Teras dan Fokus Utama Belanjawan 2024

Belanjawan 2024 adalah berteraskan kerangka Ekonomi MADANI yang merupakan fokus utama Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kepentingan dan keperluan rakyat diambil kira selain memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Para penganalisis berpandangan, kos sara hidup rakyat, subsidi bersasar dan pengurangan hutang negara dijangka menjadi fokus utama dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan akan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan MADANI 2024.

Laporan The Malaysian Insight ketika membuat tinjauan mengenai harapan rakyat di sekitar Lembah Klang menjelang pembentangan Belanjawan 2024 mendapati, selain mahukan insentif tunai untuk membantu mengurangkan kos sara hidup, rata-rata yang ditemui mahukan pemberian peruntukan yang adil untuk semua lapisan rakyat. 

Pembentangan Belanjawan 2024 boleh diikuti secara langsung menerusi siaran televisyen utama, serta platform dalam talian seperti di YouTube Parlimen Malaysia sebagaimana berikut;

Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan

Berapakah belanja mengurus dan belanja pembangunan pada tahun 2024?

Pada Februari lalu, Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Senarai Bantuan Rakyat Melalui Belanjawan 2024

1.

2.

3. 

Intipati Dan Bantuan Rakyat Dalam Belanjawan 2023 Sebelum ini

Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 24 Februari lalu telah menyenaraikan beberapa inisiatif bantuan rakyat.

Persoalannya adakah beberapa bantuan rakyat yang disenaraikan di bawah akan diteruskan dalam Belanjawan 2024;

1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup

2. e-Tunai Belia Rahmah

Kredit e-dompet berjumlah RM200 bagi belia warganegara Malaysia berumur 18-20 tahun atau penuntut IPT sepenuh masa yang berkelayakan

3. Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 20% selama 3 bulan bagi peminjam PTPTN bertujuan untuk menggalakkan penyelesaian baki hutang pinjaman

4. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Bantuan tunai RM800 untuk tempoh 4 bulan bagi pekebun kecil getah bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan semasa musim tengkujuh.

5. Subsidi Ujian Saringan Mamogram & Kanser Serviks

Subsidi ujian saringan mamogram & kanser serviks bagi wanita bertujuan untuk melakukan saringan awal bagi mengesan Kanser Payudara & Kanser Serviks

6. Subsidi Yuran Pengasuhan Taska

Subsidi yuran taska RM180 sebulan bagi penjawat awam & menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5 ribu kepada RM7 ribu

7. Pas Bulanan My50

Pas perjalanan bulanan bagi Rakyat Malaysia bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan pengangkutan Prasarana tanpa had

8. Pas Transit myBAS50

Pas perjalanan bulanan bagi Rakyat Johor Bahru bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program SBST

9. Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P)

Pengecualian Fi Pendaftaran & Pembaharuan bagi OKU yang mendaftarkan perniagaan mereka bertujuan untuk menggalakkan mereka berniaga, terhad kepada 1 perniagaan sahaja

10. Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40)

Kerajaan menyediakan 80 juta ringgit bagi memperkasa Skim ini dengan turut merangkumi saringan penyakit kencing manis.

11. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak 700 ringgit kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain 350 ringgit juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023.

12. Bantuan Tunai Pesawah

Bantuan tunai RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim bagi pesawah padi bertujuan untuk meringankan kos & beban sara hidup

12. RM500 Tambahan Caruman Simpanan KWSP Akaun 1

Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit di dalam Akaun 1 mereka, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak 500 ringgit.

14. Jumlah Had Pelaburan ASB dan ASB 2 Ditingkatkan kepada RM200K

Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada 300 ribu ringgit berbanding 200 ribu ringgit sebelum ini.

15. Kenaikan Kadar Maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR)

Susulan kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, Kerajaan berhasrat untuk meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari. Ikhtiar ini diharap membantu penjawat awam yang memerlukan.

The post Intipati Belanjawan 2024: Senarai Bajet, Inisiatif & Bantuan Rakyat  appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar