Kerajaan telah memperkenalkan skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) yang diuruskan oleh Great Eastern Takaful Berhad (GETB) bagi memberi perlindungan takaful kepada golongan B40 apabila ditimpa musibah.
Pada tahun lalu, skim MySalam telah diperluas kepada penerima BKM dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.
Untuk makluman skim ini adalah percuma kepada mereka yang layak dan terdapat sebanyak 45 jenis penyakit kritikal yang boleh dilindungi di bawah skim mySalam.
Apakah Itu MySalam?
MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Siapa Yang Layak Mendapat MySalam?
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan memaklumkan skim MySalam akan diperluas kepada penerima BKM dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.
Jumlah Bayaran MySalam
Tuntutan bayaran Mysalam terbahagi kepada dua iaitu tuntuan peyakin kritikal dan tuntutal Hospitalisasi (Elaun Wad)
- RM8,000 untuk tuntutan penyakit kritikal
- RM 700 (maksimum) untuk tuntutan hospitalisasi (RM50 sehari maksimum 14 hari)
Cara Memohon MySalam
Permohonan mySalam adalah secara automatik berdasarkan data sedia ada BSH dan BPR sebelum ini.
Sukacita diumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.
Ini termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.
Semakan MySalam
Semakan kelayakan mySalam boleh dibuat melalui laman rasmi berikut;

Sekiranya anda layak, akan memaparkan “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2019 & 2020 & 2021”
Sebaliknya bagi mereka yang tidak layak, akan memaparkan “Harap maaf. Anda TIDAK LAYAK untuk Skim Perlindungan Masyarakat mySalam.”
Cara Membuat Tuntutan MySalam
Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:
i. Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
ii. Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Senarai 45 Penyakit Kritikal Yang Boleh Dituntut Melalui Skim MySalam
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Tuntutan MySalam Disebabkan Covid-19
Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun (Maksimum RM700).
Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.
Sila lihat panduan berikut jika ingin membuat tuntutan disebabkan Covid-19
https://www.mysalam.com.my/b40/info/content/Mysalam%20Covid.pdf
Info dan Maklumat Lanjut;
Sebarang info dan pertanyaan lanjut mengenai MySalam, sila hubungi
Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my
Anda juga boleh melihat soalan-soalan berkaitan MySalam melalui portal MySalam melalui pautan berikut;
https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM
Soalan Lazim (FAQ)
MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
– Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
– Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
– Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Tuntutan bayaran Mysalam terbahagi kepada dua iaitu tuntuan peyakit kritikal dan tuntutal Hospitalisasi (Elaun Wad);
1- RM8,000 untuk tuntutan penyakit kritikal
2- RM 700 (maksimum) untuk tuntutan hospitalisasi (RM50 sehari maksimum 14 hari)
Sila layari laman portal https://www.mysalam.com.my/ dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
Seterusnya isi maklumat yang diminta.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
The post Semakan Skim MySalam 2023 Untuk Golongan B40 RM700 appeared first on Info Terkini Bantuan.