Permohonan Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) 2023

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) bagi melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YP 

Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu meningkatkan modal insan dalam Negeri Pahang.

Apakah Biasiswa IPT Yayasan Pahang?

BIASISWA IPT YAYASAN PAHANG (LEPASAN STPM) ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang meliputi elaun sara hidup bagi meringankan beban kos pengajian pelajar. Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu meningkatkan modal insan dalam Negeri Pahang.

Kelayakan Memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2022 dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-)
  3. Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40.
    • B40 – Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah.
    • M40 – Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851 – RM10,970/bulan.
  4. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA dalam negara sahaja secara sepenuh masa.
  5. Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 08 September 2023 (Jumaat) dan ditutup pada 29 September 2023 (Jumaat).

Kadar Penajaan

Elaun sara hidup RM3,000 setahun.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang http://www.yp.org.my/  dengan memilih ikon BISPEN ATAU di pautan sispen.yp.org.my/bispen sebelum atau pada 29 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT). 

Nota: Borang permohonan WAJIB dicetak dan ditandatangani oleh pemohon dan seterusnya diemailkan  kepada pinjaman@yp.org.my 

Salinan kad pengenalan, surat beranak dan slip gaji pemohon, ibu dan bapa perlu dibuat palang dengan menulis “UNTUK KEGUNAAN YP SAHAJA” sebelum dimuatnaik agar tidak disalahgunakan.

Iklan Biasiswa IPT Yayasan Pahang

Iklan-Biasiswa-IPT-Lepasan-STPM-YP-2023_page-0001

Info dan Pertanyaan Lanjut

SEBARANG PERTANYAAN DAN KETERANGAN LANJUT, SILA BERHUBUNG TERUS KE:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. 

Tel: 09-5181800 Faks: 09-5181888 

Puan Zakiah binti Saleh (zakiah@yp.org.my)
Puan Noorasziana bt Abd Rahman (noorasziana@yp.org.my)  

Laman Web : www.yp.org.my 
Email : ypahang@yp.org.my 

Sumber: Laman web Yayasan Pahang

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

The post Permohonan Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar