Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Ogos 2023

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan Ogos 2023 ini.

Beberapa inisiatif bantuan pada bulan Ogos 2023 ini adalah sama ada daripada pihak Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban rakyat,

Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan bulan Ogos 2023. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.

Sumbangan Asas Rahmah (SARa) Bulan 8

Ini Kategori Yang Dapat RM600 Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Pembayaran Bantuan SARA bagi bulan Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan.

Bagi penerima Bantuan SARA yang telah menebus pembelian barangan keperluan makanan asas pada bulan Julai yang lalu, boleh membuat semakan baki terkini melalui 2 kaedah;

i. Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih

Semakan baki terkini Bantuan Sara MyKasih Bulan Ogos 2023

ii. Semakan resit pembelian:

Semakan baki sara melalui resit pembelian

Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa. 

Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Senarai Barangan yang boleh dibeli untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Cara Pembelian di Kedai

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

7 Ogos 2023: Tarikh Pengkreditan Bantuan SARa di Sabah, Sarawak & Labuan

Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Berbeza dengan Semenanjung, penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan akan diberikan bayaran RM600 secara sekaligus (one-off) melalui kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

  • Ada akaun – pengkreditan ke akaun bank masing-masing
  • Tiada akaun bank – secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) 

Sekiranya anda ingin mengetahui sama ada layak atau tidak layak Bantuan SARA ini, semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/  
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
Semakan MyKasih Status Kini Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Bantuan Kewangan JKM Bulan Ogos 2023

Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Ogos akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.

Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Bagi bulan Ogos, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Ogos 2023.

Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Ogos, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Ogos.

Semakan Bayaran Bantuan Penerima JKM Melalui Portal eMaklum

Untuk membuat semakan pembayaran bantuan JKM bagi bulan Ogos 2023, ikuti langkah-langkah berikut;

  1. Layari laman web e-Maklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
  2. Masukkan no kad pengenalan
  3. Masuk no akaun bank 
  4. Klik carian berdasarkan no. akaun bank
  5. Pilih tarikh semakan. Contoh; 1/8/2023 sehingga 31/8/2023
  6. Maklumat berkaitan pembayaran akan dipaparkan sebagaimana di bawah;
Invoice Bayaran JKM Bulan 8 2023

eBelia Rahmah: Tarikh Akhir Permohonan 22 Ogos 2023

Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) yang belum claim eBelia Rahmah, tarikh akhir permohonan Bantuan eWallet adalah pada 22 Ogos 2023.

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
    ATAU
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
    • Kementerian Pendidikan Tinggi;
    • Kementerian Pendidikan;
    • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
    • Kementerian Pertahanan;
    • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
    • Kementerian Belia dan Sukan;
    • Kementerian Sumber Manusia;
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan

Tempoh Permohonan & Claim Kredit

Tempoh Permohonan & Claim Kredit

Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. 

Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Cara Claim eBelia Rahmah

3 Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah:

  1. Boost;
  2. Setel; dan
  3. Touch ‘n Go eWallet

Pengguna baharu boleh menebus kredit RM200 eBelia Rahmah dengan download salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :

  1. Boost
  2. Setel
  3. Touch ‘n Go eWallet

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar”.

Langkah 5: Anda akan dimaklumkan mengenai status tuntutan anda dalam masa 3 hari.Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan 2023

Sebagai penghargaan kepada penjawat awam, Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara.

Pengumuman ini dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.

Melalui Bantuan khas ini, ia akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

Tarikh Pemberian Bantuan 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui SURAT EDARAN JPA.800-3/2/4(33) memaklumkan, tarikh bayaran Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 akan disalurkan pada 10 Ogos 2023 (KHAMIS).

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara 2023 (BKPPA)

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan akan diterima adalah sebagaimana berikut;

  1. RM300 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak. 
  2. RM200 kepada pesara Kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), veteran berpencen serta veteran tidak berpencen)

Muat Turun : SURAT EDARAN JPA.800-3/2/4(33) untuk maklumat lanjut mengenai penerima yang layak dibayar atau tidak layak dibayar.

Dermasiswa JPA B40 (DB40) 2023

[Iklan] Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 untuk memohon penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023. 

Permohonan adalah secara dalam talian yang telah dibuka bermula 31 Julai 2023 (jam 12.00 tengah hari) sehingga 11 Ogos 2023 (jam 12.00 tengah hari). 

Apakah itu Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2023?

Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi tahun 2022 merupakan penajaan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar SPM 2022 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Bentuk Penajaan

Penajaan bagi Program Dermasiswa B40 ini adalah berbentuk Dermasiswa, dan pelajar tidak terikat dengan sebarang ikatan kontrak berkhidmat. 

Walau bagaimanapun, pelajar bertanggungjawab untuk membayar balik nilai perjanjian sekiranya berlaku pelanggaran kepada perjanjian penajaan yang dimeterai.

Had Kecemerlangan Akademik (HKA) yang ditetapkan bagi pelajar yang ditaja di bawah program ini adalah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00.

Cara Memohon Program Dermasiswa B40 JPA 2023

Permohonan dibuka secara atas talian (online) telah dibuka mulai 31 Julai 2023 di Portal eSILA https://esilav2.jpa.gov.my

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Permohonan Rumah Mampu Milik di Port Dickson, Negeri Sembilan

Rumah Mampu Milik Type A, Bayu Indera, Lukut, Port Dickson

Kerajaan Negeri Sembilan membuka permohonan kepada mereka yang berkelayakan bagi membuat permohonan Rumah Mampu Milik Type A, Bayu Indera Fasa 1 dan Fasa 2, Lukut, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.

Harga rumah bermula dari RM80,000.00.

Permohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2023 (Selasa) hingga 14 Ogos 2023 (Isnin).

Bagi mereka yang ingin memohon sila isi maklumat lengkap di pautan berikut;

https://forms.gle/9pA9XwdwuGgTyNRe9

Info lanjut syarat kelayakan, maklumat rumah dan kaedah permohonan, sila rujuk artikel berikut;

https://bantuanrakyat.my/rumah-mampu-milik-type-a-bayu-indera-lukut-port-dickson/

Lesen e-Hailing, Teksi & Bas Percuma untuk Golongan B40 Melalui Program MyPSV

Syarat Program MyPSV

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mula melaksanakan Program MyPSV Tahun 2023 sejak awal bulan lepas.

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 4,000 orang penerima yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV). 

Program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan bagi pengambilan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL) kelas E dan juga Lesen PSV E-Hailing/ Teksi; atau PSV Bas BTM > 7,500kg tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan MyPSV boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan Google Form berikut;

>>Borang Penyertaan Program MyPSV Tahun 2023<<

  • Dokumen yang diperlukan bagi permohonan MyPSV:
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Lesen Memandu Malaysia
    • Laporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik
  • Sila hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel mypsv@jpj.gov.my untuk sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah permohonan dikemukakan
  • Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel
  • Pemohon yang tidak menerima tawaran dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan adalah dianggap gagal
  • Rayuan tidak dibenarkan bagi permohonan yang gagal

Info lanjut program bantuan ini, sila rujuk maklumat berikut;

https://bantuanrakyat.my/mypsv/

Skim Perubatan Madani

Kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan Madani yang akan memanfaatkan 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Ia telah mula dilaksanakan mulai 15 Jun 2023 yang lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2023.

Apa Itu Skim Perubatan Madani?

Skim Perubatan Madani Percuma

Skim ini merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah skim ini.

Siapa Yang Layak?

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah secara automatik.
  • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Jumlah Manfaat Kelayakan

Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk skim ini ialah (sehingga Disember 2023) : 

  1. Isi Rumah Berkeluarga – RM250 
  2. Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125 
  3. Bujang – RM75 

Had manfaat Skim akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat skim ini adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web mereka.

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman web berikut; http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. 

The post Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Ogos 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar