Tarikh dan kaedah pembayaran Bantuan MyKASIH RM600 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah berbeza bagi penerima di Semenanjung Malaysia dan penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persektuan Labuan.
Di Semenanjung, bayaran RM100 dikreditkan setiap awal bulan ke dalam akaun MyKad penerima bagi pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya MyKASIH yang terpilih.
Manakala bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bayaran bantuan RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.
Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.
Perdana Menteri dalam pengumuman baru-baru ini berkata, sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.
“Kerajaan sudah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan sebagai tambahan, lebih 200,000 penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin tegas berdasarkan data e-Kasih, akan turut menerima SARa mulai 17 Julai ini”
–Dato‘ Seri Anwar bin Ibrahim–
Semakan Bantuan MyKasih Penerima Sabah, Sarawak & Labuan
Penerima bantuan SARA MyKASIH dari Sabah, Sarawak & Labuan boleh membuat semakan melalui beberapa kaedah berikut;
- Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR
- Melalui surat pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih
Semakan Melalui Portal MySTR
Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melalui pautan berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing;

Semakan Melalui Portal MyKasih
Semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
- Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula dan program berakhir
Bagi yang tidak layak, akan menerima status TIADA REKOD DITEMUI
Melalui Surat Pemakluman
Selain itu, penerima akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARa kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.
Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
Penerima SARa yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih
Semakan kelayakan SARA
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Tarikh Bayaran

Penerima bantuan MyKasih di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana maklumat berikut;
- Mulai 7 Ogos 2023 (ISNIN)
- Bayaran RM600 sekall gus pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Bagi yang mempunyai akaun bank, beberapa netizen memaklumkan sudah menerima bayaran ini ke dalam akaun masing-masing.
BSN Dah Masuk

Maybank Dah Masuk

CIMB Dah Masuk

Kelayakan Penerima SARa
Kelayakan SARa adalah terhad kepada:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023
Apakah maksud penerima Miskin Tegar eKasih di sini?
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Jumlah dan Kategori Kelayakan
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut:
Bil. | Kategori Kelulusan STR 2023 | Amaun Bayaran |
1. | Isi Rumahi. Kahwinii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak | RM600 |
2. | Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
3. | Bujang | RM600 |
Cara Memohon SARa
Tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARa adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023 sahaja.
Kaedah Pelaksanaan
Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:
- Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan akan diberikan bayaran RM600 secara sekaligus adalah melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.
Kenapa pelaksanaan SARA di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak sama seperti negeri di Semenanjung Malaysia?
Kaedah pelaksanaan ini merupakan kaedah terbaik buat masa sekarang mengambil kira akses rangkaian dan kesukaran penerima yang berada di kawasan pedalaman untuk hadir membuat pembelian.
Kemudahan tambahan bagi penerima Sabah dan Sarawak selain pengkreditan terus ke akaun bank penerima dan tuntutan tunai di kaunter BSN adalah seperti berikut:
- Sabah & Sarawak – kemudahan bank bergerak
- Penerima tunai pedalaman Sabah & Sarawak – program penunaian anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah & Perbendaharaan Malaysia Sarawak
Sumber: Portal MyKasih dan MySTR
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan bantuan MyKASIH melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan;
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.
Mulai 8 Ogos 2023 (ISNIN).
Bayaran RM600 sekali gus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
1) Warganegara Malaysia;
2) Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
3) Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023
Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023 sahaja.
RM600 bagi setiap penerima yang dikenal pasti layak SARa bagi kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang
Melalui portal MySTR dan Portal MyKasih
1) https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) https://www.mykasih.com.my/ klik semak status
Soalan-soalan lain, sila rujuk;
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)SUMBANGAN_ASAS_RAHMAH(SARA)_V2.pdf
The post MyKASIH Sabah, Sarawak & Labuan: Semakan & Tarikh Bantuan appeared first on Info Terkini Bantuan.