Semakan MyKasih: Status Kini Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Semakan MyKasih: Status Terkini Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) Untuk Bantuan Dapur RM600.

Lebih 210,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) mulai Isnin, 17 Julai 2023 berjumlah RM600 bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas.

“Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan hampir RM130 juta di bawah inisiatif Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya kumpulan miskin tegar mendepani cabaran kos sara hidup. Oleh itu, dengan sumbangan yang diberikan ini dapatlah menampung sebahagian daripada perbelanjaan seharian mereka,” kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan yang diberikan ini berupa barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600 dengan kadar RM100 setiap bulan untuk tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023).

Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung dan lain-lain lagi.

Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.

Perdana Menteri dalam pengumuman baru-baru ini berkata, sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

“Kerajaan sudah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan sebagai tambahan, lebih 200,000 penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin tegas berdasarkan data e-Kasih, akan turut menerima SARa mulai 17 Julai ini”

DatoSeri Anwar bin Ibrahim

Semakan Status MyKasih

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima RM600 bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 4 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR
  2. Melalui surat pemakluman
  3. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast
  4. Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/  
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
Semakan Status MyKasih (SARa)

Bagi yang tidak layak, akan menerima status TIADA REKOD DITEMUI

Tiada Rekod Ditemui (MyKasih)

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status

Penerima yang layak atau tidak layak akan akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing;

Melalui Surat Pemakluman

Selain itu, penerima akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARa kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.

Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) 

Penerima SARa yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.

Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 selama enam bulan daripada Yayasan MyKasih melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan makanan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.

Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan kelayakan SARA

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Tarikh Bayaran

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan tarikh pelaksanaan atau bayaran bagi penerima bantuan SARa ini adalah berbeza mengikut negeri masing.

Pelaksanaan SARa akan dibuat mulai Isnin 17 Julai 2023 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 7 Ogos 2023 seperti berikut:

Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

  • Mulai 17 Julai 2023 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

  • Mulai 31 Julai 2023 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

  • Mulai 7 Ogos 2023 (ISNIN)
  • Bayaran RM600 sekall gus pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Siaran Media Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Kelayakan Penerima SARa

Kelayakan SARa adalah terhad kepada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023

Apakah maksud penerima Miskin Tegar eKasih di sini?

  1. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; 
  2. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Jumlah dan Kategori Kelayakan

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut:

Bil. Kategori Kelulusan STR 2023 Amaun Bayaran
1. Isi Rumahi. Kahwinii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak RM600
2. Warga Emas Tiada Pasangan RM600
3. Bujang RM600

Cara Memohon SARa

Tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARa adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023 sahaja.

Kaedah Pelaksanaan

Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:

  • Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan  akan diberikan     bayaran RM600 secara sekaligus adalah melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.
Bagaimanakah program SARA akan dilaksanakan di negeri semenanjung Malaysia?

Setelah penerima daripada alamat semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program bantuan makanan tanpa tunai akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Jadual Bayaran Julai – Disember

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. 

Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

Bulan Jumlah
Julai 2023 RM100
Ogos 2023 RM100
September 2023 RM100
Oktober 2023 RM100
November 2023 RM100
Disember 2023 RM100

Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, bayaran RM600 sekall gus pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Senarai Kedai Untuk Pembelian

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. 

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut: senarai pasar raya / kedai runcit terlibat.

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa. 

Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Senarai Barangan yang boleh dibeli untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Cara Pembelian di Kedai

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Semakan Baki Terkini SARa

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:

i. Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih

ii. Semakan resit pembelian:

Semakan baki sara melalui resit pembelian

Info Lanjut dan Pertanyaan


Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Sumber: Portal MyKasih

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARa);

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.

Siapa yang layak menerima SARA?

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
1) Warganegara Malaysia;
2) Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
3) Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023 sahaja.

Berapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?

RM600 bagi setiap penerima yang dikenal pasti layak SARa bagi kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang

Bagaimana cara semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) secara online)?

https://www.mykasih.com.my/ klik semak status

Saya baru bercerai dan Ketua Isi Rumah berdaftar dalam sistem eKasih adalah suami. Adakah saya layak SARA memandangkan saya (ibu) yang diberi hak penjagaan untuk menganggung anak-anak?

Kelayakan SARa adalah berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023.

Sekiranya anda tersenarai sebagai Ahli Isi Rumah dalam rekod Ketua Isi Rumah berkenaan dan kelulusan STR anda serta bekas suami adalah dua permohonan berbeza, anda akan layak SARa secara berasingan. Kaedah semakan kelayakan SARa rujuk jawapan soalan 6 melalui FAQ SAra

Adakah rayuan akan dibuka sekiranya saya tidak layak SARA?

Tiada rayuan akan dibuka berdasarkan ketetapan semasa. Sebarang maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa.

Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?

Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2023.

Soalan-soalan lain, sila rujuk;

https://www.mykasih.com.my/site/food-aid-programme/sara/faq-bm/

The post Semakan MyKasih: Status Kini Sumbangan Asas Rahmah (SARa) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar