MySPR Semak: Semakan Daftar Pemilih & Tempat Undi PRN 2023

MySPR Semak: Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Mengundi PRN 2023 Bagi Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan

Susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi 6 negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan tarikh-tarikh penting bagi PRN 2023 iaitu;

  • Hari Penamaan Calon – 29 Julai 2023 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal – 8 Ogos 2023 (Selasa)
  • Hari Mengundi – 12 Ogos 2023 (Sabtu)

Anda kini boleh membuat semakan melalui MySPR semak bagi mengetahui Pusat Mengundi + No Saluran + No Bilangan + Masa Mengundi + Masa Keluar Mengundi yang dicadangkan.

Senarai Kekosongan Kerusi Dewan PRU Dun Ke-15

SPR pada 5 Julai 2023 telah mengadakan Mesyuarat Khas dan memutuskan satu PRU DUN Ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi dewan seperti berikut:

  • 36 kerusi Dewan Negeri Kedah;
  • 45 kerusi Dewan Negeri Kelantan;
  • 32 kerusi Dewan Undangan Neger Terengganu;
  • 40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang;
  • 56 kerusi Dewan Negeri Selangor; dan
  • 36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan.

2 Cara Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Undi PRN 2023

Berikut merupakan cara semakan bagi mengetahui mengundi;

  1. Portal MySPR 
  2. Aplikasi MySPR

Cara Semakan melalui Portal MySPR Semak

Berikut adalah cara-cara semakan melalui MySPR Semak bagi mengetahui maklumat daftar pemilih bagi PRN 2023;

  1. Layari laman portal https://mysprsemak.spr.gov.my/
  2. Klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (cth: 98xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak)
  4. Masukkan aksara captcha (4 angka)
  5. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;
    • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
    • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
Semakan Daftar Pemilih di Portal MySPR Semak PRN 2023

Semakan Daftar Pemilih Di Aplikasi MySPR Semak

  1. Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
  2. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  3. Masukkan aksara captcha (4 angka)
  4. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;
    • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
    • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
Semakan Daftar Pemilh di Aplikasi MySPR Semak PRN 2023

MySPR Semak merupakan aplikasi yang disediakan sebagai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat semakan status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Di samping itu, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan semakan calon dan keputusan pilihan raya.

Aplikasi ini diharap dapat membantu warganegara Malaysia untuk mencapai maklumat berkaitan urusan pilihan raya yang tepat dan sah secara terus daripada SPR dengan lebih

Maklumat Pengundian

Maklumat pengundian dalam sistem MySPR Semak akan memaparkan beberapa perkara penting mengenai PRN 2023 seperti berikut;

  • Pusat Mengundi
  • Saluran
  • Bilangan
  • Masa Mengundi
  • Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan
  • Hari Mengundi
Maklumat Pengundian PRN 2023

Anda digalakkan keluar mengundi mengikut waktu yang dicadangkan oleh SPR bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.

Sila catat nombor Saluran serta nombor Bilangan dan bawa ke Pusat Mengundi

Dokumen Yang Perlu Di Bawa Semasa Pergi Mengundi

“Alamak macam mana ni…terlupa bawa Kad Pengenalan! Takkan nak kena patah balik rumah semula???”

Jangan panik kerana dokumen-dokumen lain masih boleh digunakan semasa mengundi.

Dokumen yang perlu dibawa semasa pergi Mengundi

Daftar Pemilih Yang digunakan Oleh SPR

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU DUN Ke-15 adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemaskini sehingga 21 Jun 2023. 

DPPR bagi PRU DUN Ke-15 ini mengandungi seramai 9,773,571 orang pemilih yang terdiri daripada 9,674,456 orang pengundi biasa, 49,660 orang tentera serta pasangan, 47,728 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 1,727 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. 

DPPR bagi PRU DUN Ke-15 dijadualkan akan mula dijual pada 17 Julai 2023 (Isnin).

Tarikh-Tarikh Penting PRU DUN Ke-15

Penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

  • Hari Penamaan Calon – 29 Julai 2023 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal – 8 Ogos 2023 (Selasa)
  • Hari Mengundi – 12 Ogos 2023 (Sabtu)
Tarikh-tarikh penting Pilihanraya Enam Negeri 2023

Dalam PRU DUN Ke- 15 kali ini, tempoh berkempen telah ditetapkan selama empat belas (14) hari kepada parti-parti politik untuk mengadakan sebarang kempen pilihan raya.

Oleh yang demikian melalui tarikh-tarikh yang diumumkan di atas, anda boleh membuat persiapan untuk pulang mengundi bagi yang berada di luar kawasan tempat tinggal anda kini.

Kenyataan Media SPR

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 dalam waktu pejabat atau layari laman sesawang https://www.spr.gov.my.

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR

FAQ Soalan Lazim

Bagaimana Cara Semak Daftar Pemilih PRN 2023 melalui MySPR

1. Portal https://ift.tt/XhP62lj
2. Apliaski MySPR 
3. Hotline 03-88927018

Bilakah Tarikh Mengundi PRU DUN Ke-15 2023?

12 Ogos 2023 (Sabtu)

Apa Yang Perlu Di Bawa Ketika Hari Mengundi?

Salah satu daripada dokumen berikut;
1. Kad Pengenalan
2. Dokumen Pengenalan Sementara
3. Lesen Memandu
4. Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan
5. Pasport Malaysia

Apakah Nombor Talian Hotline SPR?

+603-8892 7018

The post MySPR Semak: Semakan Daftar Pemilih & Tempat Undi PRN 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar