Program Khas Jepun Korea Perancis & Jerman (JKPJ) 2023

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN (JKPJ) TAHUN 2023.

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2023.

Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2022 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA. 

Apakah itu Program Khas Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman (JKPJ) 2023? 

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2023 merupakan program penajaan JPA berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM tahun 2023 dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. 

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Iklan Program Khas Jepun Korea Perancis & Jerman (JKPJ) 2023

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 12 Jun 2023 (Isnin) hingga 16 Jun 2022 (Jumaat), jam 11:59 malam. 

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Bentuk Penajaan

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1.  Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Syarat Umum Program JKPJ 2022

Syarat Umum 

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat pertama kali di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;
  5. Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  6. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

Cara Memohon

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ bermula 12 Jun 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), 11.59 malam. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
  • Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan ujian psikometrik yang akan dibuka mulai 12 Jun 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), 11.59 malam melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Ujian Psikometrik dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
  • Permohonan bagi calon yang ingin menggunakan hasil keputusan semakan semula SPM tidak akan dipertimbangkan sekiranya diterima selepas tarikh tutup permohonan iaitu pada 16 Jun 2023.

Student Assessment Centre (SAC)

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. 

Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. 

Program SAC dijadualkan berlangsung secara fizikal mulai 10 hingga 14 Julai 2023 mengikut zon pusat temu duga. 

Tarikh-tarikh Penting

​​

Aktiviti Tarikh / Hari
Permohonan dibuka 12 Jun 2023 (Isnin) | 12.00 tengah hari
Permohonan ditutup 16 Jun 2023 (Jumaat) | 11.59 malam
 Pengisian Ujian Psikometrik 12 Jun 2023 (Isnin) | 12.00 tengah hari16 Jun 2023 (Jumaat) | 11.59 malam
 Semakan Panggilan SAC 4 Julai 2023 (Selasa) | 12.00 tengah hari9 Julai 2023 (Ahad) | 11.59 malam
Tempoh SAC 10 Julai 2023 (Isnin) – 14 Julai 2023 (Jumaat)
Jangkaan Keputusan 4 Ogos 2023 (Jumaat) | 12.00 tengah hari

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my  atau http://esilav2.jpa.gov.my/  pada 4 Ogos 2023 (Jumaat) jam 12 Tengah hari.

Pelajar yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya. 

Info dan Pertanyaan

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel lepasanspm2023@jpa.gov.my (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 12 sehingga 16 Jun 2023).

Iklan Program Khas JKPJ Tahun 2023

FAQ Program Khas JKPJ Tahun 2023

Sumber: ePermohonan Jabatan Perkhidmatan Awam

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

The post Program Khas Jepun Korea Perancis & Jerman (JKPJ) 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar