Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBita) Pulau Pinang

Permohonan Atas Talian Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi – IPT (iBita) Pulau Pinang

Sukacitanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuka permohonan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan bagi memohon bantuan pendaftaran ke IPT (iBita).

Bagi pelajar yang yang menerima surat tawaran ke IPT pada bulan Oktober 2022 hingga Jun 2023 boleh mengisi borang permohonan atas talian berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan maklumat berkaitan permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBita).

Tempoh Permohonan

​​Permohonan atas talian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (BITA) sesi 1 dibuka mula 1 Jun 2023 sehingga 30 Jun 2023 bagi sesi kemasukan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diterima sekiranya diluluskan adalah sebagaimana berikut;

  • Universiti di Semenanjung = RM1,000.00 
  • Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00 
  • Politeknik Malaysia = RM300.00

Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

  1. Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE) di laman web http://ibita.penang.gov.my/  . 
  2. Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00. (Gaji Pokok Sahaja). 
  3. Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang 
  4. Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja. 
  5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda

Dokumen Sokongan

Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA: 

  • Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA (http://ibita.penang.gov.my/)
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik 
  • Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran 
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar 
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga 
  • Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga 
  • Salinan Penyata Bank.Pemohon perlu mengemukakan salinan Penyata Bank (PELAJAR) 
  • Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin. (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja). 
  • Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. 

**Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh YB KADUN/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Penghulu/ yang setaraf dengannya.

Senarai IPTA/IPTS Yang Layak Memohon

Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia sahaja yang layak memohon Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi – IPT (iBita).

Senarai penuh kesemua IPTA/IPTS di atas adalah sebagaimana berikut;

Senarai Nama 20 Buah Institut Pengajian Tinggi Awam Yang Telah Diperakui Oleh Agensi Kelayakan Malaysia Atau Malaysian Qualification Agency (MQA)

  1. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
  2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
  3. UNIVERSITI MALAYA (UM)
  4. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  6. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
  7. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
  8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
  9. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
  11. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
  12. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  13. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
  14. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  15. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
  16. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
  17. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  18. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
  19. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
  20. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Senarai Nama 6 Buah Institut Pengajian Tinggi Swasta Yang Telah Diluluskan Oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)

  1. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
  2. UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
  3. UNIVERSITI AIMST (AIMST)
  4. KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
  5. KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
  6. MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY COLLEGE (MSU) PULAU PINANG

Senarai Nama 36 Buah Politeknik Malaysia Yang Telah Diluluskan Oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)

  1. POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
  2. POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)
  3. POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)
  4. POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)
  5. POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)
  6. POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
  7. POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
  8. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
  9. POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
  10. POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
  11. POLITEKNIK BESUT (PBT)
  12. POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
  13. POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
  14. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
  15. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
  16. POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
  17. POLITEKNIK MELAKA (PMK)
  18. POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
  19. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
  20. POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
  21. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
  22. POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
  23. POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
  24. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
  25. POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
  26. POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
  27. POLITEKNIK JELI (PJK)
  28. POLITEKNIK NILAI (PNS)
  29. POLITEKNIK BANTING (PBS)
  30. POLITEKNIK MERSING (PMJ)
  31. POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
  32. POLITEKNIK TAWAU (PTS)
  33. POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
  34. POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
  35. POLITEKNIK KUCHING SARAWAK(PKS)
  36. POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)

Info lanjut dan Pertanyaan

  • Pemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal IBITA
  • Boleh menghantar emel aduan/pertanyaan di portal IBITA kemukakan nombor kad pengenalan pemohon untuk membuat semakan atau kemaskini maklumat butiran mengenai permohonan tersebut

Sila lihat nama pegawai, nombor telefon dan alamat jika ada pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini di laman berikut;

https://ibita.penang.gov.my/public/fr_hubungi.php

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

The post Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBita) Pulau Pinang appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar