Pembayaran STR Fasa 3 Melalui BSN (Kredit Akaun dan Tunai)

Info mengenai pembayaran STR Fasa 3 melalui kredit akaun dan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.

Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat. 

Pembayaran STR Fasa 3 bernilai lebih RM2 bilion kepada lebih 8 juta  golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 26 Jun 2023 (Isnin).

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah berbeza mengikut kategori penerima masing-masing.

Jumlah terkini yang diumumkan adalah penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300.

Kategori penerima adalah;

  • Isi Rumah
  • Warga Emas
  • Bujang

Tarikh Pembayaran

Tarikh Bayaran Sumbangan TUnai Rahmah (STR) Fasa 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dibuat mulai 26 Jun 2023 (Isnin) secara berperingkat.

Semakan Status Kelayakan

Anda boleh menyemak status kelayakan mulai 26 Jun 2023 melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my   atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747

Pembayaran STR Fasa 3 Melalui Pengkreditan Akaun BSN

Pembayaran STR fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada BSN.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Pembayaran STR Secara Tunai Di Kaunter BSN

Bayaran STR Fasa 3 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 5 April 2023 (Rabu) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Sumber: Bank Simpanan Nasional

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 3?

Antara RM100 hingga RM1300

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 3 untuk BSN?

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dibuat mulai 26 Jun 2023 (ISNIN) secara berperingkat.

Bilakah tuntutan secara tunai BSN boleh dibuat bagi yang tiada akaun?

Bayaran STR Fasa 3 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 26 Jun 2023 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN.

Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Bagaimana cara menghubungi khidmat pelanggan BSN?

Hubungi 1300-88-1900

The post Pembayaran STR Fasa 3 Melalui BSN (Kredit Akaun dan Tunai) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar