e-Tunai Belia Rahmah: Bantuan e-Wallet RM200 Untuk Belia

[TERKINI] Siaran media Kementerian Kewangan bertarikh 21 Jun 2023 (Rabu) memaklumkan “Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 program e-Tunai Belia Rahmah mulai 8.00 pagi pada Isnin, 26 Jun 2023.

“Kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta bagi program eBelia Rahmah di bawah Belanjawan 2023 yang akan memanfaatkan seramai 2 juta belia yang layak.

Selain bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka. Tambahan lagi, ini juga merupakan peningkatan tawaran kredit e-tunai berbanding RM150 tahun lalu,” kata YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Apa itu e-Tunai Belia Rahmah?

e-Tunai Belia Rahmah merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia Madani kepada golongan belia yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini bantuan ini dinamakan eBelia (2021) dan ePemula / eStart (2022)

Program ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.

Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).

Dalam pembentangan belanjawan 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan;

“Akhir sekali tidak dilupakan, kepada 2 juta orang bulia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah 200 ringgit dengan peruntukan 400 juta ringgit.

-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim-
e-Tunai Belia Rahmah Bantuan e-Wallet RM200 Untuk Belia

Syarat Kelayakan

Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang:

  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
    ATAU
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
    • Kementerian Pendidikan Tinggi;
    • Kementerian Pendidikan;
    • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
    • Kementerian Pertahanan;
    • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
    • Kementerian Belia dan Sukan;
    • Kementerian Sumber Manusia;
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan

Jumlah Kredit e-Tunai Belia Rahmah

Jumlah kredit bantuan yang diumumkan adalah RM200. Jumlah ini lebih tinggi berbanding program ePemula tahun lepas iaitu RM150.

Penyedia Perkhidmatan

Belia warganegara Malaysia yang layak boleh mula mendaftar untuk menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara ‘one-off’ dengan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu;

  1. Boost,
  2. Setel dan
  3. Touch ‘n Go Wallet.

Selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada Kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempo program ini.

Tempoh Pendaftaran & Tuntutan

  • Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.
  • Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Penebusan kredit e-Tunai Belia Rahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :

  1. Boost
  2. Setel
  3. Touch ‘n Go eWallet

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar”.

Langkah 5: Anda akan dimaklumkan mengenai status tuntutan anda dalam masa 3 hari.Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.

Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eBeliaRahmah tersebut?

Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  1. pemindahan “peer-to-peer”;
  2. penebusan tunai;
  3. bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  4. bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  5. bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  6. pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  7. bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  8. aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Bantuan e-Dompet Mahasiswa Diperluas Kepada Semua – PM Anwar

Bantuan e-dompet diperluas kepada mahasiswa
Infografik: Astro Awani

Kerajaan bakal memperluaskan bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada seluruh pelajar universiti di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mengulas soalan mahasiswa berhubung inisiatif berkenaan yang dilihat tidak diterima secara menyeluruh oleh penuntut universiti.

Bantuan itu buat masa ini hanya dinikmati pelajar berusia 18 hingga 20 tahun.

Siaran Media

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu e-Tunai Belia Rahmah?

Bantuan ini merupakan satu inisiatif kerajaan buat golongan belia yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Berapa Jumlah Kredit Yang diberikan?

RM200

Bilakah Permohonan Dibuka?

Mulai 26 Jun 2023 (Isnin)

Apakah Syarat Kelayakan?

– Warganegara Malaysia; dan
– Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
ATAU
– Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
a)Kementerian Pendidikan Tinggi;
b) Kementerian Pendidikan;
c) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
d)Kementerian Pertahanan;
e) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
f) Kementerian Belia dan Sukan;
g) Kementerian Sumber Manusia;
h) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
i) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

The post e-Tunai Belia Rahmah: Bantuan e-Wallet RM200 Untuk Belia appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar