Tarikh dan Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Isi Rumah Fasa 3.
Ini adalah maklumat penting bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah berkeluarga yang perlu diketahui.
Golongan isi rumah merupakan antara kategori yang akan menerima bayaran STR fasa 3 selain daripada kategori bujang, warga emas tiada pasangan dan ibu/bapa tunggal.
Untuk bantuan STR isi rumah fasa 3, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.
Untuk makluman, bagi fasa 3, ada yang dapat sehingga RM800 mengikut kategori kelayakan dan bilangan anak.
Apa itu STR 2023?
Berasaskan Konsep Payung Rahmah, Kerajaan telah menjenamakan semula program Bantuan Tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan Malaysia kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kategori isi rumah merupakan antara penerima terbesar bantuan selain daripada kategori bujang dan warga emas.
Secara umumnya pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun di mana fasa 3 dijadualkan pada bulan Julai 2023.
Kelayakan Isi Rumah Untuk Menerima STR
Isi Rumah yang layak menerima STR adalah;
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Tarikh Bayaran STR Isi Rumah Fasa 3
Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023, pembayaran Bantuan Rahmah dibuat 4 kali setahun iaitu;
Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh LHDNM di atas, pembayaran fasa 3 Bantuan Rahmah akan dibuat pada bulan Julai 2023.
Pembayaran ini adalah sama dengan pembayaran bagi kategori isi rumah dan warga emas STR yang lain.
Namun, pengumuman rasmi tarikh sebenar pembayaran akan dibuat oleh Perdana Menteri selepas ini yang akan dibuat melalui media-media utama.
Jadual bayaran boleh berubah sama ada dipercepatkan atau ditangguhkan mengikut keputusan Perdana Menteri berdasarkan situasi semasa.
Cara Semakan Status STR 2023
Semakan status kelulusan STR boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara fizikal melalui kaedah berikut;
- Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
- Menghubungi LHDM
- Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
- Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran fasa 3
- Klik maklumat pembayaran
Sekiranya layak STR fasa 3, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai
Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
- Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
- Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat.
Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.
Jumlah Bayaran
Pembayaran bagi isi rumah fasa 3 adalah berbeza mengikut bilangan anak dan pendapatan bulanan isi rumah.
Berdasarkan jadual pembayaran yang diumumkan dalam portal Kementerian Kewangan Malaysia, jumlah bayaran bagi STR fasa 3 untuk isi rumah adalah sebagaimana berikut;
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM300
- Bil anak 1-2 – RM400
- Bil anak 3-4 – RM600
- Bil anak 5 dan ke atas – RM800
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – Tiada Bayaran
- Bil anak 1-2 – RM150
- Bil anak 3-4 – RM200
- Bil anak 5 dan ke atas – RM250
Bagi warga emas, pula bayaran yang akan diterima adalah RM200. Manakala bagi golongan bujang fasa 3 akan menerima RM150.
Lihat jadual bayaran fasa 3 di bawah untuk lebih terperinci.
Cara Bayaran
Kaedah pembayaran STR fasa 3 kategori isi rumah adalah sama sebagaimana kategori-kategori lain di mana pembayaran Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat setelah pengumuman rasmi tarikh pembayaran diumumkan.
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini setelah diumumkan kelak.
Penerima STR yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah pengumuman rasmi dibuat.
FAQ (Soalan Lazim)
Bulan Julai 2023.
RM150 – RM800. Lihat jadual untuk mengetahui kategori pembayaran yang lebih terperinci.
– Ada Akaun – di bayar ke akaun masing-masing.
– Tiada Akaun – tunai di BSN.
Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.
The post STR Isi Rumah Fasa 3: Tarikh & Jmlah Bayaran Kategori Keluarga appeared first on Info Terkini Bantuan.