Semakan eKasih Bagi Tambahan RM600 Baucar dan Bakul Makanan Sumbangan Tunai Rahmah 2023.
Di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), isi rumah yang layak akan menerima sumbangan hingga RM3,100 bergantung pada bilangan anak.
Ini adalah sebahagian daripada intipati Belanjawan 2023 di bawah bantuan rakyat supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.
Selain itu, Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.
Apa Itu eKasih?
eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.
eKasih bukanlah program bantuan kerajaan, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.
Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Semakan eKasih Untuk Tambahan RM600 STR
Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih sebagai penerima tambahan RM600 Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 850101012221
- Klik untuk carian
Mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;
- Nama
- KIR / AIR
- Nama KIR
- Status Daftar
- Negeri
- Daerah

Untuk semakan ekasih bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu sama ada isteri atau anak, boleh juga nombor kad pengenalan mereka bagi mengetahui status ekasih.
Maklumat yang dipaparkan bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu anak atau isteri adalah sebagaimana contoh di bawah:

Syarat Kelayakan Penerima RM 600 STR
Kelayakan penerima tambahan RM600 ini adalah kategori isi rumah yang tersenarai di bawah kategori miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM).
Semakan untuk data ekasih boleh dibuat sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.
RM600 Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah
Dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan pembaharuan bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kerajaan akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data eKasih.
RM600 sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas.
Ini bermakna penerima STR bagi kategori isi rumah miskin tegar (mengikut bilangan anak) akan menerima bayaran maksimun RM3100 dalam bentuk bantuan kewangan dan bakul makanan serta baucar makanan.
Jadual di bawah menerangkan kategori penerima yang layak untuk bantuan STR;

Tarikh Pembayaran Tambahan RM600
Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, bayaran tambahan RM600 kepada penerima yang layak tidak dibuat dalam bentuk tunai.
Sebaliknya RM600 Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Sumbangan tambahan ini juga tidak diterima sekaligus. Penerima akan menerima secara bulanan selama 6 bulan berturut-turut mulai bulan Julai 2023 hingga Disember 2023.
Jadual daripada Kementerian Kewangan di bawah menerangkan dengan lebih lanjut pembayaran bantuan ini.

Bakul Makanan dan Baucar Barangan Makanan Asas STR
Buat masa ini Kerajaan belum lagi memperincikan apakah bentuk barangan atau bakul makanan yang akan diberikan.
Namun berdasarkan pengalaman penerima bakul makanan JKM 2021 (ketika PKP) bakul makanan yang disediakan merupakan keperluan asas keluarga seperti berikut :
Bil. | Barang Keperluan |
1. | Beras |
2. | Minyak Masak |
3. | Gula |
4. | Tepung Gandum |
5. | Susu Pekat |
6. | Teh |
7. | Kopi |
8. | Biskut |
9. | Kicap Manis |
10. | Sardin |
11. | Sos Cili |
12. | Garam Halus |
13. | Bihun |
Begitu juga untuk baucar untuk barangan makanan asas, akan diperincikan lagi selepas ini oleh kerajaan apakah bentuk barangan yang boleh dibeli dan tidak boleh dibeli.
Soalan Lazim
eKasih merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.
Semakan boleh dibuat secara online https://ift.tt/cJMoGCF
RM600 dalam bentuk bakul dan baucar makanan
Mulai Julai hingga Disember 2023.
Barang-barang asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan lain-lain
The post Semakan eKasih 2023: RM600 Baucar dan Bakul Makanan STR appeared first on Info Terkini Bantuan.