Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) fasa 2 telah pun dikreditkan pada awal April yang lalu. Kini ramai pula yang bertanya tarikh dan jumlah bayaran bagi STR Fasa 3.
Ya lah, baru lepas hari raya ni ramai yang nak guna duit untuk perbelanjaan harian terutamanya bagi keluarga yang ada anak ramai. Lagipun fasa 2 yang lalu, hanya dapat RM200 untuk kategori keluarga dan RM100 untuk kategori bujang.
Untuk makluman, bagi fasa 3 ada yang dapat sehingga RM800 mengikut kategori kelayakan dan bilangan anak.
Bila Tarikh Bayaran STR Fasa 3?
Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023, pembayaran Bantuan Rahmah dibuat 4 kali setahun iaitu;
Januari – Fasa 1 (Telah dibayar)April – Fasa 2 (telah dibayar)- Julai – Fasa 3
- November – Fasa 4

Oleh yang demikian, berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh LHDNM ini, pembayaran fasa 3 Bantuan Rahmah akan dibuat pada bulan Julai 2023.
Walaupun begitu, pengumuman rasmi tarikh sebenar pembayaran akan dibuat oleh Perdana Menteri selepas ini yang akan dibuat melalui media-media utama.
Perubahan jadual juga boleh berlaku sama ada di awalkan atau dilewatkan mengikut budi bicara Perdana Menteri sekiranya sesuatu peristiwa atau bencana yang berlaku dalam negara.
Cara Semakan Status Kelulusan STR 2023
Sekiranya anda ingin mengetahui status kelulusan STR, Semakan status kelulusan STR boleh dibuat melalui 5 kaedah berikut;
- Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
- Menghubungi LHDM
- Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Bagi semakan secara online di portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
- Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran fasa 3
- Klik maklumat pembayaran
Sekiranya layak STR, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
- Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
- Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Jumlah Bayaran Fasa 3
Jumlah bantuan fasa 3 yang akan diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM300
- Bil anak 1-2 – RM400
- Bil anak 3-4 – RM600
- Bil anak 5 dan ke atas – RM800
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – Tiada Bayaran
- Bil anak 1-2 – RM150
- Bil anak 3-4 – RM200
- Bil anak 5 dan ke atas – RM250
Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000
- RM200
Bujang berumur 21-59 tahun
- RM150
Bujang OKU berumur 19-59 tahun
- RM150
Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 3 merupakan pembayaran terakhir bagi golongan ini kerana untuk fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang.
Kelayakan Penerima STR Fasa 3
Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima STR yang lulus melalui semakan di MySTR.
Cara Bayaran
Setelah pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan, pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Kredit ke akaun bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat. - Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Pembayaran terakhir (sebelum ini) adalah secara tunai
- Status pengkreditan gagal kredit
- Tiada maklumat akaun bank.
Sumber: MySTR
FAQ (Soalan Lazim)
Julai 2023
RM150 hingga RM800 mengikut kategori penerima
* Rujuk jadual dalam artikel
1)Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3) Menghubungi LHDM
4) Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5) Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.
The post STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah appeared first on Info Terkini Bantuan.