Permohonan Tablet Percuma Parlimen Muar: 1 Keluarga 1 Tablet

Permohonan Tablet Bagi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar Tahun ini Kembali dibuka!

Ahli Parlimen Muar, YB  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam hantaran di Facebooknya pada 3 Mei 2023 membuka permohonan kepada mereka yang berkelayakan untuk memohon tablet percuma bagi rakyat di Parlimen Muar.

“Isu pendidikan memang sangat dekat dengan hati saya.”
“Saya tak mahu lihat ada anak-anak yang ketinggalan belajar sebab tak mempunyai alat-alat.”
“Di Muar, lebih 2,000 tablet/laptop sudahpun disampaikan kepada pelajar yang memerlukan.”
“Education at this era, is about catching up with technology. And I believe that giving out tablet/laptop is a long-term investment for our children to have quality education.”

Inisiatif 1 Keluarga 1 Tablet Parlimen Muar

 Inisiatif 1 Keluarga 1 Tablet Parlimen Muar

Inisiatif ini merupakan usaha YB Syed Sadiq bagi rakyat Parlimen Muar  yang kurang berkemampuan.

Sejak tahun 2019 lagi, Pejabat Parlimen Muar telah mengusahakan inisiatif 1 Keluarga 1 Laptop  bagi membantu mereka belajar dan ulangkaji pelajaran.

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan, pelajar semua kena pulang ke rumah dan belajar secara online. Waktu itu, lagilah laptop ini menjadi satu keperluan untuk belajar.

Walaupun di zaman pasca pandemik,inisiatif ini akan diteruskan kepada warga muar khususnya untuk murid sekolah rendah, menengah, atau mahasiswa IPT yang berkelayakan.

Syarat Permohonan 1 Keluarga 1 Tablet Parlimen Muar

  1. Pelajar sekolah menengah atas / rendah, sekolah rendah dan IPT
  2. Jumlah pendapatan |si rumah <RM 2,000
  3. Pengundi P.146 Parlimen Muar (bukan parlimen Bakri / Pagoh / Ledang)
  4. Memberi keutamaan kepada pelajar parlimen Muar yang belum pernah menerima tablet

Sila Semak Kawasan Daftar Mengundi Anda Di https://mysprsemak.spr.gov.my/

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pelajar
  2. Salinan kad pengenalan bapa/sijil kematian/sijil cerai
  3. Salinan kad pengenalan ibu/sijil kematian sijil cerai
  4. Salinan slip gaji atau surat pengesahan pendapatan
  5. Salinan surat tawaran ke ipt (kepada pelajar-pelajar IPT)

Surat Pengesahan Pendapatan boleh didapati daripada Ketua Kampung atau Penghulu masing-masing

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online (atas talian) dengan mengisi maklumat lengkap melalui borang di Doogle Doc di bawah;

https://bit.ly/tabletparlimenmuar

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan sila hubungi

  • 06 959 4041 
  •  06 988 2618

Waktu Pejabat:

  • Ahad – Khamis: 10:00 Pagi – 5:00 Petang
  • Cuti : Jumaat – Sabtu – Cuti Umum

Emel:

ssparlimenmuar@gmail.com 

Ikuti Facebook

The post Permohonan Tablet Percuma Parlimen Muar: 1 Keluarga 1 Tablet appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar