Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) 2023

PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN PROFESIONAL (PROSPEC) BIDANG PERAKAUNAN – Prudence Consulting Group (PACCT) Siri II

Sukacitanya Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) akan menganjurkan Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) siri II dalam bidang perakaunan.

Antara tujuan utama program ini adalah meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam keusahawanan profesional melalui bidang perakaunan.

Apa Itu Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC)?

ProSPEC merupakan antara contoh program keusahawanan MARA yang dibangunkan merangkumi tiga elemen utama iaitu pembangunan usahawan atau individu, pembangunan perniagaan dan bantuan khidmat sokongan kepada usahawan dalam menjalankan sesuatu perniagaan.

Antara contoh program ProSPEC adalah;

  • Perubatan, 
  • Farmasi, 
  • Optometri, 
  • Pergigian, 
  • Perakaunan, 
  • Perundangan, 
  • Senibina/architecture 
  • Kejuruteraan.

ProSPEC Bidang Perakaunan merupakan program pembangunan usahawan profesional dalam bidang perakaunan dengan konsep rangkaian firma akauntan Bumiputera di bawah kumpulan Prudence Consulting Group (PACCT)

Manfaat Program :

  1. Latihan Keusahawanan & teknikal berterusan
  2. Pembiayaan perniagaan bagi yang berkelayakan
  3. Business Coaching & Hand Holding Industry Expert

Syarat dan Kelayakan Program ProSPEC Perakaunan

  1. Warganegara Malaysia dan Bumiputera berumur tidak melebihi 45 tahun
  2. Chartered Accountant dan Ahli Malaysian Institute of Accountant (MIA)
  3. Mempunyai Practising Certificate (PC) yang sah. (Jika berkaitan semasa permohonan, tetapi perlu memohon setelah terpilih ke program PACCT)
  4. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang Perakaunan dan berkaitan
  5. Tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA
  6. Mempunyai minat yang mendalam untuk membuka Firma Perakaunan sendiri secara sepenuh masa

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan pada 22 Mei 2023 (Isnin)

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui pautan bit.ly/3Lfa0Ci

Sesi taklimat dan temuduga

  • Tarikh : 31 Mei 2023
  • Hari: Khamis
  • Tempat:  Hotel Ideas Kuala Lumpur
  • Masa: 9.00 pagi

*Permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi taklimat dan temuduga

Info Lanjut

Untuk pertanyaan  lanjut berkaitan Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) bidang Perakauan ini, sila hubungi :

En. Fazli Shafiq : 011-19813761

Pn. Tania Hisham : 018-6654550

Maklumat lajnut berkaitan ProSPEC, sila layari;

https://www.mara.gov.my/bm/menu_keusahawanan/kemudahan-sokongan/pembiayaan-perniagaan/prospec/#tab-id-7

Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Permohonan Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) Bidang Perakaunan

The post Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar