Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Ia bertujuan bagi meringankan beban ibu bapa atau keluarga yang mempunyai anak istimewa (OKU).
Mereka yang berkelayakan akan diberikan bantuan bersifat one-off sebanyak RM5000 setahun bagi memenuhi keperluan kehidupan anak-anak OKU.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin memohon Bantuan ANIS ini, sila teliti beberapa maklumat berikut agar permohonan anda dapat dipertimbangkan.
Apa itu Bantuan ANIS Selangor?
Program bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.
Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.
YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.
Objektif Utama Bantuan ANIS adalah:
- Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
- Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
- Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tarikh Permohonan
Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) boleh dibuat mulai 15 MEI 2023 SEHINGGA 26 MEI 2023.
* Tarikh akhir penghantaran borang permohonan 30 Mei 2023, 5.30 petang (Selasa) di Ibupejabat YAWAS.
Jenis Bantuan Yang Diberikan
- Makanan/keperluan tambahan*
- Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin*
- Ubat-ubatan*
- Pendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU) melalui subsidi kos yuran.
* berdasarkan preskripsi doktor sahaja
Syarat dan Kriteria Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Ibu/Bapa/Penjaga pemohon hendaklah Pengundi Negeri Selangor;
- Penerima Bantuan Khas ANIS hendaklah berumur dibawah 18 tahun (mengikut tahun semasa)
- Anak mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; ATAU Pengesahan Diagnosis daripada Doktor yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika tidak mempunyai Kad OKU);
- Keutaaman kelulusan permohonan adalah diberikan kepada PERMOHONAN PERTAMA KALI;
- Keutamaan kelulusan permohonan adalah diberikan kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40;
- Borang permohonan diproses berdasarkan kuota yang telah ditetapkan dan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap.
*Nota: Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan anda akan dibatalkan dan sebarang rayuan tidak akan dilayan
Jumlah Bayaran
Mereka yang berkelayakan akan diberi bantuan yang bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan pasangan.
- Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.
- Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
- Salinan Kad Pengenalan Anak OKU.
- Salinan Kad OKU dari JKM, atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
- Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
- Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
- Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my
Cara Memohon
- Pemohon hendaklah membuat permohonan di atas talian di laman sesawang
https://www.anisselangor.com/bantuananis - Pemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
- Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:
Pejabat YAWAS
Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
40000 Shah Alam, Selangor. - Borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar mulai mulai 15 MEI 2023 SEHINGGA 26 MEI 2023.
- Jika gagal menghantarnya sebarang rayuan tidak dilayan
Borang permohonan juga boleh diperolehi melalui pautan berikut;
https://kidcare.my/anisdocs/Borang%20Bantuan%20ANIS_2022-1.pdf
Cara Pembayaran
- Jenis bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):
- Pembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.
- Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.
- Pembayaran dan Penghantaran barangan kepada pemohon akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.
- Jenis bantuan berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKU
- Pembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon.
- Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
- Pembayaran akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.
Semakan Permohonan ANIS
Bagi semakan untuk permohonan ANIS, sila layari laman berikut:
http://anis.yawas.my/k_anis/anis/semakan.php
- Masukkan no kad pengenalan tanpa tanda sengkang ‘-‘
- Tekan bukan semak.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-55453170 / 03-55245068
atau layari;
Sumber: Jabatan Anis
Soalan Lazim (FAQ)
Soalan lazim berhubung Bantuan Khas Anak Selangor (ANIS) adalah seperti berikut;
Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja setahun.
Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor yang menyatakan anak puan mempunyai simtom tersebut sewaktu permohonan dibuat.
Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di www.anis.yawas.my. Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses.
Tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Barang akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.
Permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan rumah tuan/puan atau boleh diemelkan ke daftaranis@gmail.com.
Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.
Tidak boleh. Pemohon hendaklah sedang menetap di Selangor sahaja.
Boleh.
Boleh, namun tuan/puan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin di ruangan pada borang permohonan. Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.
Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja. YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang ditetapkan.
TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.
Untuk makluman, OKU yang layak di negeri Selangor layak memohon SKIM MESRA INSAN ISTIMEWA (SMIS).
The post Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM5000 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.