Diskaun Saman PDRM – Kadar Khas Setiap Saman RM50 Sahaja

Diskaun Saman PDRM – Kadar khas bayaran saman RM50 setiap satu mulai 21 April hingga 21 Mei 2023.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan kadar khas bayaran saman berjumlah RM50 setiap satu bagi semua saman trafik termasuk kesalahan pada 2022 dan sebelumnya bermula 21 April hingga 21 Mei 2023.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata kadar khas itu julung kali dilaksanakan oleh pihak PDRM bagi memberi peluang ke atas saman yang tidak boleh dikompaun untuk diselesaikan.

Beliau berkata potongan hampir 85 hingga 86 peratus tersebut untuk menzahirkan hasrat kerajaan menyumbang dari segi memberi kemudahan kepada rakyat dengan mengurangkan bebanan dihadapi masyarakat.

Oleh yang demikian orang ramai diseru supaya mengambil peluang membayar tunggakan saman sebanyak RM50 melalui Kadar Khas Bayaran Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tawaran Kadar Khas Bayaran Saman

Kadar Khas Bayaran Saman Bayaran RM50 Sahaja

Bulan lepas,  YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50. Tetapi kecuali kepada saman yang masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Justeru,  Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah menyediakan dengan pelbagai sistem pembayaran saman dengan lebih mudah apabila orang ramai dibolehkan membayar saman melalui pelbagai saluran yang di nyatakan di bawah.

Jangan lepaskan peluang ini! Pada mereka yang masih belum mendaftar  sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar lah sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Kaedah Bayaran

Pembayaran boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut;

  1. Aplikasi Mybayar Saman
  2. Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
  3. Mesin ATM Maybank seluruh negara
  4. Semua kaunter pejabat Pos Malaysia

Sekiranya anda memilih bayaran melalui online, anda boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

  1. Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details
  3. Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
  4. Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Jika anda memilih pembayaran melalui mesin ATM Maybank, lihat tutorial bayaran di mesin ATM Maybank melalui video berikut;

Cara Semakan Saman

Anda boleh membuat semakan saman PDRM ini di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara bagi mengetahui jenis kesalahan dan saman yang ada.

Selain itu semakan juga boleh dibuat secara online melalui portal MyBayar Saman melalui pautan berikut;

https://mybayar.rmp.gov.my/

Ikuti langkah-langkah berikut untuk check saman :

  1. Klik butang ‘DAFTAR’ untuk daftar sebagai pengguna baharu 
  2. Isi maklumat peribadi – no. kad pengenalan, nama, alamat, alamat emel dan nombor telefon
  3. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit
  4. Log masuk dengan nombor kad pengenalan (untuk ruangan Id Pengguna) dan kata laluan yang telah didaftarkan
  5. Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan untuk buat semakan

Anda juga boleh membuat semakan saman melalui SMS melalui cara berikut;

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan atau No Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Tunggu sehingga makluman saman diberikan.

Info dan Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/ permasalahan mengenai pembayaran kompaun saman, anda boleh hubungi no. hotline call centre 03-22663346 atau emel ke mybayar@rmp.gov.my 

Sebarang info lanjut dan maklumat terkini berkaitan Diskaun Saman PDRM, sila ikuti di  laman sosial dan laman web Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM bagi tujuan maklumat yang sahih lagi tepat

Laman web https://trafik.rmp.gov.my/COPSPortal/Index.aspx 
Facebook https://www.facebook.com/JSPTPDRM 
Twitter https://twitter.com/pdrmsia_trafik 
Instagram  https://www.instagram.com/pdrmsia_trafik/ 

Semoga warga Malaysia memperoleh manfaat daripada diskaun pengurangan saman PDRM ini.

Sumber: Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah tawaran diskaun saman PDRM yang diberikan sehingga 21 Mei 2023?

Semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50 kecuali saman yang masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Bilakah tempoh diskaun pengurangan saman PDRM di tawarkan?

Mulai 21 April hingga 11 Mei 2023

Bagaimana kaedah bayaran boleh dilakukan?

1) Aplikasi Mybayar Saman
2) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
3) Mesin ATM Maybank seluruh negara
4) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia

Bagaimana cara semakan secara online?

https://mybayar.rmp.gov.my/

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

The post Diskaun Saman PDRM – Kadar Khas Setiap Saman RM50 Sahaja appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar