INFO KPM: Soalan lazim berkenaan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025
Sukacitanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, permohonan kemasukan murid ke darjah 1 bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman portal https://idme.moe.gov.my/
Permohonan ini terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Facebooknya berkongsi 7 soalan lazim berkaitan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak ke Tahun satu Kalendar Akademik Sesi 2024/2025.
Soalan lazim Berkaitan Pendaftaran Tahun 1
Tarikh permohonan pendaftaran Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024 /2025 dibuka dari 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Tidak. Mulai tahun 2023, pendaftaran Tahun 1 adalah di Modul Pengurusan Awam,Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my. Pendaftaran Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025 adalah melalui pautan berkenaan.
Tidak. Bagi kanak-kanak yang telah didaftarkan di https://ift.tt/dbfBA5W, data mereka akan dipindahkan ke https://idme.moe.gov.my. Ibu bapa/penjaga hanya perlu mengemas kini maklumat anak mereka di pautan yang baharu mulai 2 Mei hingga 30 Jun 2023 dan klik butang kemas kini.
Sekiranya ibu bapa/penjaga telah menghantar borang perakuan sekolah di sekolah yang dimohon sebelum ini, mereka tidak perlu lagi membuat penghantaran yang baharu.
Ya, borang perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah yang baharu.
Keputusan permohonan penempatan Tahun 1 boleh disemak di pautan https://idme.moe.gov.my pada 1 hingga 30 Oktober 2023. Pemakluman keputusan permohonan penempatan akan dipaparkan di laman utama idme untuk makluman ibu bapa/penjaga.
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025, ibu bapa/penjaga dimohon untuk berhubung terus dengan pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
The post 7 Soalan Lazim Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 appeared first on Info Terkini Bantuan.