Zakat Fitrah Perlis 2023: Kadar & Kaedah Bayaran Online

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengumumkan kadar zakat fitrah di Negeri Perlis bagi tahun pada 2022 / 1443H.

Penetapan kadar ini selaras dengan kelulusan dan diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selepas mendapat nasihat Persidangan Mesyuarat MAIPs yang memperakukan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis berdasarkan harga beras yang lazim digunakan masyarakat.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh (MAIPs). 

Kadar Zakat Fitrah Perlis bagi tahun 2023 / 1444H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis 2023

Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis bagi untuk Tahun 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masihi adalah sebanyak RM7.00 seorang;

Kadar zakat yang ditetapkan ini seorang sama seperti tahun-tahun sebelumnya sejak 2016.

Perlis  hanya menetapkan satu kadar sahaja zakat fitrah bagi negeri ini berbanding negeri-negeri yang yang mempunyai sama ada dua atau tiga kadar. 

Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Perlis bagi tahun 2023

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa 2  kaedah yang boleh digunakan iaitu secara onlin atau , bayaran melalui amil-amil kariah yang di lantik.

1. Secara Atas Talian (Online)

Bagi mereka yang memilih untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian (online), terdapat dua saluran berikut yang boleh digunakan iaitu;

2. Bayaran Zakat Melalui Amil Kariah

Anda juga boleh membayar melalui Amil Kariah di seluruh Negeri Perlis

Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis Bagi Tahun 1444H Bersamaan 2023M

Adalah diisytiharkan kepada sekalian kaum muslimin dan muslimat dalam NegeriPerlis bahawa, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs),setelah diperkenankan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, telahmenetapkan kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis bagi tahun 1444 Hijrah bersamaan2023 Masihi adalah seperti berikut:

i) Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis bagi untuk Tahun 1444 Hijrahbersamaan 2023 Masihi adalah sebanyak RM7.00 seorang;
ii) Bagi Umat Islam yang menunaikan Zakat Fitrah dengan Beras,maka kadar pengeluaran ialah sebanyak Satu Gantang Nabawiseorang bersamaan 2.6 kilogram.

2) Setiap orang Islam yang tinggal di dalam Negeri Perlis adalah wajib
mengeluarkan fitrah sepertimana yang ditetapkan itu bagi dirinya dan anak
isterinya, begitu juga bagi tanggungan-tanggungannya. Mereka hendaklahmengeluarkan fitrah-fitrah itu kepada amil-amil yang dilantik dengan rasminya olehpihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

3) Sesiapa jua yang tidak memberi Zakat Fitrah, atau ingkar memberi Fitrahdengan sepenuhnya atau di dalam mana-mana cara menghasut lain-lain orangdaripadanya, membayar atau menerima Fitrah bukan sebagai amil yang dilantikdengan rasminya oleh pihak MAIPs, adalah menjadi kesalahan di bawah Peraturan Zakat Dan Fitrah Negeri Perlis.

Sekian dimaklumkan.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”
“MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH”
“MENGUKUH QIADAH MENGISLAH UMMAH”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI MOHD NAZIM BIN HAJI MOHD NOOR)
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
PENGISYTIHARAN KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PERLIS BAGI TAHUN 1444H BERSAMAAN 2023M

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Facebook;

https://www.facebook.com/MajlisAgamaIslamPerlis/

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

https://www.maips.gov.my/

Sumber: MAIPs

Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis Bagi Tahun 2023?

RM 7.00
Perlis hanya menetapkan satu kadar sahaja sejak tahun 2016.

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di negeri Melaka

1) Melalui amil fitrah yang telah diberi tauliah.
2) Secara dalam talian di https://www.maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri? Walaupun begitu umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

The post Zakat Fitrah Perlis 2023: Kadar & Kaedah Bayaran Online appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar