Berasaskan Konsep Payung Rahmah, Kerajaan telah menjenamakan semula program Bantuan Tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan Malaysia kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan.
Secara keseluruhan, STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima membabitkan peruntukan hampir RM8 bilion.
Bagi tahun 2023, kerajaan telah membuat beberapa penambahbaikan bagi bantuan rakyat untuk golongan B40 ini. Ini bagi memastikan mereka yang benar-benar layak tidak tercicir dalam menerima bantuan.
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKC), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
Semakan Status STR
Semakan status Sumbangan Tunai Rahmah boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui kaedah berikut;
- Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
- Menghubungi LHDM
- Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
- Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran fasa 2
- Klik maklumat pembayaran
Kategori Baharu STR
Bagi tahun 2023, Kementerian Kewangan telah memperincikan kategori baharu bagi bantuan ini yang terdiri daripada golongan berikut;
- Isi Rumah Tiada Had Umur (mengikut bilangan anak)
- Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun
- Bujang 21-59 tahun
- Bujang OKU 19-59 tahun
Kelayakan STR
Secara umumnya penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah adalah warganegara Malaysia berdasarkan had pendapatan bulanan yang telah ditetapkan.
Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022
Jadual di bawah menerangkan tentang kelayakan penerima berdasarkan kategori, pendapatan bulanan dan bilangan anak.
Jumlah Bayaran
Secara keseluruhannya, jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM1,000
- Bil anak 1-2 – RM1,500
- Bil anak 3-4 – RM2,000
- Bil anak 5 dan ke atas – RM2,500
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – RM500
- Bil anak 1-2 – RM750
- Bil anak 3-4 – RM1,00
- Bil anak 5 dan ke atas – RM1,200
Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000
- RM600
Bujang berumur 21-59 tahun
- RM350
Bujang OKU berumur 19-59 tahun
- RM350
RM600 Tambahan Bayaran STR
Dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan pembaharuan bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kerajaan akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data eKasih.
RM600 sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas.
Ini bermakna penerima STR bagi kategori isi rumah miskin tegar akan menerima bayaran maksimun RM3,100 dalam bentuk bantuan kewangan dan bakul makanan serta baucar makanan.
Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih sebagai penerima tambahan RM600 Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
Jadual Pembayaran Mengikut Fasa
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2023.
Januari 2023 – Fasa 1 (telah dibayar)April 2023 – Fasa 2 (telah dibayar)- Julai 2023 – Fasa 3
- November 2023 – Fasa 4
Jadual di bawah menerangkan secara terperinci pembayaran STR mengikut fasa.
Cara Pembayaran
Pembayaran STR berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Kredit ke akaun bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat. - Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Kemas Kini STR
Kemaskini STR boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.
Kemaskini boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Cara Kemas Kini
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
- Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
Saya adalah penerima STR Fasa 1. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan STR sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?
Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2022, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;
- tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
Permohonan Baharu STR
Tempoh pendaftaran STR boleh dibuat mulai:
- Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
- Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023 (*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Cara Permohonan STR
Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:
- Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
- Permohonan Melalui Borang Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi STR LHDNM; atau
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Penghantaran Borang
Borang STR boleh dibuat di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;
Atau
Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR GPO Shah Alam 40800 Shah Alam SELANGOR
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Dokumen Yang Diperlukan
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
- Anak Kandung
- Salinan Sijil Lahir; dan
- Salinan MyKad / MyKid
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah?
Portal rasmi STR: https://ift.tt/0DTOPE1
Jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak. (sila rujuk jadual)
Fasa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2023.
Fasa 1 – Januari 2023 telah dibayarFasa 3 – Julai 2023
Fasa 2 – April 2023 telah dibayar
Fasa 4 – November 2023
Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
i. perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2022, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;
ii. tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat
Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
i. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
ii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
i. Permohonan Secara Dalam Talian
a. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi STR LHDNM; atau
b. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
The post Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023): Tarikh & Jumlah Bayaran appeared first on Info Terkini Bantuan.