Tarikh Pembayaran STR Fasa 2 Melalui Maybank

Ini merupakan info mengenai pembayaran STR Fasa 2 melalui kredit akaun melalui Bank Maybank.

Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023) pada 29 Mac 2023 di Dewan Negara, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diawalkan kepada awal bulan April 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.

Pembayaran STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu).

Tarikh Pembayaran

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dibuat mulai 5 April 2023 (Rabu) secara berperingkat.

Semakan Status Kelayakan

Anda boleh menyemak status kelayakan mulai 5 April  2023 melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my   atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747

Maybank Dah Masuk?

Walaupun secara rasminya pembayaran STR Fasa 2 bermula 5 April 2023, namun ada beberapa rakan netizen di Facebook memaklumkan sudah menerima bayaran Maybank pada 4 April 2023 iaitu hari Selasa.

Maybank dah masuk Fasa 2 STR kategori keluarga

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun Maybank dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada Maybank Bank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Maybank2u  atau Mesin Teler Automatik (ATM) Maybank.

Semakan secara perbankan melalui Maybank Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.maybank2u.com.my/

Kenapa  Duit STR Belum Masuk?

Dengan 8.7 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM1.26 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Berapa Saya Dapat Untuk STR Fasa 4?

Berdasarkan pengumuman terkini Perdana Menteri, jumlah bayaran STR Fasa 2 adalah berbeza mengikut kategori penerima masing-masing sebagaimana berikut;

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat.

Bagi isi rumah, warga emas tiada pasangan dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 5 April 2023.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BS) mulai 5 April 2023.

Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia

FAQ (Soalan Lazim) Jadual Bayaran STR

STR Masuk Bila Untuk Fasa 2?

Mulai 5 April secara berperingkat

CIMB Masuk Bila?

Ada yang sudah masuk 4 April. Yang belum dapat harap bersabar kerana disalurkan secara berperingkat.

Berapa Dapat Untuk STR Fasa 2?

– Isi rumah – RM200
– Warga emas tiada pasangan – RM100
– Bujang – RM100

Bagaimana cara semakan?

https://bantuantunai.hasil.gov.my/


Sebagai makluman, Penerima CIMB pun ada yang sudah masuk awal

The post Tarikh Pembayaran STR Fasa 2 Melalui Maybank appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar