Bantuan Khas Aidilfitri Pesara Kerajaan 2023

Ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan, pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri BKKA yang turut diterima oleh pesara kerajaan.

Bantuan atau bonus ini sebagai satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.

Melalui Surat Edaran: JPA.800-3/2/4(24) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan kaedah pelaksanaan BKKA bagi tahun 2023 yang meliputi mereka yang layak dibayar dan yang tidak layak dibayar.

Jumlah Bayaran

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pesara Kerajaan 2023

RM350 – Bagi pesara Kerajaan yang sedang  menerima pencen  termasuk penerima  pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara KWSP yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan paksa (55/56/58/60 tahun) atau bersara Atas Sebab Kesihatan (ASK) pada atau sebelum 17 April 2023.

RM700 – Bagi Pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan masih  berkhidmat  pada 17 April 2023. Pembayaran sebanyak RM350.00 akan dibuat oleh JPA/JHEV dan bakinya sebanyak RM350.00 akan dibayar oleh jabatan dimana pegawai sedang berkhidmat.

12 Soalan Lazim Mengenai Bantuan Khas Aidilfitri Pesara Kerajaan 2023

Jabatan Perkhidmatan awam, melalui laman portalnya menyenaraikan 12 soalan lazim berkaitan pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri meliputi pesara, pesara dan penerima pencen terbitan yang meninggal dunia dalam persaraan dan Veteran/Pesara yang dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam.

Siapakah pesara Kerajaan/ penerima pencen yang layak dibayar BKKA Tahun 2023?

Pesara Kerajaan yang menerima pencen di bawah undang-undang pencen/Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah- Faedah Lain) 1982 yang bersara pada atau sebelum 17 April 2023 bagi semua gred di dalam:
i)     Perkhidmatan Awam Persekutuan (termasuk Polis Diraja Malaysia) dan Negeri;
ii) Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan;
iii) Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia; dan
iv) Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan paksa (55/ 56/ 58/ 60 tahun) atau bersara Atas Sebab Kesihatan (ASK).

Penerima pencen yang layak menerima BKKA Tahun 2023 adalah seperti berikut:
i) Penerima pencen terbitan
ii) Penerima pencen orang tanggungan;
iii) Penerima elaun tanggungan;
iv) Penerima elaun bersara; dan
v) Penerima elaun bersara terbitan.

Berapakah jumlah bayaran BKKA Tahun 2023 yang diterima oleh pesara Kerajaan yang menerima pencen/pencen terbitan/pesara Skim KWSP/veteran berpencen/veteran tidak berpencen?

Jumlah bayaran yang diterima oleh pesara Kerajaan yang menerima pencen/pencen terbitan/ pesara Skim KWSP/veteran berpencen/veteran tidak berpencen adalah sebanyak RM350.

Adakah penerima pencen terbitan yang lebih seorang turut layak dibayar BKKA Tahun 2023?

Layak dan akan pembahagian sama penerima pencen.

Adakah pegawai yang bersara selepas 17 April 2023 layak menerima
BKKA Tahun 2023 dengan kadar Penjawat Awam sebanyak RM700.00?

Pegawai layak kerana pegawai masih berkhidmat pada 17 April 2023.

Adakah pesara/penerima pencen yang tidak bermastautin di Malaysia layak menerima BKKA Tahun 2023?

Layak.

Siapakah pesara/penerima pencen terbitan yang tidak layak menerima BKKA Tahun 2023?

Pesara/penerima pencen terbitan yang tidak layak adalah:
i) Perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen, Anggota pentadbiran atau
ii) Perkhidmatan sebagai Setiausaha Politik;
iii) Perkhidmatan sebagai Hakim;
iv) Penerima pencen Skim Pencen Balu dan Anak Yatim (Semenanjung, Sabah dan Sarawak);
v) Penerima bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah 1PP:WP6.3 – Pengurusan Wang Awam;
vi) Penerima pencen terbitan di bawah undang- undang         pencen/Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 kerana kematian pegawai dalam perkhidmatan selepas 17 April 2023;
vii) Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS); dan
viii) Pesara yang bersara pilihan dan masih belum layak menerima pencen bulanan.

Adakah pesara yang bersara atas dasar penswastaan atau pengkorporatan layak dibayar BKKA Tahun 2023?

Layak sekiranya mereka adalah penerima pencen

Adakah pesara yang meninggal dunia sebelum atau pada 17 April 2023 layak diberi BKKA Tahun 2023?

Layak dan akan dibayar kepada Penerima Pencen Terbitan sebanyak RM350

Adakah penerima pencen terbitan yang meninggal dunia pada 17 April 2023 layak diberi BKKA Tahun 2023?

Layak.

Adakah penerima pencen terbitan yang meninggal dunia sebelum 17 April 2023 layak diberi BKKA Tahun 2023?

Tidak Layak.

Adakah veteran/pesara yang dilantik semula secara Tetap, Sementara atau COS dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 layak dibayar BKKA Tahun 2023?

Pesara yang dilantik semula secara Tetap, Sementara atau COS dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 layak dibayar BKKA Tahun 2023 sebanyak RM700.00. Walau bagaimanapun, pembayaran sebanyak RM350.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan bakinya RM350.00 akan dibayar oleh jabatan di mana
pegawai sedang berkhidmat.

Sekiranya pesara mempunyai rekod di JPA dan JHEV, jabatan manakah yang akan membuat bayaran BKKA Tahun 2023 kepada pesara tersebut?

BKKA Tahun 2023 akan dibayar oleh JPA sebanyak RM350.00

Surat Edaran dan Soalan Lazim

Muat Turun :

  1. Surat Edaran: JPA.800-3/2/4(24)
  2. Soalan Lazim

The post Bantuan Khas Aidilfitri Pesara Kerajaan 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar