RM2000 Bonus Penjawat Awam: Bayaran Insentif Awal 2024

BAYARAN INSENTIF AWAL KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)

Berita baik buat Penjawat Awam, Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun ini.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan. Kali terakhir, semakan dilakukan adalah pada tahun 2012.

Oleh yang demikian, sementara menunggu semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam siap, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberi bayaran insentif awal sebanyak RM 2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Pengumuman Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2024 memaklumkan;

Sementara menunggu Kajian ini lengkap, sukacita diumumkan, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan 1,000 ringgit kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

-Datuk Seri Anwar Ibrahim-

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2024

Tarikh bayaran ini akan disalurkan pada 23 Februari 2024 (Jumaat).

Pengumuman tarikh pembayaran ini dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan pada 6 Februari 2024.

Tarikh Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2024

Sebagai makluman, tarikh buka sekolah sesi 2024/205, Tarikh Puasa dan Tarikh Raya 2024 adalah sebagaimana berikut;

  • Tarikh buka sekolah kumpulan A – 10 Mac 2024 (Ahad)
  • Tarikh buka sekolah kumpulan B – 11 Mac 2024 (Isnin)
  • *Tarikh Puasa 2024 – 12 Mac 2024 (Selasa)
  • *Tarikh Raya 2024 – 10 April 2024 (Rabu)

*Tarikh ini akan diisyitiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Jumlah Bayaran Insentif Awal

Jumlah bantuan yang diberikan akan diterima  adalah sebagaimana berikut;

  1. RM2000 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak. 
  2. RM1000Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).
Jumlah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Kaedah Pelaksanaan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari semasa ke semasa akan mengeluarkan surat edaran bagi memaklumkan kaedah pelaksanaan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi tahun 2024 yang meliputi mereka yang layak dibayar dan yang tidak layak dibayar.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk info terkini Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara, sila layari;

  1. Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam
  2. Facebook Kementerian Kewangan
  3. https://budget.mof.gov.my/manfaat/ 

Selain daripada pengumuman bonus penjawat awam di atas, beberapa inisiatif lain turut diumumkan oleh Perdana Menteri untuk kesejahteraan Penjawat Awam 2024;

  • Kerajaan bersetuju memperluas Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi untuk meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak.
  • Kerajaan bersetuju supaya liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta. Kenaikan had siling gaji ini membolehkan kadar bayaran faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja meningkat sehingga 50 peratus atau sekitar RM1.6 juta . Dengan kata lain, penjawat awam atau waris akan menikmati tuntutan pampasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas.
  • Peruntukan RM2.4 bilion untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba.
Apakah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)?

Sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) lengkap, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Berapakah jumlah bayaran yang diberikan?

RM2000 – Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah (termasuk lantikan kontrak)
RM1000 – Jawatan Utama Sektor Awam dan Pesara Kerajaan

Bilakah tarikh bayaran bonus 2024 penjawat awam?

23 Februari 2024 (Jumaat)

Siapakah yang layak di bayar dan tidak layak di bayar?

JPA akan memaklumkan selepas ini melalui surat edaran.

The post RM2000 Bonus Penjawat Awam: Bayaran Insentif Awal 2024 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar