Waktu Operasi Kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)

Bagi memudahkan urusan Permohonan Baharu dan Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) turut membuka kaunter STR 2024 bermula 1 November 2023 selain daripada permohonan dan kemas kini yang boleh dibuat secara atas talian (online)

Perkhidmatan kaunter STR 2024 ini dibuka di Pejabat HASiL termasuk Pejabat Satelit (PS) dan Kaunter Setempat HASiL Pusat Transfomasi Bandar (UTC)  di seluruh negara 

Untuk makluman, kaedah pelaksanaan STR 2024 adalah berbeza berbanding sebelum ini di mana Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Jadual Perkhidmatan Kaunter  Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) 

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) mulai 01 November 2023.

Lokasi / Talian Waktu Operasi
Pejabat HASiL termasuk Pejabat Satelit (PS) (Semenanjung / Sabah / Sarawak) 8.00 pagi – 5.00 petang
(Berdasarkan Hari Berkerja di setiap Negeri)
Kaunter Setempat HASiL Pusat Transfomasi Bandar (UTC)(Semenanjung / Sabah / Sarawak) (Berdasarkan Waktu Kaunter Setempat UTC HASiL)
Hasil Care Line(1-800-88-2747) 9.00 Pagi – 5.00 Petang
(Isnin – Jumaat)
Lokasi Luar Pejabat (Kaunter Luar) Tertakluk kepada Atur Cara Program Jemputan Kaunter Luar

Nota:

  1. Lokaliti / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
  2. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) *tertakluk kepada pindaan
  3. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
  4. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
JADUAL PERKHDIMATAN KAUNTER SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Kemaskini STR 2024

Kemaskini maklumat STR 2024 kini dibuka kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah bagi tujuan kemaskini maklumat asas yang meliputi maklumat berikut;

  1. Maklumat asas pemohon seperti;
    • Nombor telefon bimbit
    • Pekerjaan 
    • Pendapatan Kasar  Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat terkini
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat email
  2. Maklumat pasangan
  3. Maklumat anak
  4. Maklumat wakil

Siapa Yang Perlu Kemaskini?

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
  2. Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat.

Penerima STR 2023 yang tiada sebarang perubahan maklumat, tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

Walau Bagaimanapun sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada sebelum ini.

Maklumat penting Kemas kini dan Permohonan baharu STR 2024

Kaedah Kemas Kini Maklumat

Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my  ; atau
  2. Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2024 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran

Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. 

Nombor Mykad / MyKid anak tiada rekod STR 2024

Nombor Mykad : MyKid anak tiada rekod STR 2024

Bagi mereka yang menghadapi masalah my kad atau my kid tiada rekod, sila hadir ke pejabat LHDNM berdekatan dengan membawa surat beranak yang asal dan salinan bagi tujuan update.

Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan STR 2024?

Pemohon layak memohon STR 2024 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

A. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

B. Warga Emas Tiada Pasangan

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

C. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Cara Membuat Permohonan STR 

2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
  2. Permohonan Melalui Borang

Pemohon boleh hadir ke;

  1. Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  2. Pejabat Satelit HASiL
  3. Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

Borang permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui laman Portal Rasmi STR berikut;

Risalah STR 2024_page-01
Risalah STR 2024_page-02

Info dan Pertanyaan Lanjut Mengenai STR

  • Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau iv. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau v. Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau 
  • Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / PS / UTC.

Soalan Lazim

Siapa Yang Perlu Kemaskini STR 2024??

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
1) Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
2) Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat.

Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024?

Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024 adalah seperti
berikut:
a. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
b. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
c. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Bilakah permohonan STR dibuka?

Permohonan STR akan dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023.

Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan sepanjang tahun?

Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Saya telah membuat Permohonan Rayuan STR 2024 secara dalam talian tetapi terdapat kesilapan maklumat semasa mengisi permohonan rayuan. Adakah saya masih boleh membuat kemas kini rayuan secara dalam talian?

Kemas kini Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat selagi
permohonan rayuan masih belum diproses oleh pegawai HASiL. Sekiranya
Permohonan Rayuan STR telah diproses oleh pegawai HASiL, kemas kini
Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara manual di kaunter Pejabat HASiL.

Adakah Kaunter STR 2024 dibuka pada cuti hujung minggu?

Kaunter STR 2024 tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) *tertakluk kepada pindaan

The post Waktu Operasi Kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar