STR 2024: Tarikh & Jumlah Baharu Sumbangan Tunai Rahmah

Kerajaan meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) dengan jumlah peruntukan keseluruhan ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 billion pada 2023.

Dengan peningkatan peruntukan ini, kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.Manakala, kadar minimum STR iaitu untuk golongan bujang atau belia juga meningkat daripada RM350  kepada RM500.

Apa yang menariknya semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana 2 kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah datae-Kasih dan JKM.

Lihat juga;

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. 

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Semakan Status Terkini

Semakan status Sumbangan Tunai Rahmah boleh dibuat melalui kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Sekiranya semakan dibuat melalui laman portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan permohonan

Jumlah Baharu STR

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM1,000
  2. Bil anak 1-2 – RM1,500
  3. Bil anak 3-4 – RM2,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM2,500

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM500
  2. Bil anak 1-2 – RM750
  3. Bil anak 3-4 – RM1,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,250

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM600

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM350

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM350
Jumlah Bayaran STR 2024 Mengikut Setiap Kategori
Sumber: Portal MySTR

Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Apakah Sumbangan Asas Rahmah?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih yang disalurkan dalam MyKad bagi membeli keperluan barangan makanan asas di kedai runcit terpilih.

Mulai tahun 2024, semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

  • Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari 2024 serta juga layak mendapat STR hingga RM2,500 (bergantung kepada bilangan anak).

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Kategori Penerima Kadar Sumbangan
Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM1,200
(RM100 sebulan)
Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM300
Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatusMiskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM RM150

Tarikh dan Jadual Pembayaran STR 2024

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2024.

  • FASA 1 – Februari 2024*
  • FASA 2-  April 2024*
  • FASA 3 – Ogos 2024*
  • FASA 4 – November 2024*

Menurut Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lalu, tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024.

Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024.

Untuk makluman berikut adalah tarikh awal puasa dan sesi baru sekolah 2024;

  • 10 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan  Kumpulan A 
  • 11 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan  Kumpulan B
  • 12 Mac 2024 Awal Ramadhan (tertakluk kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja)

Tarikh bayaran bagi fasa-fasa seterusnya (2, 3 4)  akan dimaklumkan selepas ini.

Jadual Pembayaran STR 2024 Mengikut Fasa

Kaedah Bayaran STR 2024

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

A. Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

B. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

1. Tiada maklumat akaun bank

2. Status pengkreditan gagal kredit

Permohonan Baharu STR 2024

Permohonan baharu STR 2024 boleh dibuat mulai 1 November 2023.

STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti jadual di bawah:

Bil Tarikh Penghantaran Borang Permohonan(Dalam Talian dan Borang Kertas) Tarikh Pembayaran
1. 1 November 2023 – 30 November 2023 Februari 2024
2. 1 Disember 2023 – 29 Februari 2024 April 2024
3. 1 Mac 2024 – 30 Jun 2024 Ogos 2024
4. 1 Julai 2024 – 30 September 2024 November 2024

Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan Baru STR 2024?

Pemohon layak memohon STR 2024 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

A. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

B. Warga Emas Tiada Pasangan

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

C. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Cara Membuat Permohonan STR 

2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
  2. Permohonan Melalui Borang

Pemohon boleh hadir ke;

  1. Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  2. Pejabat Satelit HASiL
  3. Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

Borang permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui laman Portal Rasmi STR berikut;

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Berikut adalah beberapa dokumen sokongan yang diperlukan ketika membuat permohonan baharu STR.

Pemohon

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah

Pasangan

  • Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  • Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama

Anak

  • Anak Kandung Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Anak Angkat Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Kemaskini STR 2024

Pemohon Yang Perlu Membuat Kemas Kini

  • • Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
  • • Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat

Pemohon Yang Perlu Membuat Permohonan Baharu

Skim Khairat Kematian (SKK)

Amaun

  • RM1,000 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

Kelayakan

  • Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
  • Meninggal dunia pada tahun 2024 
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
  • Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja

Kaedah Tuntutan

  • Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
  • Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
    • Asal/salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan
    • Asal / salinan Kad Pengenalan / Sijil Lahir waris; dan
    • Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan)

Info lanjut dan Pertanyaan 

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Hubungi Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
  3. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Alamat Kementerian Kewangan –  Sekretariat STR Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 2, 62592 Putrajaya
Risalah Sumbangan Tunai Rahmah 2024_page-01
Risalah STR 2024_page-02

Soalan Lazim (FAQ) STR

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. 

Berapa jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024?


Kadar bayaran STR adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan (sila rujuk jadual)

Bilakah pembayaran dibuat?

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2024.
FASA 1 – Februari 2024*
FASA 2-  April 2024*
FASA 3 – Ogos 2024*
FASA 4 – November 2024*

Nota: Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Bilakah permohonan STR akan dibuka?

Permohonan STR akan dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023.

Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan sepanjang tahun?

Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan STR?

i.    Permohonan Secara Dalam Talian
a.     Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
b.     Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a.     Portal Rasmi STR LHDNM; atau
b.     Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Bagaimanakah kaedah bayaran STR 2024 dilaksanakan?

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
A.    Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
B.    Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
1.     Tiada maklumat akaun bank
2.     Status pengkreditan gagal kredit

The post STR 2024: Tarikh & Jumlah Baharu Sumbangan Tunai Rahmah appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar