Bayaran STR Fasa 4 & Rayuan: Bank BSN (Kredit Akaun & Tunai)

Info mengenai pembayaran STR Fasa 4 & RAYUAN melalui kredit akaun dan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 4) bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai Selasa, 7 November 2023.

Seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023.

Penerima yang lulus Rayuan STR 2023 akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4 dan Rayuan

Jumlah bayaran STR fasa 4 adalah berbeza mengikut kategori penerima masing-masing.

Jumlah terkini yang diumumkan adalah antara RM100 hingga RM1,200 bagi penerima sedia ada dan RM100 hingga RM2,500 bagi penerima Rayuan STR.

Kategori penerima STR Fasa 4 dan Rayuan STR terdiri daripada;

  • Isi Rumah & warga emas tiada pasangan (penerima sedia ada)
  • Isi Rumah & warga emas tiada pasangan dan bujang (penerima rayuan STR)
Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 4_03

Tarikh Pembayaran

Tarikh Bayaran STR Fasa 4 - Infografik LHDNM

Secara rasminya tarikh bayaran STR Fasa 4 adalah mulai Selasa, 7 November 2023.

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing.

Semakan Status STR Fasa 4 dan Rayuan STR

Anda boleh menyemak status terkini STR secara online melalui cara berikut:

  1. Layari portal MySTR iaitu https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/ atau juga melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/ (kemudian klik pada butang STR 2023) pada bahagian atas)
  2. Masukkan nombor MyKad kemudian klik Log Masuk MySTR
  3. Klik semak kemudian pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan dan log masuk.
  5. Klik Semakan Permohonan
Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4_04

Pembayaran STR fasa 4 Melalui Pengkreditan Akaun BSN

Untuk pelanggan yang sudah membuka akaun bank, status pembayaran STR anda boleh disemak melalui Perbankan Internet atau Mesin Teler Automatik (ATM).

Pembayaran STR fasa 4 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada BSN.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4_02

Pembayaran STR Secara Tunai Di Kaunter BSN

Untuk pelanggan yang belum membuka akaun bank atau memilih pembayaran secara tunai,

status pembayaran STR anda adalah  melalui pembayaran secara tunai yang dilaksanakan di Cawangan BSN

seluruh negara.

Bayaran STR fasa 4 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 7 November 2023 (Selasa) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4_03

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Sumber: Bank Simpanan Nasional

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4_01

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 4?

Penerima sedia ada – Antara RM100 hingga RM1,200.
Penerima Rayuan STR – Antara RM100 hingga RM2,500.

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 4 untuk BSN?

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dibuat mulai 7 November 2023 (Selasa) secara berperingkat.

Bilakah tuntutan secara tunai BSN boleh dibuat bagi yang tiada akaun?

Bayaran STR Fasa 4 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 7 November 2023 (Selasa) di seluruh Cawangan BSN.

Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Bagaimana cara menghubungi khidmat pelanggan BSN?

Hubungi 1300-88-1900

The post Bayaran STR Fasa 4 & Rayuan: Bank BSN (Kredit Akaun & Tunai) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar