STR 2024: Kadar Baharu Sumbangan Tunai Rahmah

Kadar Baharu Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 (STR 2024)

Berita baik buat rakyat Malaysia, Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion)

Perkara ini dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, pada 24 Februari 2022 (Jumaat) dalam sidang Dewan Rakyat.

Sudah pasti pengumuman ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos dan beban rakyat terutamanya bagi golongan B40 dan rakyat yang memerlukan.

Kadar Baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)

Kadar Baharu STR 2024

Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM 3,700.

Perincian bagi kategori isi rumah dan bilangan anak akan dibuat oleh Kementerian Kewangan selepas ini.

Bagi kategori belia/bujang jumlah bayaran juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Kadar baharu STR 2024 belia

Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300.

Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan.

Semakan Status Terkini STR

Penerima STR sedia ada boleh buat semakan status terkini melalui laman portal MySTR sebagaimana berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Klik Maklumat Bayaran

Tarikh Permohonan Baharu

Kerajaan akan membuka permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Tarikh Bayaran 

Bayaran Pertama STR 2024

Bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada bulan Februari 2024.

Manakala bagi bayaran fasa-fasa seterusnya akan diumumkan selepas ini dari semasa ke semasa.

Syarat Permohonan 

Memandangkan perkara ini baru sahaja di umumkan, syarat permohonan baharu bagi STR 2024  belum lagi diumumkan oleh Kerajaan.

Namun begitu, sekiranya dirujuk kepada STR 2023, pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Manakala, pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Tidak   mengemaskini permohonan   tiga  tahun  berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
  • Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

Cara Permohonan

Buat masa ini, permohonan baharu belum dibuka.

Pun begitu, cara permohonan STR sebelum ini dibuat melalui 2 kaedah;

1. Permohonan Secara Dalam Talian

2. Permohonan Melalui Borang

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah?

STR 2024 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Bilakah Permohonan Baharu STR 2024 dibuka?

Seawal November 2023.

Berapakah Jumlah Bayaran STR 2024?

Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM 3,700.

Berapakah bayaran untuk kategori bujang

RM500. sebelum ini RM350

Bilakah bayaran pertama STR 2024?

sebelum Ramadan 2024.

Bagaimana cara pemohonan baharu?

1. Permohonan Secara Dalam Talian
2. Permohonan Melalui Borang

The post STR 2024: Kadar Baharu Sumbangan Tunai Rahmah appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar