Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Yayasan Sultan Iskandar Johor 2023

Sukacitanya Yayasan Sultan Iskandar Johor menawarkan biasiswa kepada anak-anak negeri Johor yang mendapat tempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi sesi 2023/2024 yang bermula pada 8 Oktober 2023. 

Setiap satu biasiswa ini bernilai RM11,000 setahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. 

Selain daripada itu Yayasan akan membayar yuran pengajian yang dikenakan oleh universiti. 

Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang cemerlang, bersahsiah baik dan daripada keluarga yang miskin.

Tempoh Permohonan 

8 Oktober 2023 (Ahad)  hingga  16 Oktober 2023 (Isnin)

Syarat-Syarat Kelayakan Pemohon

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Yayasan Sultan Iskandar Johor di UTHM 2023;

  1. Dilahirkan di Johor.
  2. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam matapelajaran Sains atau Matematik: ATAU
    Mendapat PNGK 3.50 dan ke atas bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat-pusat matrikulasi: ATAU
    Mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK 3.50 dan ke atas.
  3. Mengikuti kursus Tahun Pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
    Kejuruteraan, Sains atau Matematik secara sepenuh masa di UTHM.
  4. Belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman.

Cara Memohon

  1. Pemohon boleh mendapatkan borang di pautan ini : https://tinyurl.com/mute45rx
  2. Pemohon diminta untuk membaca syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan di ruangan poster / google form sebelum memohon.
  3. Borang permohonan hendaklah dihantar melalui pautan ini  https://forms.gle/7Q2V5yPEBiWzMUEm9

Borang permohonan juga boleh didapati daripada pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), UTHM. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon.

Tarikh Tutup Permohonan: 16 Oktober 2023

Semua borang permohonan mesti sampai ke pejabat HEP, UTHM (U.P.: Encik Nur Azam bin Mohd Napis, Penolong Pendaftar) sebelum jam 12 tengahari pada tarikh di atas.

Info dan Maklumat Lanjut

Segala pertanyaan berkaitan biasiswa ini hendaklah diajukan kepada pejabat Yayasan seperti berikut:

Setiausaha Eksekutif
Yayasan Sultan Iskandar Johor
B1 2D, Astana Damansara Condominium
No. 33, Jalan 17/1
46400 Petaling Jaya, Selangor

E-mel: ysij1984@gmail.com 
Laman sesawang: www.ysij.org.my

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi; 

  1. En. Nurazam Bin Mohd Napis 07-453 7106 / nurazam@uthm.edu.my 
  2. Cik Nur Izzati Syahirah Binti Japari 07-456 4111 / syahirah@uthm.edu.my 

The post Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Yayasan Sultan Iskandar Johor 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar