STR Fasa 4: Tarikh & Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah

STR Fasa 4 merupakan pembayaran terakhir bagi Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2023. 

Jadi, ramai yang bertanya bilakah tarikh dan berapa jumlah pembayaran bagi fasa 4 STR.

Untuk makluman, pembayaran bagi fasa 4 adalah adalah yang terakhir bagi tahun ini di mana jumlahnya adalah berbeza berdasarkan kategori kelayakan setiap penerima masing-masing.

Apa yang menariknya dalam fasa ini, ada kategori yang bakal menerima bayaran sehingga RM1200.

Berikut adalah dikongsikan maklumat mengenai tarikh dan jumlah bayaran STR fasa 4.

Semakan Dahulu Status STR Terkini

Semakan status STR boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
    https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR >
    Semakan permohonan; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Permohonan
  • Klik Maklumat Bayaran

Sekiranya anda terlupa kata laluan, lihat panduan berikut (Bahagian C) dalam laman portal STR;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MYSTR.pdf

Bila Tarikh Bayaran STR Fasa 4?

Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum ini, pembayaran fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuat pada bulan November 2023.

Jadual pembayaran STR 2023

Walaupun begitu, tarikh sebenar pembayaran akan diumumkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang akan dibuat dari semasa ke semasa.

Jika diikutkan pembayaran STR fasa 1, fasa 2  dan fasa 3 sebelum ini, tiada tarikh khusus yang ditentukan bagi pembayaran tersebut;

  • Fasa 1 – 17 Januari 2023 (Selasa)
  • Fasa 2 – 5 April 2023 (Rabu)
  • Fasa 3 – 26 Jun 2023 (Isnin)
  • Fasa 4 – Belum diumumkan

Oleh yang demikian, pengumuman tarikh sebenar akan dibuat secara rasmi oleh Perdana Menteri atau Menteri Kewangan melalui pengumuman rasmi oleh Kerajaan.

Berapa Jumlah Bayaran Fasa 4?

Jumlah bantuan STR fasa 4 yang akan diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.

Penerima akan menerima antara RM200 hingga RM1,200 berdasarkan kelayakan masing-masing.

Kategori yang akan menerima bayaran fasa 4 adalah;

  • Isi Rumah
  • Warga Emas
Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Berikut adalah kadar dan jumlah bayaran mengikut kategori masing-masing;

Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM200
  2. Bil anak 1-2 – RM600
  3. Bil anak 3-4 – RM900
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,200

Isi rumah  (tiada had umur)  dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada bayaran
  2. Bil anak 1-2 – Tiada bayaran
  3. Bil anak 3-4 – RM300
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM500

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun

  • Tiada Bayaran

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • Tiada Bayaran

Untuk makluman, jadual ini adalah bayaran bagi penerima STR sedia ada yang menerima bayaran STR fasa 1, 2 dan 3 sebelum ini.

Jadual bayaran bagi penerima yang berstatus lulus rayuan STR akan diumumkan oleh kerajaan selepas ini.

Cara Bayaran

Setelah pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat berdasarkan  kaedah pembayaran seperti berikut:

  1. Kredit ke akaun bank
    Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
  2. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Status pengkreditan gagal kredit
  • Tiada maklumat akaun bank.

Penerima STR layak Menerima SKIM PERUBATAN MADANI

Skim Perubatan Madani Percuma

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

Tempoh Manfaat

Program ini dilaksanakan mulai 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Siapa Yang Layak?

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah secara automatik.
  • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Jumlah Manfaat Kelayakan

Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) : 

  1. Isi Rumah Berkeluarga – RM250 
  2. Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125 
  3. Bujang – RM75 

Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web mereka.

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman web berikut; http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. 

Penerima STR Layak Skim Khairat Kematian

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) STR Bermula 17 Julai 2023

SKK adalah skim yang disediakan oleh kerajaan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah sekiranya berlaku kematian kepada penerima STR bagi tahun 2023.

Waris yang layak boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

AMAUN

RM1,000 bagi setiap individu yang layak

KELAYAKAN

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023. 

Bagi pelaksanaan STR 2023, kelayakan SKK adalah bergantung kepada ketetapan seperti berikut: 

Kelayakan Menerima _ Skim Khairat Kematian STR_

CARA TUNTUTAN

Tuntutan SKK STR boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah: 

  1. Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
  2. Kad Pengenalan asal Waris; dan
  3. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Sila Rujuk Soalan 19 (iii) dalam Soalan Lazim https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MAKLUMAT_WARIS_DAN_SKIM_KHAIRAT_KEMATIAN_(SKK).pdf)

FAQ (Soalan Lazim)

Bila tarikh bayaran STR Fasa 4?

November 2023

Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4?

Antara RM200 hingga RM1200 mengikut kelayakan penerima masing-masing

Bagaimana cara membuat semakan STR secara online?

Melalui portal MySTR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bagaimana cara pembayaran STR fasa ke 4?

1 – Kredit ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan STR 2023 secara berperingkat. 
2 – Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) 
a) Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR 2023. 
b) Pembayaran Fasa 4 STR 2023 berstatus Gagal Kredit.

Siapakah yang layak menerima pembayaran pada Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4?

Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa ini adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.

Kategori bujang dapat atau tidak fasa 4?

Tak dapat

The post STR Fasa 4: Tarikh & Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar