BANTUAN SKIM AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP TAHUN 2024
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui Zakat Pulau Pinang membuka permohonan Bantuan Awal Persekolahan untuk tahun 2023 mulai 11 September 2023.
Mereka yang ingin memohon bantuan ini perlulah meneliti syarat-syarat yang telah ditetapkan agar bantuan yang dipohon dapat diluluskan.
Apa itu Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang?
Ia merupakan salah satu skim bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang yang terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin di negeri ini yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.
Objektif utama bantuan ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Syarat dan Kelayakan
- Warganegara Malaysia @ Pemastautin Tetap
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah ((kecuali penerima Skim Bulanan Zakat Pulau Pinang, MAINPP)
SESI PERSEKOLAHAN PADA TAHUN 2024
Sekolah Rendah | Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja |
Sekolah Menengah | Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sahaja |
**Pra sekolah dan tadika tidak dipertimbangkan.
BILANGAN ANAK DAN PENDAPATAN KASAR ISI RUMAH
2 Orang Anak | RM1,800.00 dan Ke Bawah |
3 Orang Anak | RM2,500.00 dan Ke Bawah |
4 Orang Anak | RM2,750.00 dan Ke Bawah |
5 Orang Anak dan Ke Atas | RM3,000.00 dan Ke Bawah |
Tempoh Permohonan
Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang ini dibuka mulai 11 September 2023 (Isnin) sehingga 20 Oktober 2023 (Jumaat).
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Slip gaji/pengesahan pendapatan pemohon & isteri (jika bekerja)
- Salinan sijil cerai/Sijil kematian/Surat Akuan (jika pemohon ibu tunggal)
- Surat pengesahan pelajar daripada sekolah
- Salinan penyata akaun/pengesahan akaun bank.
- Surat pengesahan dari JKM/PERKESO/Pencen (jika berkenaan).
Cara Memohon
Dapatkan borang permohonan di kaunter ZPP yang berhampiran
Senarai Kaunter Zakat Pulau Pinang
Bandar Perda (HQ)
Butterworth
Kepala Batas
Georgetown
Nibong Tebal
Bayan Baru
Balik Pulau
Ayer Hitam
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang MAINPP melalui telefon;
- 04-549 8125
- 04-549 8165
- 04-549 8167
- 04-549 8168
Sumber: Facebook Zakat Pulau Pinang dan Laman web Zakat Pulau Pinang
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
The post Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2024 appeared first on Info Terkini Bantuan.